Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 10:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Orang zalim berbangga dengan keinginan hatinya; memberkati orang tamak dan mencerca TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Orang jahat membangga-banggakan niat jahat mereka; orang tamak mengutuki dan menolak TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Orang jahat membangga-banggakan niat jahat mereka; orang tamak mengutuki dan menolak TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 10:3
40 Iomraidhean Croise  

Selanjutnya, kerahkanlah pasukan tuanku seramai yang telah tewas, demikian juga segala kuda dan rata. Kita harus berperang melawan mereka di tanah datar. Pasti kita lebih kuat daripada mereka.” Raja mendengar dan bertindak menurut usul mereka itu.


Jika aku meletakkan keyakinanku kepada emas atau berkata kepada emas murni, ‘Engkaulah kepercayaanku;’


Mereka juga telah bersuara lantang menuduhku dengan berkata, “Aha, aha! Kami telah melihatnya dengan mata kami.”


Walaupun dia berasa bahagia ketika hidup — kerana orang yang berjaya sentiasa dipuji —


mereka yang bergantung kepada kekayaan dan berbangga akan harta yang banyak?


Engkau membinasakan orang yang berdusta; orang yang suka menumpahkan darah dan memperdaya dibenci oleh TUHAN.


Mengapa kaubanggakan kejahatanmu, hai orang berkuasa? Mengapa engkau sombong sepanjang hari, hai orang yang bermegah di hadapan Allah?


Mereka berkata-kata, dan bercakap lancang; semua yang melakukan dosa membesarkan diri.


Kata musuh, ‘Aku mahu mengejar, aku mahu menyusul, aku mahu membahagi-bahagikan hasil jarahan. Aku akan memuaskan nafsuku terhadap mereka dan aku mahu menghunus pedangku. Tanganku akan membinasakan mereka!’


Orang yang mengabaikan Hukum Taurat memuji orang durjana, tetapi orang yang berpegang teguh pada Hukum Taurat menentang mereka.


Dalam hidupku yang sia-sia ini telah kulihat segala hal: ada orang warak yang binasa dalam kewarakannya, ada orang fasiq yang hidup panjang umur meskipun hidupnya dalam kejahatan.


Siapakah yang kaucela dan kaukufuri? Terhadap siapakah engkau meninggikan suara dan melayangkan pandang dengan sombong? Terhadap Yang Maha Suci, Allah Israel!


Aku murka kerana kesalahannya dalam hal ketamakan. Aku menghukum dia, menyembunyikan diri-Ku, dan murka, tetapi dia terus murtad di jalan yang dipilih hatinya.


“Tetapi matamu dan hatimu hanya tertuju kepada pengejaran laba, kepada penumpahan darah orang yang tidak bersalah, kepada pemerasan dan kepada penindasan.”


Aku akan memusnahkan bukit-bukit pemujaanmu dan meranapkan tugu-tugu mazbah dupa serta mencampakkan bangkaimu ke atas bangkai segala berhala kamu. Aku teramat membencimu.


Malangnya dia yang mengejar laba haram bagi isi rumahnya! Orang itu bermaksud meninggikan kedudukan sarangnya agar terlepas daripada jangkauan malapetaka.


Yesus terus menambah, “Ingatlah baik-baik supaya menjaga diri daripada segala ketamakan kerana kehidupan manusia tidak bergantung pada harta kekayaan yang dimiliki.”


Aku akan berkata kepada diriku, engkau mempunyai harta yang banyak untuk keperluanmu selama bertahun-tahun. Nikmatilah hidup. Makan minum dan bersuka rialah.’


Mereka dipenuhi segala kemungkaran, kedurjanaan, ketamakan dan kecabulan. Mereka diselubungi hasad dengki, pembunuhan, persengketaan, penipuan dan niat durjana. Mereka pengumpat, penyebar fitnah,


Mereka mengetahui hukum Allah yang adil, iaitu sesiapa yang melakukan perkara demikian wajar dihukum mati. Namun demikian, mereka bukan sahaja melakukannya malah juga menyokong orang lain yang mengamalkannya.


mencuri, bersikap tamak, sering mabuk, mengumpat atau merompak — semuanya tidak akan mewarisi kerajaan Allah.


Kerana kamu tahu bahawa orang yang berzina, melakukan kecemaran, atau tamak haloba — yang sama dengan penyembah berhala tidak akan mewarisi kerajaan Kristus dan Allah.


Jika orang semacam itu mendengar perkataan laknat ini, dia menyangka bahawa dirinya tetap diberkati, katanya, ‘Aku akan tetap sejahtera, meskipun aku hidup dalam kedegilan hatiku.’ Akibatnya lenyaplah tanah yang basah mahupun yang kering.


TUHAN melihat hal itu dan menolak mereka, kerana kemurkaan-Nya telah dibangkitkan oleh anak-anak-Nya baik lelaki mahupun perempuan.


Oleh itu, matikanlah dalam dirimu segala yang bersifat dunia: perbuatan cabul, kecemaran, hawa nafsu, keinginan jahat dan tamak haloba, yang sama dengan menyembah berhala.


Sekarang, dengarlah nasihatku, wahai kamu yang berkata, “Hari ini atau esok kami akan bertolak ke sebuah negeri dan tinggal di situ selama setahun untuk berniaga dan mencari wang.”


Sebaliknya kamu angkuh dan bercakap besar. Bercakap besar demikian itu adalah salah.


Jangan kasihi dunia ini atau sesuatu di dalamnya. Jika seseorang mengasihi dunia ini, maka kasih terhadap Bapa tidak ada dalam dirinya.


Berkatalah dia kepada ibunya, “Wang perak sebanyak seribu seratus keping yang diambil orang daripadamu dan yang kerananya ibu ucapkan kutukan hingga aku sendiri mendengar kutukanmu itu — lihatlah wang itu ada padaku, akulah yang mengambilnya.” Lalu kata ibunya, “Semoga TUHAN memberkatimu, anakku.”


Kata Saul, “Semoga TUHAN memberkatimu, kerana kamu menunjukkan rasa sayangmu kepadaku.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan