Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 100:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Sembahlah TUHAN dengan sukacita; datanglah ke hadirat-Nya dengan nyanyian.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Sembahlah TUHAN dengan sukacita; datanglah ke hadirat-Nya dengan lagu-lagu gembira!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Sembahlah TUHAN dengan sukacita; datanglah ke hadirat-Nya dengan lagu-lagu gembira!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 100:2
15 Iomraidhean Croise  

Pada hari kelapan dia melepaskan bangsa itu pulang. Mereka memohon berkat bagi raja, lalu pulang ke khemah mereka dengan gembira dan riang hati kerana semua kebaikan yang telah ditunjukkan TUHAN kepada Daud, hamba-Nya serta kepada Israel, umat-Nya.


Raja Hizkia dan para pembesar memerintahkan bani Lewi untuk melantunkan puji-pujian kepada TUHAN dengan syair gubahan Daud dan Asaf, pelihat itu. Mereka pun melantunkan puji-pujian dengan gembira, lalu membongkok dan sujud menyembah.


Hizkia menetapkan regu para imam dan bani Lewi menurut giliran mereka, selaras dengan pekerjaan masing-masing sebagai imam atau bani Lewi. Mereka harus mempersembahkan korban bakaran dan korban kedamaian, menyelenggarakan ibadat, mengucap syukur, dan melantunkan puji-pujian di pintu-pintu gerbang perkhemahan TUHAN.


Apabila kukenang segala ini kucurah keluar seluruh jiwaku: kerana dahulu aku pergi bersama orang ramai, ke Rumah Allah, dengan sorak-sorai kegembiraan dan puji-pujian bersama orang ramai menyambut hari mulia.


Bibirku bergembira menyanyi untuk-Mu — begitu juga jiwaku yang telah Kauselamatkan.


Marilah kita pergi ke hadirat-Nya sambil mengucap syukur, marilah kita bersorak riang untuk-Nya dengan mazmur.


Bersuka rialah di hadapan TUHAN, Allahmu, bersama-sama anak-anakmu dan hamba-hambamu, baik lelaki mahupun perempuan, serta bani Lewi yang ada di kotamu — kerana tidak seperti kamu, bani Lewi tidak mendapat bahagian atau harta pusaka.


Bersuka rialah di hadapan TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu, sebagai tempat untuk menegakkan nama-Nya, baik engkau, anak lelakimu, anak perempuanmu, hambamu yang lelaki, hambamu yang perempuan, bani Lewi yang ada di kotamu, pendatang, anak yatim, mahupun balu yang ada dalam kalangan kamu.


Pada hari rayamu itu bersuka rialah engkau, anak lelakimu, anak perempuanmu, hambamu yang lelaki, hambamu yang perempuan, orang Lewi, pendatang, anak yatim, serta balu yang ada di kotamu.


Atas sebab kamu tidak beribadat kepada TUHAN, Allahmu, dengan gembira dan dengan hati yang riang atas segala kelimpahan yang ada


Bersukacitalah dalam Tuhan sentiasa. Kukatakan lagi: Bersukacitalah!


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan