Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 69:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Aku lesu meratap; kerongkongku kering. Mataku kelam, menanti Allahku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 aku hampir tenggelam di lumpur yang dalam, dan tiada tempat berjejak; aku berada di air yang dalam, dan ombak pun hampir melemaskan aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 aku hampir tenggelam di lumpur yang dalam, dan tiada tempat berjejak; aku berada di air yang dalam, dan ombak pun hampir melemaskan aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 69:3
18 Iomraidhean Croise  

Tetapi mata orang fasiq akan menjadi sayu, mereka tidak akan mempunyai tempat melarikan diri dan harapan mereka sekadar untuk menarik nafas terakhir mereka.”


Mukaku merah kerana menangis, di kelopak mataku ada bayang-bayang maut,


Mataku kabur mencari penyelamatan-Mu, dan mencari firman-Mu yang benar.


Mataku kabur mencari firman-Mu; dan aku berkata, “Bilakah Engkau akan melipurkan aku?”


Kekuatanku telah kering-kontang, dan lidahku melekat ke langit-langitku; Engkau telah membawaku ke debu maut.


Ya Allahku, aku meratap sepanjang siang, tetapi Engkau tidak mendengar, dan semalaman aku tidak berhenti merayu.


Biar keikhlasan dan ketulusan memeliharaku, aku setia menanti-Mu.


Sekarang, ya Tuhan, apa yang kunantikan? Harapanku tertumpu kepada-Mu.


Dia telah meletakkan nyanyian baru di bibirku, puji-pujian kepada Allah kita. Ramai yang akan melihat dan berasa takut lalu percaya kepada TUHAN.


Aku letih lesu kerana mengerang; sepanjang malam kubanjiri tempat tidurku dengan tangisan dan kubasahi katilku dengan air mata.


Mereka memberi aku hempedu untuk dimakan dan apabila aku dahaga, mereka memberiku cuka untuk diminum.


Kemurkaan-Mu berat menekanku; dan Engkau telah menimpakan segala azab-Mu seperti ombak ke atasku. Sela


Seperti burung layang-layang atau burung bangau, demikianlah aku mencicit. Aku merintih seperti burung merpati, mataku redup kerana terus menengadah. Ya Tuhan, aku tertekan! Jadilah jaminan bagiku!


Mataku haus oleh cucuran air mata, perutku seperti dipulas-pulas. Hatiku tertuang ke bumi kerana kehancuran para puteri bangsaku, kerana kanak-kanak dan bayi-bayi yang menyusu, pengsan di tempat-tempat umum kota.


Selepas itu, Yesus mengetahui bahawa segala-galanya telah berlaku sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, lalu berkata, “Aku dahaga.”


Anak-anakmu baik lelaki mahupun perempuan akan diserahkan kepada bangsa lain. Matamu menyaksikannya dan menjadi sayu kerana merindukan mereka sepanjang hari, namun kamu tidak berdaya.


Ketika Yesus hidup sebagai manusia, Dia telah berdoa dan merayu dengan ratap tangis kepada Allah yang berkuasa menyelamatkan-Nya daripada kematian, dan Allah telah mendengar-Nya kerana kesalihan-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan