Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 8:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Ya TUHAN, Tuhan kami, betapa agung nama-Mu di seluruh bumi! Engkau telah menetapkan kemuliaan-Mu yang mengatasi langit.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Untuk pemimpin koir. Menurut lagu Gitit. Mazmur Daud.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Untuk pemimpin koir. Menurut lagu Gitit. Mazmur Daud.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 8:1
27 Iomraidhean Croise  

Akan tetapi, sungguhkah Allah mahu tinggal di atas bumi? Sesungguhnya, langit bahkan langit di atas segala langit pun tidak dapat memuat Engkau, apa lagi bait yang kubangunkan ini!


Aku akan meninggikan-Mu, ya Allah Rajaku; aku akan memberkati nama-Mu selama-lamanya.


Biar mereka memuji nama TUHAN, kerana hanya nama-Nya ditinggikan; kemuliaan-Nya mengatasi bumi dan langit.


Kasih-Mu, ya TUHAN, menjangkau langit, kesetiaan-Mu mencecah awan.


Maha Tinggi Engkau, ya Allah, memerintah langit; tunjukkan kemuliaan-Mu menguasai seluruh bumi.


Ya Allah, Engkau Allahku, aku akan mencari-Mu segera; jiwaku dahaga kepada-Mu, jasadku merindui-Mu, di tanah gersang tandus tanpa air.


Menyanyilah untuk Allah, nyanyikan pujian untuk nama-Nya, sanjungi Dia yang memerintah awan — nama-Nya TUHAN — bergembiralah di hadirat-Nya.


Ya TUHAN, Tuhan kami, betapa agung nama-Mu di seluruh bumi!


Menyanyilah dengan lantang untuk Allah kekuatan kita; bersoraklah dengan girang kepada Allah Yakub!


Betapa indahnya khemah-Mu, Ya TUHAN Yang Maha Kuasa!


Siapakah seperti Engkau di antara tuhan, ya TUHAN? Siapakah seperti Engkau, mulia dalam kesucian, mengerikan dalam puji-pujian, wahai Engkau pembuat keajaiban?


Mulutnya paling manis, ya dia sama sekali mengasyikkan. Demikianlah kekasihku, demikianlah sahabatku, wahai puteri-puteri Yerusalem.


Ya TUHAN, Allah kami, selain Engkau tuan-tuan lain pernah menguasai kami, tetapi nama-Mu sahaja yang kami masyhurkan.


Allah datang dari Teman, Yang Maha Suci dari Gunung Paran. Sela Kehebatan-Nya meliputi langit, dan bumi penuh dengan pujian kepada-Nya.


Jika Daud menyebut Dia ‘Tuan,’ bagaimana mungkin Dia anak Daud?”


Tomas pun berkata kepada Yesus, “Ya Tuhanku! Ya Allahku!”


Dia yang telah turun itu adalah juga Dia yang naik jauh ke atas semua lapisan langit, untuk memenuhi segala-galanya.)


Jika kamu tidak berhemat mengikut semua kata dalam hukum Taurat yang tertulis dalam kitab ini dan tidak takut kepada nama yang mulia serta terhebat, iaitu TUHAN, Allahmu,


Bahkan segala perkara kukira rugi berbanding keagungan mengenal Kristus Yesus, Tuhanku. Oleh sebab Dialah aku telah kerugian segalanya, yang kukira sampah sarap belaka, supaya aku mendapat untung iaitu Kristus,


Demikianlah Imam Besar yang sesuai bagi kita. Dia suci, tidak bercela, tidak tercemar, terasing daripada orang berdosa, dan telah dijadikan lebih tinggi daripada isi syurga;


Kemudian aku mendengar bunyi seperti suara orang yang sangat banyaknya, seperti deru air dan bunyi guruh yang amat hebat, berkata, “Haleluya! Kerana Tuhan, Allah kita, Yang Maha Kuasa sedang bertakhta!


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan