Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 82:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Belalah orang miskin dan anak yatim; lakukanlah keadilan kepada orang yang miskin dan ditindas.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Belalah hak anak yatim dan orang lemah; bersikap adillah kepada orang miskin dan yang tidak berdaya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Belalah hak anak yatim dan orang lemah; bersikap adillah kepada orang miskin dan yang tidak berdaya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 82:3
16 Iomraidhean Croise  

kerana aku menyelamatkan orang miskin yang berteriak minta tolong, dan anak-anak yatim tiada sesiapa yang menolong mereka.


jika aku mengacung-acungkan tangan terhadap anak yatim kerana kulihat ada yang menolong aku di pintu gerbang,


untuk berlaku adil kepada anak yatim dan orang yang ditindas, supaya tiada sesiapa di bumi akan menimbulkan ketakutan lagi.


Jangan berpihak kepada orang miskin dalam tujuannya.


Jangan merampas hak orang miskin untuk mendapatkan keadilan.


Bukalah mulutmu, adililah secara benar, belalah hak orang miskin dan orang melarat.


belajarlah berbuat baik. Tuntutlah keadilan, tegurlah orang yang zalim. Belalah hak anak-anak yatim, perjuangkanlah hak-hak balu.


Para penguasamu ialah pemberontak dan sahabat para pencuri. Semuanya mencintai rasuah dan mengejar-ngejar ganjaran. Mereka tidak membela hak anak-anak yatim, dan perkara balu tidak sampai kepada mereka.


‘Wahai keturunan kaum Daud, beginilah firman TUHAN, “Tegakkanlah keadilan setiap pagi dan lepaskanlah orang yang dirompak daripada tangan penganiayanya, supaya murka-Ku tidak memancar seperti api dan menyala-nyala sehingga tidak ada yang dapat memadamkan, kerana perbuatan-perbuatanmu yang jahat.”


Dia membela perkara orang miskin dan orang melarat. Pada waktu itu semuanya berjalan baik. Bukankah itu namanya mengenal Aku?” demikianlah firman TUHAN.


Beginilah firman TUHAN: Tegakkanlah keadilan dan kebenaran. Lepaskanlah orang yang dirompak daripada tangan penganiayanya. Jangan tindas dan jangan lakukan kekerasan terhadap pendatang, anak yatim, atau balu. Jangan tumpahkan darah orang yang tidak bersalah di tempat ini.


menjadi gemuk dan berseri-seri. Bahkan mereka sudah keterlaluan dalam hal kejahatan. Mereka tidak menghakimi perkara anak yatim secara adil untuk memenangkannya. Mereka tidak membela hak orang sesak.


“Beginilah firman TUHAN alam semesta, ‘Jalankanlah hukum dengan benar. Tunjukkanlah kasih dan sayang antara satu sama lain.


Dia membela hak anak yatim dan balu. Dia mengasihi kaum pendatang, dan memberikan kepada mereka makanan serta pakaian.


Jangan putarbalikkan keadilan kaum pendatang atau anak yatim. Jangan ambil pakaian seorang balu sebagai gadaian.


Allah Bapa berfirman bahawa ibadat yang murni dan tulen ialah: menolong anak yatim piatu dan balu yang menanggung kesusahan, serta menjaga diri daripada dicemari kejahatan dunia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan