Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 4:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa; ketika di tempat tidurmu, sorotilah hatimu dalam senyap sepi. Sela

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Ingatlah bahawa TUHAN telah memilih orang yang taat kepada-Nya sebagai milik-Nya, dan Dia mendengar ketika aku berseru kepada-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Ingatlah bahawa TUHAN telah memilih orang yang taat kepada-Nya sebagai milik-Nya, dan Dia mendengar ketika aku berseru kepada-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 4:4
17 Iomraidhean Croise  

“Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa.” Jangan kekalkan kemarahanmu hingga matahari terbenam,


Aku mengingati kembali nyanyianku sewaktu malam. Aku merenung dalam hati dan rohku tekun mencari:


Jangan anggap dirimu bijak, takutlah kepada TUHAN dan jauhilah kejahatan.


Apabila aku ingat kepada-Mu di tempat tidurku; aku berjaga merenungkan Engkau sepanjang malam.


“Diamlah, dan ketahuilah Aku Allah; Aku akan dimuliakan dalam kalangan bangsa-bangsa, Aku akan dimuliakan di bumi ini.”


Ujilah keteguhan imanmu; periksalah dirimu sendiri. Tidakkah kamu tahu Kristus Yesus ada dalam dirimu? Kecuali kamu gagal.


Takutilah TUHAN, hai seluruh bumi; gerunlah kepada-Nya, hai semua penghuni dunia.


Lalu kepada manusia Dia berfirman, ‘Sesungguhnya, takut kepada Tuhan, itulah hikmah, dan menjauhi kejahatan, itulah pengertian.’ ”


Dengan kasih dan kesetiaan, dosa dihapuskan, dan kerana takut kepada TUHAN, orang menjauhi kejahatan.


Tetapi TUHAN hadir di dalam Bait-Nya yang suci. Biarlah seluruh bumi berdiam diri di hadirat-Nya!


Jalan orang yang tulus menjauhi kejahatan, dan sesiapa menjaga jalannya, memelihara nyawanya.


Raja-raja menganiaya aku tanpa sebab, tetapi hatiku mengagumi firman-Mu.


Kepada TUHAN aku berseru lantang, dan Dia menyahut seruanku dari bukit suci-Nya. Sela


Layanlah TUHAN dengan rasa takut dan bersukacitalah dengan gementar.


‘Adakah kamu tidak takut kepada-Ku,’ demikianlah firman TUHAN, ‘adakah kamu tidak gementar di hadirat-Ku?’ Akulah yang menetapkan pasir pantai sebagai perbatasan laut, sebagai batas kekal yang tidak dapat dilaluinya. Gelombang yang mengganas sekalipun tidak sanggup melaluinya, gelombang yang menderu-deru sekalipun tidak sanggup mengatasinya.


Ramai yang berkata tentangku, “Allah tidak akan menyelamatkannya.” Sela


Aku menyeru-Mu kerana Engkau akan mendengarku, ya Allah; dengarlah, dengarlah kata-kataku ini.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan