Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 127:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Ketahuilah, anak-anak ialah warisan daripada TUHAN, hasil daripada rahim adalah suatu ganjaran.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Anak-anak adalah anugerah TUHAN; mereka adalah berkat-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Anak-anak adalah anugerah TUHAN; mereka adalah berkat-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 127:3
22 Iomraidhean Croise  

Allah memberkati mereka, lalu Allah berfirman kepada mereka, “Beranakcuculah dan bertambah banyak serta penuhilah dan takluki bumi, berkewenangan atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala makhluk hidup yang berkeliaran dan yang bergerak di muka bumi.”


Mereka memohonkan berkat bagi Ribka dan berkata kepadanya, “Saudara kami, semoga kamu menjadi berpuluh-puluh ribu dan semoga keturunanmu menakluki pintu-pintu gerbang orang yang membenci mereka.”


Ketika Esau mengangkat mukanya, dia terlihat kaum wanita serta kanak-kanak di hadapannya. Maka bertanyalah dia, “Siapakah semua orang yang menyertaimu ini?” Jawab Yakub, “Itulah kesemua anak yang telah Allah anugerahi kepada hambamu ini.”


Maka Adam meniduri isterinya, Hawa, yang seterusnya mengandung dan melahirkan Kain. Hawa berkata, “Atas pertolongan TUHAN, aku memperoleh seorang anak lelaki.”


dan berfirman kepadaku, ‘Sesungguhnya, Aku akan membuat kamu beranak cucu dan melipatgandakan keturunanmu. Aku akan menjadikan kamu satu golongan bangsa, dan Aku akan mengurniakan negeri ini kepada keturunanmu kelak sebagai milik mereka yang kekal.’


Anak yang keenam ialah Yitream, daripada Egla, isteri Daud. Mereka itu anak-anak lelaki dilahir bagi Daud di Hebron.


Daripada kesemua anakku — kerana TUHAN mengurniai aku ramai anak — Dia memilih Salomo, anakku, untuk duduk di atas takhta kerajaan yang ditetapkan TUHAN, iaitu atas Israel.


Anak-anak Ulam ialah kesateria yang gagah perkasa dan pemanah. Mereka mempunyai ramai anak dan cucu yakni seramai 150 orang. Itulah semua keturunan Benyamin.


Dia dikurniai tujuh orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan.


Busur panah mereka akan menghempaskan orang muda. Mereka tidak akan berbelas kasihan kepada buah kandungan, dan mereka tidak akan berasa hiba pada anak-anak.


Sesungguhnya, aku dan anak-anak yang diberikan TUHAN kepadaku ialah tanda dan lambang di Israel daripada TUHAN alam semesta, yang bersemayam di Gunung Sion.


TUHAN akan membuat kamu berkelimpahan dalam kebaikan, dalam buah kandunganmu, hasil ternakanmu, dan hasil bumimu di tanah yang TUHAN sumpah untuk memberikan kepada nenek moyangmu.


Diberkatilah buah kandunganmu, hasil tanahmu, dan hasil ternakanmu, iaitu anak lembumu dan kawanan dombamu.


Dia mempunyai tiga puluh orang anak lelaki dan tiga puluh orang anak perempuannya yang dikahwinkannya dengan orang di luar kaumnya manakala tiga puluh anak perempuan diambilnya dari luar kaumnya untuk diperisteri dengan para anak lelakinya. Ebzan memerintah orang Israel selama tujuh tahun.


Untuk mendapat anak inilah hamba berdoa, dan TUHAN telah mengabulkan permintaan yang hamba sampaikan kepada-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan