Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 10:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Orang zalim dalam keangkuhannya menindas orang miskin, biarlah mereka terperangkap dalam jerat sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Dengan sombong orang jahat menindas orang miskin; biarlah mereka dijerat oleh perangkap mereka sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Dengan sombong orang jahat menindas orang miskin; biarlah mereka dijerat oleh perangkap mereka sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 10:2
18 Iomraidhean Croise  

Kerana dia tidak teringat hendak berbuat baik, tetapi dia menganiaya orang yang miskin dan sesak malah dia membunuh orang yang merana.


Jadilah penjamin hamba-Mu; jangan biarkan orang sombong menindasku.


Oh, kalaulah cara-caraku ditujukan ke arah mematuhi ketetapan-Mu!


Orang yang sombong telah berbuat dusta tentangku, tetapi aku akan mematuhi ajaran-ajaran-Mu dengan sepenuh hatiku.


Orang yang sombong telah menggali lubang untukku, ini tidak menurut hukum-Mu.


Orang angkuh telah menyembunyikan jerat untukku; mereka telah merentang jaring di tepi jalan dan telah memasang perangkap untukku. Sela


Biar lidah mereka yang berdusta dikelukan, lidah yang menuturkan kata-kata biadab dengan sombong dan menghina terhadap orang yang benar.


Jangan biarkan kaki orang yang angkuh menerajangku, dan jangan biarkan tangan orang zalim mengusirku.


Kerana kelancangan mulut mereka, melemparkan kata-kata berdosa, biarlah mereka disambar di tengah-tengah keangkuhan mereka. Dan kerana mereka menyumpah dan berdusta,


Kekacauan yang disebabkannya akan memantul ke atas dirinya; keganasannya menimpa kepalanya sendiri.


Sekarang aku tahu bahawa TUHAN lebih besar daripada semua tuhan, kerana hal ini dilakukan-Nya terhadap orang yang bersikap angkuh terhadap orang Israel.”


Meskipun demikian, engkau masih sahaja meninggikan diri terhadap umat-Ku dan tidak mengizinkan mereka pergi.


Orang durjana akan terjebak dalam kejahatannya sendiri, dan terjerat dalam serabut dosanya.


Engkau tadinya berkata dalam hatimu, ‘Aku hendak naik ke langit. Aku hendak meninggikan takhtaku mengatasi bintang-bintang Allah. Aku hendak duduk di gunung pertemuan, di hujung sebelah utara.


Orang yang melihat engkau akan mengamat-amati dan memperhatikan engkau, lalu berkata, ‘Inikah dia yang membuat bumi gementar, yang menggoncangkan kerajaan-kerajaan,


berkatalah Azarya anak Hosaya, Yohanan anak Kareah, dan semua orang yang angkuh terhadap Yeremia, “Engkau berkata bohong! TUHAN, Allah kita, tidak menyuruh engkau berkata, ‘Jangan pergi ke Mesir untuk tinggal sebagai pendatang di sana,’


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan