Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 99:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Kekuatan Raja cinta akan keadilan — Engkau telah mengasaskan kesaksamaan; Engkau telah melakukan yang benar dan adil dalam Yakub.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Hai Raja yang perkasa, Engkau mencintai hukum; Engkau telah menegakkan keadilan di Israel, Engkau telah melaksanakan hukum dan keadilan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Hai Raja yang perkasa, Engkau mencintai hukum; Engkau telah menegakkan keadilan di Israel, Engkau telah melaksanakan hukum dan keadilan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 99:4
17 Iomraidhean Croise  

Yang Maha Kuasa tidak dapat kita fahami. Besar kekuatan dan keadilan-Nya. Dalam perbenaran-Nya yang berlimpahan, Dia tidak pernah menindas.


TUHAN adalah benar, Dia mencintai keadilan; wajah-Nya menghadap kepada orang yang tulus.


di hadapan TUHAN kerana Dia akan datang untuk menghakimi bumi. Dengan keadilan Dia akan menghakimi dunia dan kaum-kaum dengan saksama.


Dia sendiri tidak akan pudar atau patah terkulai sampai dia menegakkan keadilan di bumi. Pulau-pulau mengharapkan pengajarannya.”


Sesungguhnya, seperti bumi mengeluarkan tunasnya dan seperti kebun menumbuhkan apa yang ditabur di dalamnya, demikianlah Tuhan ALLAH akan menumbuhkan perbenaran dan puji-pujian di hadapan segala bangsa.


Pertumbuhan pemerintahan-Nya serta damai tidak akan ada habisnya atas takhta Daud dan atas kerajaannya. Dia akan mengukuhkan dan menopangnya dengan keadilan dan perbenaran dari sekarang untuk selama-lamanya. Semangat TUHAN alam semesta, yang meluap-luap bagi umat-Nya akan membuat semua hal ini terjadi.


“Sesungguhnya, waktunya akan datang,” demikianlah firman TUHAN, “bahawa Aku akan menumbuhkan Tunas yang benar bagi Daud. Dia akan bertakhta sebagai raja dan bertindak bijaksana. Dia akan menegakkan keadilan dan perbenaran di negeri ini.


Dia membela hak anak yatim dan balu. Dia mengasihi kaum pendatang, dan memberikan kepada mereka makanan serta pakaian.


Dia akan menghakimi seluruh umat manusia dan menghukum orang yang derhaka kerana perbuatan durjana mereka, dan juga semua caci nista orang yang berdosa terhadap-Nya.”


Kemudian aku melihat syurga terbuka, dan kelihatan seekor kuda putih. Dia yang menunggangnya dipanggil Setia dan Benar, dan dengan keadilan Dia menghakimi serta memerangi.


Pada jubah dan paha-Nya tertulis nama: “Raja Segala Raja, Tuan Segala Tuan.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan