Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 85:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Engkau telah menarik balik segala kemurkaan-Mu; Engkau telah berpaling daripada nyala kemarahan-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Engkau telah mengampunkan dosa umat-Mu dan memaafkan segala kesalahan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Engkau telah mengampunkan dosa umat-Mu dan memaafkan segala kesalahan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 85:3
17 Iomraidhean Croise  

maka dengarlah kiranya doa dan permohonan mereka dari tempat tinggal-Mu di syurga. Belalah perkara mereka, dan ampunilah umat-Mu yang telah berdosa terhadap Engkau.


Oleh itu, Dia berfirman bahawa Dia akan memusnahkan mereka — tetapi Musa, orang pilihan-Nya, berdiri di hadirat-Nya memohon untuk mereka bagi memalingkan kemurkaan-Nya, supaya Dia tidak memusnahkan mereka.


Namun Dia, yang penuh belas kasihan; mengampunkan dosa mereka dan tidak memusnahkan mereka. Ya, berkali-kali Dia memalingkan kemarahan-Nya daripada mereka dan tidak membiarkan kemurkaan-Nya menyala.


Kata Harun, “Janganlah hendaknya amarah tuanku menyala-nyala, tuan sendiri tahu betapa jahatnya umat ini.


Pada hari itu kamu akan berkata, “Aku mahu mengucap syukur kepada-Mu, ya TUHAN, kerana sungguhpun Engkau telah murka kepadaku, murka-Mu telah surut dan Engkau menghiburkan aku.


“Hiburkanlah, hiburkanlah umat-Ku,” demikian firman Allahmu.


“Bicaralah untuk menenangkan hati Yerusalem dan serukanlah kepadanya bahawa peperangannya sudah berakhir, bahawa kesalahannya telah diampunkan, dan bahawa ia telah menerima hukuman daripada tangan TUHAN dua kali lipat ganda atas segala dosanya.”


Lalu disentuhinya bara itu pada mulutku dan berkata, “Lihat, ini telah menyentuh bibirmu, maka kesalahanmu telah dihapuskan dan dosamu telah diampunkan.”


Pada waktu itu dan pada saat itu,” demikianlah firman TUHAN, “kesalahan Israel akan dicari tetapi tidak akan ada, begitu pula dosa Yehuda tetapi tidak akan didapati, kerana Aku akan mengampuni orang yang Kujadikan saki-baki.


Dengan demikian engkau akan mengingat hal-hal yang telah lalu, berasa malu, dan tidak berani lagi membuka mulut kerana aibmu pada waktu Aku mengadakan pendamaian bagimu atas semua yang kaulakukan, demikianlah firman Tuhan ALLAH.’ ”


Siapa tahu? Mungkin Allah berasa belas kasihan, serta beralih daripada kemurkaan-Nya yang mengerikan lantas kita tidak binasa.”


Dia akan kembali mengasihani kita, Dia akan menginjak-injak kesalahan kita. Engkau akan membuang segala dosa kami ke laut yang dalam.


Pada keesokan harinya, Yohanes melihat Yesus berjalan ke arahnya lalu berseru, “Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat manusia!


Jangan biarkan satu apa pun daripada barang-barang yang dikhususkan untuk dimusnahkan itu melekat pada tanganmu. Dengan demikian TUHAN akan berpaling daripada kemurkaan-Nya yang menyala-nyala, menunjukkan belas kasihan-Nya kepadamu, menyayangi engkau, dan membuat engkau menjadi ramai, seperti yang telah Dia sumpah untuk memberikan kepada nenek moyangmu,


Wahai bangsa-bangsa, bersorak-sorailah bersama dengan umat-Nya, kerana Dia akan membalaskan darah hamba-hamba-Nya dan menuntut balas ke atas musuh-musuh-Nya. Dia akan mengadakan pendamaian bagi tanah-Nya dan umat-Nya.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan