Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 127:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Melainkan TUHAN mendirikan rumah, sia-sialah tenaga orang yang membinanya. Melainkan TUHAN menjaga kota, sia-sialah pengawal berjaga malam.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Lagu ziarah oleh Raja Salomo. Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah, sia-sialah usaha orang yang mendirikannya; jika bukan TUHAN yang melindungi kota, sia-sialah usaha orang yang mengawalnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Lagu ziarah oleh Raja Salomo. Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah, sia-sialah usaha orang yang mendirikannya; jika bukan TUHAN yang melindungi kota, sia-sialah usaha orang yang mengawalnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 127:1
35 Iomraidhean Croise  

TUHAN mengurniakan kebijaksanaan kepada Salomo seperti yang dijanjikan-Nya kepadanya. Antara Hiram dengan Salomo ada hubungan damai. Kedua-duanya mengikat perjanjian bersama.


Berwaspadalah sekarang, kerana engkau telah dipilih TUHAN untuk membina sebuah bait sebagai tempat suci. Kuatkanlah hatimu dan laksanakanlah perkara itu.”


Daud berkata pula kepada Salomo, anaknya, “Kuatkan serta mantapkanlah hatimu, dan bekerjalah! Jangan takut dan jangan kecut hati, kerana TUHAN Allah, iaitu Allahku, menyertai engkau. Dia tidak akan menterlantarkan atau meninggalkan engkau hingga seluruh pekerjaan untuk ibadat di Bait TUHAN itu selesai.


Kurniakanlah kepada anakku Salomo hati yang tulus supaya dia berpegang teguh pada segala perintah-Mu, peraturan-Mu, serta ketetapan-Mu, dan supaya dia melaksanakan semua itu serta membina bait yang persediaannya telah kulakukan.”


Dalam kesusahanku aku berseru kepada TUHAN, dan Dia mendengar seruanku.


Aku mengangkat mataku ke bukit — dari manakah datangnya pertolongan untukku?


Aku sukacita apabila mereka berkata kepadaku, “Marilah kita masuk ke rumah TUHAN.”


Kepada-Mu kuangkat mataku, wahai Engkau yang berada di langit.


Kalaulah tidak kerana TUHAN yang memihak kami — biarlah Israel berkata sekarang —


Mereka yang menyandarkan kepercayaan kepada TUHAN seperti Bukit Sion, yang tidak dapat diganjak dan tetap selama-lamanya.


Apabila TUHAN membawa pulang orang tawanan ke Sion, kami seperti orang bermimpi.


Berikanlah penghakiman-Mu, ya Allah, kepada raja, dan perbenaran-Mu kepada anak raja.


Dan Dia membina tempat suci-Nya seperti di syurga, seperti bumi yang telah ditapakkan-Nya untuk selama-lamanya.


Hati manusia merancang jalannya, tetapi TUHAN sajalah yang menentukan langkahnya.


Satu lagi yang kulihat di bawah matahari ialah perlumbaan tidak dimenangi baik oleh pelari yang pantas mahupun perjuangan diungguli mereka yang terkuat. Begitu jugalah tidak semestinya rezeki untuk yang bijaksana atau kekayaan untuk mereka yang bestari. Begitu juga kelebihan bukan khusus bagi kalangan yang mahir kerana masa dan nasib dialami mereka semua.


Para pengawal yang mengelilingi kota menemui aku. “Adakah kamu melihat kekasih hatiku?”


Para pengawal yang meronda kota menemui aku. Mereka memukuli aku, mereka melukai aku, mereka merampas mantelku — para penjaga tembok itu!


Aku, TUHAN, penjaganya. Aku menyiraminya setiap saat. Aku menjaganya siang dan malam supaya tidak ada yang mengusiknya.


Para penjaga Israel ialah orang buta, semuanya tidak berpengetahuan! Mereka semua anjing bisu, tidak boleh menyalak. Mereka bermimpi, berbaring, dan suka tidur.


Di atas tembok-tembokmu, wahai Yerusalem, Aku telah menempatkan para pengawal. Sepanjang siang dan sepanjang malam mereka tidak akan pernah berdiam diri. Wahai kamu yang berseru kepada TUHAN, jangan kamu beristirahat


Angkatlah panji-panji terhadap tembok-tembok Babel, perkuatkanlah penjagaan. Tempatkanlah penjaga, siapkanlah penyerang hendap, kerana TUHAN telah merancangkan dan melaksanakan apa yang difirmankan-Nya mengenai penduduk Babel.


Seorang pesuruh cepat berlari menyusul yang lain dan seorang pembawa khabar menyusul yang lain, untuk memberitahu raja Babel bahawa kotanya telah direbut dari segala penjuru.


Jika Kristus tidak dibangkitkan, maka sia-sialah perkhabaran kami dan sia-sialah imanmu.


Yang menyemaikan benih dan yang menyiram tidak penting. Hanya Allah yang penting, kerana Dialah yang membolehkan tanaman itu tumbuh.


Aku bimbang tentangmu, takut kalau-kalau aku berusaha untukmu dengan sia-sia.


Sebaliknya, ingatlah TUHAN, Allahmu, kerana Dialah yang memberikan kepadamu kekuatan untuk memperoleh kekayaan itu, demi meneguhkan perjanjian yang telah Dia sumpah kepada nenek moyangmu, seperti pada hari ini.


Tetapi kemudian raja Yerikho diberitahu demikian, “Ketahuilah, ada beberapa orang Israel datang ke mari malam ini untuk mengintip negeri ini.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan