Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 7:4 - Alkitab Versi Borneo

4 jika aku telah berbuat jahat kepada orang yang baik denganku atau tanpa sebab aku telah merampas milik musuhku —

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4-5 Ya TUHAN, Allahku, jika aku pernah berbuat jahat, jika aku mengkhianati sahabat, atau melakukan keganasan terhadap musuh tanpa sebab,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4-5 Ya TUHAN, Allahku, jika aku pernah berbuat jahat, jika aku mengkhianati sahabat, atau melakukan keganasan terhadap musuh tanpa sebab,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 7:4
20 Iomraidhean Croise  

Belum beberapa jauh mereka keluar dari kota itu, Yusuf berkata kepada pengawas rumah tangganya, “Cepatlah kejar kumpulan orang itu, dan ketika kamu sudah memintas mereka, katakan kepada mereka, ‘Mengapakah kamu membalas kebaikan dengan kejahatan?


Jika ada sesiapa antara hambamu ini didapati menyimpan barang itu, biarlah dia dihukum mati dan biarlah kami menjadi hamba tuanku.”


TUHAN membalas kepadamu seluruh darah keluarga Saul yang kaugantikan sebagai raja. TUHAN telah menyerahkan kerajaan itu ke dalam tangan Absalom, anakmu. Sesungguhnya, engkau termakan oleh kejahatanmu sendiri, kerana engkau seorang penumpah darah.”


maka biarlah bahuku lepas daripada belikatku dan lenganku patah daripada persendiannya,


Jika langkahku menyimpang dari jalan dan hatiku menuruti pandangan mataku, atau jika noda melekat pada tanganku,


Demikianlah mereka membalas kebaikanku dengan kejahatan, dan kasihku dengan kebencian.


Bekas sahabatku itu telah menyerang orang yang hidup berbaik-baik dengannya; dia telah memungkiri janjinya.


Mangkuk pijar untuk perak dan relau untuk emas, tetapi TUHAN menguji hati.


Akan tetapi Paulus berseru dengan lantang, “Jangan apa-apakan dirimu, kami semua ada di sini.”


Maka larilah Daud dari Nayot, dekat Rama lalu sampailah dia kepada Yonatan. Berkatalah dia, “Apakah yang telah kuperbuat? Apakah kesalahanku dan apa dosaku terhadap ayahmu, sehingga dia ingin sekali mencabut nyawaku?”


Jawab Ahimelekh kepada raja, “Tetapi siapakah antara semua pegawai tuanku yang begitu dipercayai seperti Daud? Apatah lagi, selain menjadi menantu raja, dia juga ketua para pengawal tuanku dan dihormati di dalam istana tuanku.


Dengan kata-kata itu Daud menahan anak buahnya dan tidak mengizinkan mereka untuk menyerang Saul. Sementara itu Saul bergegas meninggalkan gua untuk melanjutkan perjalanannya.


Kata Saul, “Aku telah berdosa. Kembalilah, wahai anakku Daud. Aku tidak akan berbuat jahat lagi terhadap engkau, kerana pada hari ini nyawaku berharga di matamu. Sesungguhnya, aku telah bertindak bodoh, dan aku telah membuat kesilapan besar.”


Sebagaimana nyawa tuanku berharga di mataku pada hari ini, semoga jugalah nyawa hamba di mata TUHAN. Semoganya Dia melepaskan hamba daripada segala kesengsaraan.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan