Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 101:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Aku tidak akan membiarkan mataku memandang kekejian. Aku membenci perbuatan orang yang menyeleweng; aku tidak akan turut berbuat demikian.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 aku tidak akan membiarkan kejahatan berlaku. Aku benci akan tindakan orang yang murtad; aku tidak mahu berhubungan dengan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 aku tidak akan membiarkan kejahatan berlaku. Aku benci akan tindakan orang yang murtad; aku tidak mahu berhubungan dengan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 101:3
44 Iomraidhean Croise  

“Aku telah mengikat perjanjian dengan mataku, bagaimana mungkin kupandang anak dara dengan berahi?


Aku membenci orang yang curang, tetapi aku mencintai hukum-Mu.


Alihkanlah mataku daripada memandang segala yang tidak berfaedah; dan pulihkan aku di jalan-Mu.


Bagi mereka yang berpaling kepada cara yang penuh tipu daya TUHAN akan membawa mereka pergi bersama orang yang melakukan dosa. Sejahteralah Israel.


Aku membenci mereka dengan sepenuh kebencian; aku menganggap mereka musuhku.


Semuanya telah berpaling, bersama-sama rosak akhlak; tiada yang berbuat baik, tidak ada, tiada seorang pun.


Kata-kata daripada mulutnya zalim dan dusta; dia tidak lagi bijaksana dan berbuat baik.


Aku telah berkata, “Aku akan menjaga langkahku takut nanti aku berdosa dengan lidahku; aku akan mengekang mulutku ketika orang zalim di hadapanku.”


Diberkatilah orang yang menjadikan TUHAN kepercayaannya, dan tidak gentar terhadap orang angkuh serta pendusta.


Sampaikan sahabat karibku yang kupercayai, yang makan bersama di rumahku, telah berpaling menentangku.


Ya, berkali-kali mereka menduga Allah; dan membatasi Yang Kudus, Allah Israel.


Mereka berpaling tadah dan berkelakuan tidak setia seperti nenek moyang mereka, mereka menyeleweng seperti busur yang bengkok.


Kamu yang kasih akan TUHAN, bencilah kejahatan, Dia memelihara jiwa umat-Nya yang warak. Dia melepaskan mereka daripada tangan orang zalim.


Jangan mendambakan rumah jiranmu. Jangan ingini isteri jiranmu, hambanya baik yang lelaki mahupun yang perempuan, lembunya, keldainya, atau apa-apa pun yang dimiliki oleh sesamamu.”


Sebegitu cepat mereka terpesong daripada jalan yang Kuperintahkan kepada mereka. Mereka membuat sebuah arca anak lembu dan sujud menyembahnya serta mempersembahkan korban kepadanya sambil berkata, ‘Wahai orang Israel, inilah tuhanmu, yang telah memimpin kamu keluar dari Tanah Mesir!’ ”


Seorang durjana dan seorang manusia yang tidak berguna, berjalan ke mana-mana dengan mulut mungkar.


Dia mengenyitkan matanya, memberikan isyarat dengan kakinya dan berisyarat dengan jarinya.


Janganlah hatimu mendambakan kecantikannya, jangan biarkan dia menjebakmu dengan kelopak matanya.


Takut kepada TUHAN bererti membenci kejahatan. Kesombongan, ketakburan, kejahatan, serta mulut mungkar, semuanya kubenci.


Melihat sahaja lebih baik daripada mengikut nafsu yang sentiasa berubah-ubah. Ini juga kesia-siaan dan usaha menjaring angin.


Menyisihlah dari laluan, menjauhlah dari jalan ini! Biarlah Yang Maha Suci, Allah Israel itu, menyingkir meninggalkan kami!”


Orang yang hidup dalam kebenaran dan yang bercakap jujur, yang menolak laba hasil pemerasan, yang mengebaskan tangannya supaya tidak menerima rasuah, yang menutup telinganya supaya tidak mendengar rancangan penumpahan darah, dan yang memejamkan matanya supaya tidak melihat kejahatan,


“Tetapi matamu dan hatimu hanya tertuju kepada pengejaran laba, kepada penumpahan darah orang yang tidak bersalah, kepada pemerasan dan kepada penindasan.”


Mereka menginginkan ladang, lalu merampasnya, mahukan rumah, lalu mengambilnya. Maka dilakukan mereka terhadap orang serta kaum keluarganya, menindas orang untuk mengambil harta pusakanya.


Janganlah merancang kejahatan dalam hatimu terhadap satu sama lain dan janganlah mencintai sumpah dusta, kerana semua itu Kubenci,’ demikianlah firman TUHAN.”


Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang memandang seorang wanita dengan berahi, telah berzina dengannya dalam hati.


Kasih hendaklah bersih daripada pura-pura. Bencilah kejahatan. Berpeganglah kepada kebaikan.


Tetapi sekarang, setelah kamu mengenal Allah — atau lebih tepat, dikenali Allah — mengapakah kamu berpaling semula kepada ajaran asas yang lemah dan serba kurang itu, dan ingin terbelenggu semula sebagai hamba kepadanya?


Jangan biarkan satu apa pun daripada barang-barang yang dikhususkan untuk dimusnahkan itu melekat pada tanganmu. Dengan demikian TUHAN akan berpaling daripada kemurkaan-Nya yang menyala-nyala, menunjukkan belas kasihan-Nya kepadamu, menyayangi engkau, dan membuat engkau menjadi ramai, seperti yang telah Dia sumpah untuk memberikan kepada nenek moyangmu,


Hati-hati, jangan sampai tersimpan fikiran tidak wajar seperti ini dalam hatimu, ‘Hampir tiba tahun ketujuh, iaitu tahun pembebasan hutang,’ lalu engkau memandang saudaramu yang miskin itu dengan mata yang jahat dan tidak memberikan apa-apa kepadanya. Dia akan berseru kepada TUHAN mengenai engkau, dan engkau akan menjadi berdosa.


Tetapi kita bukanlah antara mereka yang undur ke arah kebinasaan, tetapi antara mereka yang beriman dan diselamatkan.


Maka kuatkanlah hatimu sungguh-sungguh untuk memegang teguh dan melakukan segala sesuatu yang tertulis dalam Kitab Suci Taurat yang disampaikan Allah melalui Musa, supaya kamu tidak menyimpang daripada hukum itu baik ke kanan mahupun ke kiri,


Lebih baiklah jika dia tidak mengenal jalan yang benar, daripada mengenalnya, dan kemudian membelakangi perintah suci yang telah disampaikan kepadanya.


Mereka telah memisahkan diri daripada kita. Tetapi mereka sebenarnya bukanlah sebahagian daripada kita. Jika mereka benar-benar sebahagian daripada kita, tentulah mereka tetap bersama kita. Oleh itu, tindakan mereka memisahkan diri daripada kita menunjukkan kesemua mereka itu bukanlah benar-benar sebahagian daripada kita.


“Aku masyghul, kerana Aku telah menjadikan Saul raja, kerana dia telah berbalik daripada Aku dan tidak melaksanakan firman-Ku.” Maka amat kesallah Samuel dan dia berseru-seru kepada TUHAN semalam-malaman.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan