Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 127:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Sia-sia sahaja kamu bangun awal pagi, berjaga sampai larut malam, bertungkus-lumus untuk mencari makanan — kerana demikianlah Dia memberikan tidur lena kepada orang yang dikasihi-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Sia-sia sahaja bangun pagi-pagi dan tidur larut malam, bekerja keras mencari nafkah, kerana TUHAN memberikan segalanya kepada orang yang dikasihi-Nya, sementara mereka sedang tidur.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Sia-sia sahaja bangun pagi-pagi dan tidur larut malam, bekerja keras mencari nafkah, kerana TUHAN memberikan segalanya kepada orang yang dikasihi-Nya, sementara mereka sedang tidur.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 127:2
17 Iomraidhean Croise  

Engkau akan berasa aman kerana ada harapan. Engkau akan melihat sekitarmu lalu tidur dengan aman.


Aku baring dan tidur; aku terjaga semula, kerana TUHAN memeliharaku.


Aku akan berbaring dan tidur dalam sejahtera, kerana hanya Engkau, ya TUHAN, membolehkan aku tinggal dengan selamat.


Supaya orang yang Kaukasihi dapat diselamatkan, lepaskanlah dengan tangan kanan-Mu dan dengarlah rayuanku.


Berkat TUHAN mengayakan, dan Dia tidak menambahkan kesusahan kepadanya.


Telah aku lihat segala perbuatan yang dilakukan orang di bawah matahari, dan lihatlah, betapa segala-galanya semata-mata kesia-siaan bagaikan usaha menjaring angin.


Ada seorang yang hidup bersendirian, yang tiada anak lelaki atau saudara lelaki. Biarpun dia tidak henti-henti berusaha dengan jerih lelah, namun matanya tetap tidak puas dengan kekayaan; lalu bertanyalah dia: “Untuk siapakah aku berjerih lelah dan menolak kesenangan ini?” Itu pun kesia-siaan dan perkara yang teruk.


Nyenyak tidurnya orang yang bekerja, sama ada dia makan sedikit atau banyak tetapi kekenyangan orang kaya memang tidak membolehkan dia tidur.


Segala usaha seseorang berpenat lelah demi mulutnya, namun nafsu seleranya tidak dipuaskan.


Kerana hal itu aku terjaga lalu memandang ke sekeliling. Tidurku menyenangkan bagiku.


Aku akan mengikat perjanjian damai dengan mereka dan Aku akan melenyapkan binatang buas daripada negeri itu, sehingga mereka dapat tinggal di gurun dengan aman dan dapat tidur di hutan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan