Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 7:2 - Alkitab Versi Borneo

2 jangan biarkan mereka mengoyak-ngoyakkanku seperti singa dan mencarik-carikku tanpa sesiapa melepaskanku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Ya TUHAN, Allahku, aku berlindung kepada-Mu; selamatkanlah dan lepaskanlah aku daripada semua orang yang memburu aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Ya TUHAN, Allahku, aku berlindung kepada-Mu; selamatkanlah dan lepaskanlah aku daripada semua orang yang memburu aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 7:2
18 Iomraidhean Croise  

Hambamu ini mempunyai dua orang anak lelaki. Suatu ketika, mereka berkelahi di padang. Tidak ada seorang pun yang meleraikan mereka, lalu anak yang satu memukul anak yang lain dan membunuh dia.


sungguhpun Engkau tahu bahawa aku tidak bersalah dan tidak ada yang dapat melepaskanku daripada tangan-Mu?


Dia menanti mangsa dalam senyap seperti singa; dia menunggu untuk menangkap orang tidak berdaya; lalu meragut mereka ke dalam jaringnya.


Kepada TUHAN aku bernaung. Betapa kamu boleh berkata kepadaku: “Terbanglah seperti burung ke gunungmu.


Peliharakan aku, ya Allah, aku bernaung kepada-Mu.


Seperti singa yang ingin mengoyak-ngoyak mangsa, seperti singa muda mengendap di tempat rahsia.


Mereka merenungku dengan mulut ternganga seperti singa yang mengaum ganas.


Condongkan telinga-Mu kepadaku, selamatkanlah aku dengan segera; jadilah batu pejal tempat aku berlindung, kubu pertahanan untuk keselamatanku.


Namun demikian, apabila aku dalam kesusahan, mereka bergembira dan berhimpun; mereka berkumpul menyerangku sedangkan aku tidak tahu. Mereka memfitnahku dengan ganas terus-menerus.


Fikirkan semua ini, hai kamu yang melupakan Allah, jangan sampai Aku membinasakanmu, dan tiada siapa dapat menyelamatkanmu:


Selamatkan aku daripada orang yang melakukan kejahatan dan lindungi aku daripada manusia yang dahagakan darah.


Murka raja laksana ngauman seekor singa, tetapi kebaikannya ibarat embun di atas rumput.


Aku menenangkan diriku sampai pagi hari, tetapi seperti singa, demikianlah Dia mematahkan semua tulangku. Dari siang sampai malam Engkau membawaku ke akhir hidupku.


Mengenai Gad dia berkata, “Diberkatilah Dia yang meluaskan wilayah Gad. Gad berdiam di sana seperti singa betina. Dicabik-cabiknya lengan bahkan ubun-ubun.


Tetapi Tuhan menyertaiku dan memberiku kekuatan, supaya berita baik dapat dikhabarkan sepenuhnya melaluiku, dan semua bangsa asing bukan daripada bani Israel dapat mendengarnya. Juga aku telah diselamatkan daripada mulut singa.


Kawallah dirimu dan berwaspadalah, kerana musuhmu Iblis merayau seperti singa yang mengaum mencari mangsa.


Tiada sesiapa yang datang menolong kerana kota itu jauh dari Sidon dan seluruh warga kota itu tidak bergaul dengan sesiapa pun. Selepas itu, kota yang terletak di lembah Bet-Rehob itu dibangunkan semula oleh bani Dan yang kemudiannya menetap di situ.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan