Mazmur 99:1 - Alkitab Versi Borneo1 TUHAN bertakhta memerintah, biarlah bangsa-bangsa gementar; Dia tinggal di antara malaikat kerubin, biarlah bumi bergegar. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)1 TUHAN itu raja, orang gementar kerana Dia; Dia bertakhta di atas kerub, dan bumi pun bergoncang. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik1 TUHAN itu raja, orang gementar kerana Dia; Dia bertakhta di atas kerub, dan bumi pun bergoncang. Faic an caibideil |
‘Adakah kamu tidak takut kepada-Ku,’ demikianlah firman TUHAN, ‘adakah kamu tidak gementar di hadirat-Ku?’ Akulah yang menetapkan pasir pantai sebagai perbatasan laut, sebagai batas kekal yang tidak dapat dilaluinya. Gelombang yang mengganas sekalipun tidak sanggup melaluinya, gelombang yang menderu-deru sekalipun tidak sanggup mengatasinya.
Firman-Nya kepadaku, “Wahai anak manusia, inilah tempat arasy-Ku dan tempat tumpuan kaki-Ku. Di sinilah Aku akan bersemayam untuk selama-lamanya di tengah-tengah orang Israel. Keturunan kaum Israel — mereka dan juga raja-raja mereka — tidak akan lagi menajiskan nama-Ku yang suci dengan perbuatan kafir mereka, dengan berhala raja-raja mereka di bukit pemujaan,