Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 7:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Ya Allah yang benar, yang menyoroti fikiran dan hati, tamatkan keganasan orang zalim dan pastikan keselamatan orang yang benar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Engkaulah yang menghakimi semua manusia. Berilah aku keadilan, ya TUHAN, kerana aku tidak bersalah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Engkaulah yang menghakimi semua manusia. Berilah aku keadilan, ya TUHAN, kerana aku tidak bersalah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 7:9
36 Iomraidhean Croise  

Bukankah orang itu sendiri berkata kepadaku, ‘Dia saudaraku’? Bahkan perempuan itu sendiri pun berkata, ‘Dia saudaraku.’ Jadi, dengan tulus hati dan dengan tangan yang suci aku melakukan hal ini.”


maka dengarlah kiranya di syurga dan bertindaklah. Adililah hamba-hamba-Mu; hukumlah orang yang bersalah, dan timpakanlah perbuatannya pada dirinya sendiri. Pertahankanlah orang benar, dan ganjarlah dia selaras dengan perbenarannya.


Engkaulah, anakku Salomo, kenalilah Allah ayahmu dan beribadatlah kepada-Nya dengan hati yang tulus dan jiwa yang ikhlas, kerana TUHAN mengerti setiap hati dan mengerti setiap angan-angan serta fikiran. Jika engkau mencari hadirat-Nya, maka Dia akan berkenan ditemukan olehmu. Tetapi jika engkau meninggalkan-Nya, maka Dia akan membuang engkau untuk selama-lamanya.


Patahkanlah kekuasaan orang zalim; hukumlah dia sehingga hapus kejahatannya.


untuk berlaku adil kepada anak yatim dan orang yang ditindas, supaya tiada sesiapa di bumi akan menimbulkan ketakutan lagi.


TUHAN menguji orang yang benar, tetapi membenci orang durjana dan orang yang mencintai keganasan.


Ya TUHAN, Engkau telah menelitiku dan mengenalku.


Engkau telah menguji hatiku dan menelitiku pada waktu malam, Engkau telah mendugaku dan tidak menemui kecelaan; aku telah berazam memelihara lidahku daripada dosa.


Kerana aku telah mengikut jalan TUHAN; dan tidak menyeleweng daripada Allahku dengan melakukan kejahatan.


Periksalah aku, ya TUHAN, dan dugalah aku, ujilah fikiran dan hatiku;


Bangkit dan pertahankanlah kebenaranku! Sokong perjuanganku, Ya Allahku dan ya Tuhanku.


Langkah seorang yang baik diperintahkan oleh TUHAN, dan Dia meredai jalan yang dilaluinya;


Dia mengeluarkanku daripada lubang yang dahsyat, daripada tanah liat berpaya; dan meletakkan aku berpijak di atas bukit batuan serta menetapkan langkahku.


Pertahankan kebenaranku, ya Allah, dan sokong perjuanganku menentang bangsa yang mungkar; selamatkanlah aku daripada manusia yang dusta dan zalim.


tidakkah Allah mengetahuinya, kerana Dia tahu akan segala rahsia hati?


Patahkanlah gigi singa-singa muda itu, ya Allah; cabutkan taring mereka, ya TUHAN!


TUHAN tempat bernaung bagi orang yang ditindas, tempat perlindungan pada waktu kesusahan.


Katakanlah dalam kalangan bangsa-bangsa, “TUHAN bertakhta memerintah.” Dunia tidak diganjak; Dia akan mengadili kaum-kaum dengan benar.


di hadapan TUHAN kerana Dia akan datang, Dia akan datang untuk menghakimi bumi dengan keadilan dan kaum-kaum dengan kesetiaan-Nya.


di hadapan TUHAN kerana Dia akan datang untuk menghakimi bumi. Dengan keadilan Dia akan menghakimi dunia dan kaum-kaum dengan saksama.


Ya TUHAN alam semesta, yang menghakimi dengan benar, yang menguji batin dan hati, biarlah kulihat pembalasan-Mu terhadap mereka, kerana kepada-Mulah kunyatakan perkaraku.


“Aku, TUHAN, menyelidiki hati dan menguji batin. Aku mengganjar setiap orang selaras dengan perilakunya dan setimpal dengan hasil perbuatannya.”


Ya TUHAN alam semesta, yang menguji orang benar, yang mengamati hati dan batin, biarlah kulihat pembalasan-Mu terhadap mereka, kerana kepada-Mulah kunyatakan perkaraku.


Dia akan mendirikan khemah-khemah kerajaannya di antara laut dengan gunung mulia yang suci itu, tetapi ajalnya tetap akan tiba jua dan tiada sesiapa yang ada untuk menolongnya.”


Pada saat itu malaikat Tuhan memukul Raja Herodes kerana tidak menghormati Allah. Raja Herodes pun mati dimakan ulat.


Sekarang, kepada Dia yang berkuasa meneguhkan kamu menurut Injil yang kusampaikan dan perkhabaran tentang Yesus Kristus, menurut pernyataan rahsia yang tersembunyi sejak permulaan dunia


Dengan demikian Tuhan akan memperteguh hatimu sehingga kamu menjadi suci, tiada cacat cela di hadapan Allah Bapa kita semasa Tuhan kita Yesus datang dengan semua pengikut-Nya yang salih.


Tetapi setelah kamu menderita beberapa waktu, Allah, sumber segala kasih kurnia, yang telah memanggil kamu dalam Kristus untuk turut menikmati kemuliaan-Nya yang kekal, akan menyempurnakan, menegakkan, mengukuhkan dan menenteramkan kamu.


Surat ini daripada Yudas, hamba Yesus Kristus dan saudara Yakobus, Untuk tatapan mereka yang telah dipanggil dan dikasihi oleh Allah Bapa serta dilindungi oleh Yesus Kristus:


Aku juga akan meragut nyawa anak-anaknya, supaya seluruh jemaah tahu bahawa Akulah yang menyelami hati dan fikiran manusia. Aku akan memberikan balasan yang setimpal dengan perbuatan setiap orang.


Tetapi firman TUHAN kepada Samuel, “Janganlah pandang rupanya atau perawakannya yang tinggi, kerana Aku telah menolak dia. Allah tidak melihat sebagaimana manusia melihat. Manusia melihat penampilan lahiriah, tetapi TUHAN melihat hati.”


Dia akan memelihara langkah kalangan yang salih, tetapi orang fasiq akan tersingkir ke dalam kegelapan, kerana berdayanya seseorang bukan atas kekuatannya sendiri.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan