Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 7:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Ya TUHAN, ya Allahku, jika aku telah melakukan ini dan tanganku bergelumang dosa —

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Jangan biarkan mereka seperti singa yang menerkam dan menyeret aku ke tempat yang tiada seorang pun dapat menyelamatkan aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Jangan biarkan mereka seperti singa yang menerkam dan menyeret aku ke tempat yang tiada seorang pun dapat menyelamatkan aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 7:3
14 Iomraidhean Croise  

jauhkanlah kejahatan di tanganmu jika memang ada, dan jangan biarkan kezaliman ada di khemahmu.


Banyak lembu jantan mengelilingiku; lembu jantan Basan yang kuat telah mengepungku.


Selamatkan aku daripada pedang, dan nyawaku yang satu-satunya daripada cengkaman anjing.


Lihatlah, mereka mengendap menanti untuk meragut nyawaku! Orang yang berkuasa berpakat menentangku bukan kerana apa-apa kesalahan atau dosaku, ya TUHAN.


Kalaulah ada niat jahat dalam hatiku, Tuhan tidak akan mendengar rayuanku;


“TUHAN, Allah segala allah! TUHAN, Allah segala allah! Dia tahu dan biarlah orang Israel pun mengetahuinya! Jika hal ini merupakan penderhakaan atau kemungkaran terhadap TUHAN, janganlah kami dibiarkan selamat pada hari ini.


Jika demikian halnya, tunjukkanlah kasih kepada hambamu ini kerana engkau telah mengikat perjanjian dengan hambamu ini di hadapan TUHAN. Tetapi jika ada kesalahan padaku, biarlah engkau sendiri yang membunuh aku. Mengapakah engkau harus membawa aku kepada ayahmu?”


Kata Saul kepadanya, “Mengapa kamu, iaitu engkau dan anak Isai itu, bersekongkol melawan aku? Engkau memberikan roti dan sebilah pedang kepadanya serta menanyakan petunjuk TUHAN baginya sehingga dia bangkit melawan aku dan menunggu kesempatan untuk bertindak terhadap aku seperti yang terjadi pada hari ini.”


sehingga kamu semua bersekongkol melawan aku? Tiada seorang pun memberitahu aku ketika anakku sendiri mengikat perjanjian dengan anak Isai itu. Tiada seorang pun daripada kamu yang mengambil berat terhadap aku atau memberitahu aku bahawa anakku telah menghasut pegawaiku untuk melawan aku sambil dia menunggu kesempatan untuk bertindak sebagaimana yang terjadi pada hari ini.”


Lihatlah, ayahku, lihatlah punca jubah tuanku di tangan hamba ini. Hamba mengerat punca jubah tuanku, namun tidak membunuh tuanku. Ketahuilah dan sedarilah bahawa tidak ada kejahatan atau kederhakaan daripada pihak hamba. Hamba tidak berbuat dosa terhadap tuanku, sekalipun tuanku memburu hamba untuk mencabut nyawa hamba.


Lalu berkatalah Daud kepada Saul, “Mengapakah tuanku mendengar kata-kata kalangan yang mengatakan, ‘Ketahuilah, Daud berikhtiar mencederakan tuanku’?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan