Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 67:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Allah akan memberkati kita, dan setiap pelosok bumi akan takut kepada-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Tanah telah mengeluarkan hasilnya; Allah, Allah kita, telah memberkati kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Tanah telah mengeluarkan hasilnya; Allah, Allah kita, telah memberkati kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 67:7
23 Iomraidhean Croise  

Setiap pelosok dunia akan ingat dan berpaling kepada TUHAN, dan semua kaum bangsa akan menyembah-Mu,


TUHAN akan memberikan kekuatan kepada umat-Nya; TUHAN akan memberkati umat-Nya dengan kesejahteraan.


Takutilah TUHAN, hai seluruh bumi; gerunlah kepada-Nya, hai semua penghuni dunia.


Engkau akan menjawab rayuan kami dengan perbuatan benar yang menakjubkan, Ya Allah Penyelamat kami, Engkaulah harapan seluruh bumi dan lautan yang jauh,


Nama-Nya akan kekal selama-lamanya; nama-Nya akan kekal selagi ada matahari. Manusia akan diberkati kerana-Nya, semua bangsa akan memuji-Nya.


Dia telah ingat akan kasih-Nya dan kesetiaan-Nya kepada keturunan kaum Israel; semua pelosok bumi telah melihat penyelamatan Allah.


Dia akan menurunkan hujan bagi benih yang kautabur di tanahmu. Makanan hasil tanahmu akan menjadi bernas dan berzat. Pada waktu itu ternakanmu akan meragut rumput di padang yang luas.


Aku akan berfirman kepada utara, ‘Berikanlah!’ dan kepada selatan, ‘Jangan tahan!’ Bawalah anak-anak lelaki-Ku dari jauh dan anak-anak perempuan-Ku dari hujung bumi,


Berpalinglah kepada-Ku dan biarlah kamu diselamatkan, wahai segala hujung bumi, kerana Akulah Allah dan tidak ada yang lain.


TUHAN telah memperlihatkan kuasa-Nya yang suci di hadapan mata segala bangsa. Segala hujung bumi akan melihat penyelamatan daripada Allah kita.


maka Aku akan menurunkan hujan bagimu pada musimnya sehingga tanah memberikan hasil dan pohon-pohon di ladang mengeluarkan buah.


Dia akan tampil dan akan menggembala mereka dengan kekuatan TUHAN, dalam keagungan nama TUHAN, Allahnya. Mereka akan tinggal dengan selamat, kerana pada waktu itu dia menjadi besar sampai ke hujung bumi.


‘Benih akan disemai dalam suasana kedamaian. Pokok anggur akan berbuah, tanah akan memberikan hasil, dan langit akan menitiskan embun. Aku akan membuat saki-baki umat ini mewarisi semua itu.


“Aku akan melenyapkan rata dari Efraim dan kuda perang dari Yerusalem. Busur peperangan akan dilenyapkan. Dia akan mewartakan damai kepada bangsa-bangsa. Wilayah kekuasaannya akan membentang dari laut sampai ke laut, dan dari Sungai Efrat sampai ke hujung bumi.”


Sungguh, dari terbitnya matahari sampai terbenamnya, nama-Ku besar di antara bangsa-bangsa. Di setiap tempat dipersembahkan dupa bagi nama-Ku dan juga persembahan yang tahir, kerana nama-Ku besar di antara bangsa-bangsa,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.


Tetapi bagi kamu yang takut kepada nama-Ku, matahari yang penuh perbenaran akan terbit dengan membawa kesembuhan pada sayapnya. Sebagaimana anak lembu dari kandangnya, kamu akan keluar sambil melompat-lompat.


Hai saudara-saudara keturunan Abraham, dan semua yang takut akan Allah! Kepada kitalah Allah telah menyampaikan berita penyelamatan itu.


Inilah perintah Tuhan kepada kami: ‘Aku telah menetapkan kamu menjadi cahaya kepada bangsa-bangsa supaya kamu akan membawa penyelamatan daripada-Ku sampai ke hujung bumi.’ ”


Engkau telah menunjukkan jalan hidup, dan Engkau akan memenuhiku dengan kebahagiaan di hadirat-Mu.’


Dia menebus kita supaya berkat Abraham datang kepada bangsa asing melalui Kristus Yesus, dan kita menerima Roh yang dijanjikan itu melalui iman.


Dengan demikian, semua orang yang beriman diberkati bersama Abraham yang beriman.


Siapakah yang tidak takut kepada-Mu, Ya Tuhan, dan memuliakan nama-Mu? Kerana hanya Engkaulah Yang Maha Suci. Semua bangsa akan datang dan sujud menyembah-Mu, kerana penghakiman-Mu telah ternyata.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan