Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 1:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Firman TUHAN yang turun kepada Mikha, orang Moresyet, pada zaman Yotam, Ahas dan Hizkia, raja-raja Yehuda, yakni penglihatannya tentang Samaria dan Yerusalem.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Pada zaman pemerintahan Raja Yotam, Raja Ahas, dan Raja Hizkia sebagai raja-raja Yehuda, TUHAN memberikan perkhabaran ini kepada Mikha, yang berasal dari kota Moresyet. TUHAN menunjukkan perkara-perkara tentang Samaria dan Yerusalem kepada Mikha.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Pada zaman pemerintahan Raja Yotam, Raja Ahas, dan Raja Hizkia sebagai raja-raja Yehuda, TUHAN memberikan perkhabaran ini kepada Mikha, yang berasal dari kota Moresyet. TUHAN menunjukkan perkara-perkara tentang Samaria dan Yerusalem kepada Mikha.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 1:1
27 Iomraidhean Croise  

Pada tahun kedua zaman pemerintahan Pekah anak Remalya, raja Israel, Yotam anak Uzia, raja Yehuda, menaiki takhta.


TUHAN mengazabkan raja sehingga dia sakit kusta sampai hari kematiannya dan tinggal di rumah yang berasingan. Maka Yotam, anaknya, mengetuai istana dan memerintah rakyat negeri itu.


Pada tahun ketujuh belas zaman pemerintahan Pekah anak Remalya, Ahas anak Yotam, raja Yehuda, menaiki takhta.


Pada tahun ketiga zaman pemerintahan Hosea anak Ela, raja Israel, Hizkia anak Ahas, raja Yehuda, menaiki takhta.


Ahas berumur dua puluh tahun ketika dia menaiki takhta, dan dia bertakhta di Yerusalem selama enam belas tahun. Dia tidak melakukan apa yang benar di mata TUHAN seperti yang dilakukan Daud, leluhurnya,


Hizkia berumur dua puluh lima tahun pada waktu dia menaiki takhta, dan dia bertakhta di Yerusalem selama dua puluh sembilan tahun. Nama ibunya ialah Abia anak Zakharia.


Penglihatan tentang Yehuda dan Yerusalem yang disaksikan Yesaya anak Amos pada zaman pemerintahan Uzia, Yotam, Ahas, dan Hizkia, raja-raja Yehuda.


Dengarlah, wahai langit, dan perhatikanlah, wahai bumi, kerana TUHAN berfirman, “Aku telah membesarkan anak-anak dan mengasuh mereka, tetapi mereka menderhaka terhadap Aku.


Pada zaman Ahas anak Yotam anak Uzia, raja Yehuda, majulah Rezin, raja Aram, dan Pekah anak Remalya, raja Israel, ke Yerusalem untuk memerangi kota itu. Namun begitu, mereka tidak dapat mengalahkannya.


Kepala Efraim ialah Samaria, dan kepala Samaria ialah anak Remalya. Jika kamu tidak percaya, maka tentu kamu tidak akan kekal teguh.’ ”


“Mikha, orang Moresyet, pernah bernubuat pada zaman Hizkia, raja Yehuda. Kepada seluruh rakyat Yehuda dia berkata, ‘Beginilah firman TUHAN alam semesta: Sion akan dibajak seperti ladang, Yerusalem akan menjadi timbunan puing, dan gunung tempat Bait Suci akan menjadi bukit berhutan.’


Inilah firman TUHAN yang turun kepada Hosea anak Beeri pada zaman Uzia, Yotam, Ahas, dan Hizkia, raja-raja Yehuda, dan pada zaman pemerintahan Yerobeam anak Yoas, raja Israel.


Kalaupun engkau berlaku kufur, wahai Israel, jangan sampai Yehuda turut bersalah! Jangan pula datang ke Gilgal, jangan naik ke Bet-Awen dan jangan bersumpah, ‘Demi TUHAN yang hidup!’


Israel telah melupakan Penciptanya dan membangunkan istana-istana. Yehuda memperbanyak kota berkubu, tetapi Aku akan menujukan api ke kota-kotanya yang akan memakan hangus puri-purinya.”


Berikutlah kata-kata Amos, salah seorang gembala dari Tekoa, mengenai apa yang dilihatnya sehubungan dengan Israel pada zaman Uzia raja Yehuda dan pada zaman Yerobeam anak Yoas raja Israel, dua tahun sebelum kejadian gempa bumi.


Malangnya orang yang hidup bersenang-senang di Sion dan mereka yang berasa selamat di Gunung Samaria, iaitu orang terkemuka daripada bangsa yang terutama itu. Kepimpinan mereka ini amat diharapkan oleh keturunan kaum Israel.


Semua ini terjadi kerana pelanggaran Yakub, kerana dosa keturunan kaum Israel. Apakah pelanggaran Yakub? Bukankah itu Samaria? Di manakah bukit pemujaan Yehuda? Bukankah itu Yerusalem?


Dengarlah hal ini, wahai para ketua keturunan kaum Yakub dan para pemimpin keturunan kaum Israel, yang memandang keji keadilan dan yang membengkokkan segala yang lurus.


Pernyataan ilahi yang diperlihatkan kepada Nabi Habakuk.


kerana nubuat bukanlah lahir dengan kehendak manusia, tetapi disuarakan oleh orang ketika digerakkan oleh Roh Kudus untuk menyampaikan kata-kata daripada Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan