Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 13:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Berapa lamakah aku akan bergelut dengan fikiranku sendiri sedangkan hatiku duka setiap hari? Berapa lamakah musuhku akan mengatasiku?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Berapa lamakah Engkau akan melupakan aku, ya TUHAN? Berapa lamakah Engkau akan bersembunyi daripadaku?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Berapa lamakah Engkau akan melupakan aku, ya TUHAN? Berapa lamakah Engkau akan bersembunyi daripadaku?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 13:2
44 Iomraidhean Croise  

sehingga raja berkata kepadaku, “Mengapakah murung mukamu, padahal engkau tidak sakit? Tentulah engkau sedang bersusah hati!” Aku pun menjadi sangat takut.


Jawab Ester, “Penganiaya dan musuh itu ialah Haman yang jahat ini!” Lantas Haman menjadi tersangat takut di hadapan raja dan ratu.


Jika aku bersalah, malangnya aku! Jika aku benar, aku tidak dapat mengangkat kepalaku, kerana aku penuh aib dan sedar akan kehinaanku.


untuk berlaku adil kepada anak yatim dan orang yang ditindas, supaya tiada sesiapa di bumi akan menimbulkan ketakutan lagi.


Azab maut telah mengelilingiku, dan seksa kubur telah mencengkamku; aku menanggung kesusahan dan kedukaan.


daripada orang zalim yang menyerangku, daripada musuh pemusnah yang mengepungku.


Biar lidah mereka yang berdusta dikelukan, lidah yang menuturkan kata-kata biadab dengan sombong dan menghina terhadap orang yang benar.


Aku lemah mungkin rebah, dan kesedihan sentiasa kurasakan.


Apabila kukenang segala ini kucurah keluar seluruh jiwaku: kerana dahulu aku pergi bersama orang ramai, ke Rumah Allah, dengan sorak-sorai kegembiraan dan puji-pujian bersama orang ramai menyambut hari mulia.


Berpalinglah semula kepadaku, ya TUHAN, dan lepaskan aku; selamatkan aku kerana kasih setia-Mu.


jangan biarkan mereka mengoyak-ngoyakkanku seperti singa dan mencarik-carikku tanpa sesiapa melepaskanku.


Ya Allah, berapa lamakah seteru akan mencela? Adakah musuh akan mengkufuri nama-Mu selama-lamanya?


Ingatlah ini, bahawa musuh telah mencela, ya TUHAN, dan kaum yang bodoh telah mengkufuri nama-Mu.


Daripada mulut kanak-kanak dan bayi yang masih menyusu, Engkau telah membina kekuatan untuk menentang musuh-Mu, supaya Engkau dapat menewaskan seteru dan penuntut bela.


Musuh telah musnah dalam kehancuran selama-lamanya, Engkau telah membinasakan kota-kota; sehingga luput daripada kenangan.


Hati yang gembira membuat wajah berseri, tetapi ketika hati berduka, patahlah semangat.


Malah sepanjang usianya dia makan dalam kegelapan dan penuh dukacita serta mengalami pelbagai kesusahan, kesakitan dan kekesalan.


Mengapa deritaku terus berlanjutan dan lukaku sangat parah, tidak mahu sembuh? Sungguh, Engkau seperti sungai yang menipu bagiku, air yang tidak dapat diharapkan.


Engkau telah berkata, ‘Malangnya aku kerana TUHAN telah menambahkan dukacita pada penderitaanku! Aku penat berkeluh-kesah dan tidak mendapat ketenteraman.’ ”


Dukaku tidak tersembuhkan, hatiku lemah.


Para lawannya menjadi pemimpin, para musuhnya makmur dan maju kerana TUHAN membuat dia berdukacita atas sebab segala pelanggarannya. Kanak-kanaknya sudah pergi sebagai tawanan di hadapan lawan.


Kenajisannya melekat pada hujung pakaiannya, ia tidak memikirkan akibat segala dosanya. Kejatuhannya sangat menggemparkan, tiada seorang pun yang menghiburnya. “Ya TUHAN, pandanglah kesusahanku, kerana musuh telah memegahkan diri.”


Mengapa Engkau terus melupakan kami, meninggalkan kami sekian lama?


Dia berkata kepada mereka, “Jiwa-Ku sungguh dukacita, bagaikan mati. Duduklah di sini berjaga bersama-Ku.”


Semasa Aku bersama kamu setiap hari di dalam Bait Suci, kamu tidak berani pula menangkap Aku. Tetapi inilah masa kamu dan masa kuasa kegelapan.”


Sekarang hatimu bersedih, kerana Aku telah memberitahu perkara ini kepadamu.


Aku teramat sedih dan gundah dalam hatiku.


Memang benar dia sakit, hampir mati, tetapi Allah berbelas kasihan kepadanya, bukan hanya dia tetapi aku juga, supaya kesedihanku tidak bertimpa-timpa.


Oleh itu, semakin takutlah Saul kepada Daud, dan seumur hidupnya dia memusuhi Daud.


Apabila seseorang menemukan musuhnya, jarang-jarang sekali dia akan melepaskannya pergi dengan selamat! Semoga TUHAN membalas kamu dengan kebaikan atas apa yang kaulakukan kepadaku pada hari ini.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan