Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 14:2 - Alkitab Versi Borneo

2 TUHAN memandang dari syurga kepada anak-anak manusia untuk melihat kalau ada yang mengerti, yang mencari Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Dari syurga TUHAN memandang umat manusia untuk mencari orang yang bijak, orang yang menyembah Dia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Dari syurga TUHAN memandang umat manusia untuk mencari orang yang bijak, orang yang menyembah Dia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 14:2
29 Iomraidhean Croise  

Lalu turunlah TUHAN untuk mengamati kota dan menara yang dibangunkan oleh anak-anak manusia.


Aku akan hadir untuk mengamati sama ada perbuatan mereka memang selaras dengan bangkangan yang diteriakkan kepada-Ku atau tidak. Aku mahu menyelidikinya.”


Allah mengamati bumi, dan sesungguhnya betapa hancurnya bumi kerana kehidupan semua manusia bergelumang dengan dosa.


Meskipun begitu, ada hal-hal yang baik didapati pada tuanku, kerana tuanku telah menyingkirkan patung-patung Asyera dari negeri ini dan telah menetapkan hati untuk mencari hadirat Allah.”


yang telah menetapkan hatinya untuk mencari Allah, iaitu TUHAN, Allah nenek moyangnya, sungguhpun orang itu tidak suci menurut aturan tempat suci.”


Apakah manusia itu sehingga dia tidak bercela, atau yang dilahirkan perempuan itu sehingga dia tidak bersalah?


Sesiapa yang bijaksana akan memerhatikan semua ini dan akan mengerti kasih TUHAN.


TUHAN di dalam rumah-Nya yang suci; takhta-Nya di syurga. Dia memerhatikan; dan menguji anak-anak manusia.


Orang yang rendah hati akan melihatnya dan bersukacita — dan kamu yang mencari Allah, hatimu akan pulih!


“Mereka tidak tahu, dan tidak mengerti. Mereka merayau dalam kegelapan; semua asas bumi sudah goyah.”


Orang cetek akal tidak mengetahuinya, dan orang bodoh tidak memahaminya,


Maka engkau akan memahami apa yang benar, adil, dan saksama serta segala jalan kebaikan,


Hai orang yang betul bendul, perolehlah kecerdasan; hai orang bodoh, perolehlah pengertian.


“Sesiapa yang betul bendul, menyimpanglah ke mari!” Kepada yang kurang berakal demikian katanya,


“Sesiapa yang betul bendul, menyimpanglah ke mari!” Kepada orang yang kurang akal, demikianlah katanya,


Apabila ranting-rantingnya sudah kering, semuanya dipatahkan, lalu datanglah para perempuan menyalakan api dengan ranting-ranting itu. Inilah bangsa yang tidak berpengertian, sebab itulah Yang Menjadikan mereka tidak menyayangi mereka, dan Yang Membentuk mereka tidak berbelas kasihan kepada mereka.


Carilah hadirat TUHAN selagi Dia dapat ditemui, berserulah kepada-Nya selagi Dia dekat.


Pandanglah dari syurga dan lihatlah dari kediaman-Mu yang suci dan mulia. Di manakah semangat-Mu dan keperkasaan-Mu? Gelora hiba-Mu dan kasih sayang-Mu tertahan bagiku!


Koyakkanlah kiranya langit lalu turun, sehingga gunung-gunung luluh di hadapan-Mu —


Apabila orang berkata kepada kamu, “Carilah petunjuk daripada para pemanggil arwah serta para ahli sihir yang meracau dan terkumat-kamit,” maka jawablah, “Bukankah sesuatu bangsa patut meminta petunjuk daripada Allah mereka? Patutkah petunjuk untuk orang yang hidup dicari mereka daripada orang yang mati?”


“Memang bodoh umat-Ku itu, mereka tidak mengenal Aku. Mereka anak yang tolol dan mereka tidak mempunyai pengertian. Mereka pandai berbuat jahat, tetapi tidak tahu bagaimana harus berbuat baik.”


“Larilah ke sana ke mari di jalan-jalan Yerusalem, lihatlah dan perhatikan, carilah di tempat-tempat umumnya. Jika kamu dapat menemukan seseorang yang menegakkan keadilan dan yang mencari kebenaran, maka Aku akan mengampuni kota itu.


sampai TUHAN menilik dan memandang dari syurga.


Ramai orang akan disucikan, dibersihkan, dan dimurnikan, tetapi orang fasiq akan terus berbuat kefasiqan. Orang fasiq mana pun tidak akan memahaminya, tetapi para bijaksana akan memahaminya.


Kerana hati umat ini telah buntu, mereka pekakkan telinga, dan pejamkan mata. Kalau tidak demikian, mereka tentu melihat dengan mata, mendengar dengan telinga, dan mengerti dengan hati, lalu berpaling kepada-Ku dan Aku menyembuhkan mereka.’


Tiada yang mengerti, tiada yang mencari Allah.


Tetapi tanpa iman, mustahil didapati keredaan-Nya. Sesiapa yang datang kepada Allah mestilah beriman bahawa Allah wujud dan Dia memberikan ganjaran kepada mereka yang berusaha untuk mencari-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan