Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 99:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Biarlah mereka memuji nama-Mu yang agung dan mengagumkan — Dia Maha Kudus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Setiap orang akan memuji nama-Nya yang agung dan mulia. Sucilah Dia!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Setiap orang akan memuji nama-Nya yang agung dan mulia. Sucilah Dia!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 99:3
20 Iomraidhean Croise  

kataku, “Ya TUHAN, Allah semesta langit, Allah yang besar dan teramat hebat, yang berpegang teguh pada perjanjian-Nya serta kasih abadi-Nya terhadap orang yang mencintai-Nya dan menuruti segala perintah-Nya,


Setelah kuamati, segeralah aku berkata kepada para bangsawan, para pemimpin, dan umat selebihnya, “Jangan takut kepada mereka. Ingatlah kepada Tuhan yang besar dan teramat hebat, dan berperanglah demi para saudaramu, anak-anakmu baik lelaki mahupun perempuan, isterimu, dan rumahmu.”


Sekarang, ya Allah kami, Allah yang besar, perkasa, dan teramat hebat, yang berpegang teguh pada perjanjian dan kasih abadi, janganlah Kaupandang ringan segala kesusahan yang telah menimpa kami, raja kami, pemimpin kami, para imam kami, nabi kami, nenek moyang kami, dan seluruh umat-Mu sejak zaman raja-raja Asyur sampai hari ini.


Maka berkatalah beberapa orang Lewi, iaitu Yesua, Kadmiel, Bani, Hasabneya, Serebya, Hodia, Sebanya, dan Petahya, “Bangunlah dan pujilah TUHAN, Allahmu, dari abadi sampai abadi! Segala puji-pujian atas nama-Mu yang mulia, yang ditinggikan mengatasi segala puji dan hormat.”


Masuklah ke pintu pagar-Nya dengan mengucap syukur dan ke pekarangan-Nya dengan pujian; bersyukurlah kepada-Nya, dan berkatilah nama-Nya.


Pujilah TUHAN, wahai jiwaku; dan segala yang dalamku, pujilah nama-Nya yang suci.


Dia telah menghantar kebebasan kepada umat-Nya; Dia telah memberikan perintah tentang perjanjian-Nya untuk selama-lamanya — Maha Kudus dan Maha Tinggi nama-Nya.


TUHAN benar dalam semua cara-Nya, penuh kasih dalam semua perbuatan-Nya.


Katakan kepada Allah, “Alangkah menakjubkan segala perbuatan-Mu! Kekuasaan-Mu sungguh besar semua musuh-Mu akan tunduk kepada-Mu.


Di Yehuda Allah dikenali; nama-Nya besar di Israel.


Dia akan menundukkan semangat raja-raja; Dia mengagumkan raja-raja di bumi.


Mereka saling berseru, katanya, “Suci, suci, sucilah TUHAN alam semesta! Seluruh bumi penuh dengan kemuliaan-Nya!”


Tetapi TUHAN menyertai aku seperti kesateria yang hebat, sebab itu para pengejarku akan tersandung dan tidak akan menang. Mereka akan sangat malu kerana tidak bertindak bijaksana, aib mereka kekal, tidak dilupakan orang.


Aku tidak lagi tinggal di dunia, sedangkan mereka masih di dunia. Aku datang kepada-Mu. Bapa Yang Maha Suci, peliharalah mereka dengan nama-Mu, nama yang telah Kauberikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu sebagaimana Engkau dan Aku adalah satu.


Jika kamu tidak berhemat mengikut semua kata dalam hukum Taurat yang tertulis dalam kitab ini dan tidak takut kepada nama yang mulia serta terhebat, iaitu TUHAN, Allahmu,


Janganlah gentar terhadap mereka kerana TUHAN, Allahmu, hadir di tengah-tengahmu. Dialah Allah yang besar dan teramat hebat.


Kata Yosua kepada bangsa itu, “Kamu tidak sanggup beribadat kepada TUHAN, kerana Dialah Allah yang kudus. Dia Allah yang cemburu. Dia tidak akan mengampunkan pelanggaranmu atau dosa-dosamu.


Setiap makhluk itu bersayap enam. Di bawah sayapnya pun penuh dengan mata. Siang malam mereka tidak henti-henti menyanyi: “Suci, suci, sucilah Tuhan Allah Yang Maha Kuasa, yang ada dahulu, yang ada sekarang dan yang akan datang.”


Tiada yang suci seperti TUHAN. Tiada yang lain kecuali Engkau, tiada batu pejal seperti Allah kita.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan