Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 1:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Dia seperti pohon yang ditanam di tepi perairan, yang menghasilkan buahnya pada musimnya dan daunnya tidak layu. Apa sahaja yang dilakukannya berjaya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Mereka berjaya dalam segala usaha; mereka seperti pokok yang ditanam di tepi sungai yang berbuah pada musimnya, dan tidak pernah layu daunnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Mereka berjaya dalam segala usaha; mereka seperti pokok yang ditanam di tepi sungai yang berbuah pada musimnya, dan tidak pernah layu daunnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 1:3
32 Iomraidhean Croise  

Ketua penjara itu tidak perlu lagi untuk mengurus segala sesuatu yang sudah dijalankan oleh Yusuf, kerana TUHAN menyertainya dan TUHAN membuat apa yang dikerjakannya berhasil.


Tuannya melihat betapa TUHAN menyertai Yusuf dan bahawa TUHAN membuat segala sesuatu yang dikerjakannya berjaya.


Maka TUHAN menyertainya. Ke mana-mana pun dia pergi, dia berjaya. Dia memberontak melawan raja Asyur dan tidak lagi tertakluk kepadanya.


Sekarang, anakku, semoga TUHAN menyertai engkau sehingga engkau berhasil membina Bait TUHAN, Allahmu, seperti yang difirmankan-Nya mengenai engkau.


Jika engkau setia melakukan segala ketetapan dan peraturan yang diperintahkan TUHAN kepada Musa untuk orang Israel, maka engkau akan berjaya. Kuatkanlah dan mantapkanlah hatimu. Janganlah takut dan jangan berasa kecewa.


Dalam setiap pekerjaan yang dimulainya, baik dalam hal ibadat di Rumah Allah mahupun dalam hal pelaksanaan hukum Taurat serta perintah untuk mencari Allahnya, dia melakukannya dengan segenap hati sehingga dia cukup berjaya.


Ramai orang membawa persembahan bagi TUHAN ke Yerusalem, dan barang-barang berharga untuk Hizkia, raja Yehuda. Sejak itu dia diagungkan di hadapan mata semua bangsa.


pokok itu akan bertunas ketika mencium bau air, dan mengeluarkan ranting seperti tanaman muda.


Apa yang kauputuskan akan terlaksana bagimu, dan cahaya akan menyinari jalan-jalanmu.


Apabila engkau makan hasil usaha tanganmu; engkau akan bahagia, dan segalanya baik bagimu.


Dan janganlah biarkan orang yang lalu dekat mereka berkata, “Semoga kamu diberkati TUHAN; kami memberkatimu dengan nama TUHAN.”


Mereka akan tetap berbuah pada usia tua, mereka akan tetap segar dan subur,


untuk mengisytiharkan bahawa TUHAN adalah tulus; Dia Batu Pejalku, dan Dia sentiasa benar.


Apabila ranting-rantingnya sudah kering, semuanya dipatahkan, lalu datanglah para perempuan menyalakan api dengan ranting-ranting itu. Inilah bangsa yang tidak berpengertian, sebab itulah Yang Menjadikan mereka tidak menyayangi mereka, dan Yang Membentuk mereka tidak berbelas kasihan kepada mereka.


Katakanlah kepada orang benar bahawa keadaan mereka akan baik, kerana mereka akan menikmati hasil pekerjaan mereka.


Mereka akan bercambah dan menanjak antara rumput, seperti pokok-pokok gandarusa di tepi aliran air.


TUHAN akan selalu memimpin engkau, akan memuaskan hatimu di tanah yang kering-kontang, dan akan menguatkan tulang-tulangmu. Engkau akan seperti taman yang diairi, dan seperti mata air yang airnya tidak pernah mengecewakan.


Dia akan seperti pokok yang ditanam di tepi air, yang merambat akar-akarnya ke tepi sungai. Dia tidak takut ketika panas datang, daun-daunnya tetap hijau. Dia tidak khuatir pada tahun kemarau, dan tidak akan berhenti menghasilkan buah.”


Padahal, ia telah pun ditanam di ladang yang baik serta di tepi air yang berlimpahan supaya ia mengeluarkan cabang, menghasilkan buah, dan menjadi pokok anggur yang elok.’


Ibumu seperti pokok anggur di dalam kebun anggur, tertanam di tepi air. Dia berbuah dan bercabang kerana air yang berlimpahan.


Oleh sebab itu ia menjulang tinggi melebihi segala pokok di padang. Cabangnya menjadi banyak dan dahan-dahannya memanjang akibat limpahan air dalam pertumbuhannya.


Di kedua-dua belah tepian sungai itu akan tumbuh berbagai-bagai pokok buah-buahan. Daunnya tidak akan layu dan buahnya tidak akan habis. Tiap-tiap bulan pokok-pokok itu akan mengeluarkan buah baru kerana air yang mengalir dari tempat suci mengairi mereka. Buahnya akan menjadi makanan dan daunnya menjadi ubat.’


Semuanya bagaikan lembah yang terbentang, bagaikan taman di pesisiran sungai, bagaikan pokok gaharu yang ditanam oleh TUHAN, bagaikan pokok araz di tepi air.


Tetapi ketika matahari naik, tunas-tunas itu layu lalu kering kerana tidak berakar.


Dia melihat sebatang pokok ara di tepi jalan. Apabila Dia mendekatinya dan mendapati pokok itu hanya berdaun tidak berbuah, Dia berkata kepadanya, “Janganlah berbuah lagi selama-lamanya.” Serta-merta pokok itu layu dan mati.


Apabila tiba musim memetik, tuan tanah itu menghantar hamba-hambanya kepada para penyewa itu meminta bahagiannya daripada hasil ladang itu.


Mereka menjawab, “Tentu dia akan membunuh semua orang yang jahat itu dan menyewakan ladang anggurnya kepada orang lain yang sanggup memberikan bahagiannya daripada hasil ladang itu pada musim memetik anggur.”


Sesiapa yang tidak tetap di dalam-Ku adalah seperti ranting yang dikerat lalu dibiarkan kering, kemudian dikumpulkan, dan dibuang ke dalam api lalu dibakar.


TUHAN akan memerintahkan berkat-Nya turun ke atas bangsal-bangsal di ladangmu dan ke atas segala usaha kamu. Dia akan memberkati engkau di negeri yang dikurniakan TUHAN, Allahmu, kepadamu.


Mereka ini mencemarkan majlis perjamuan kasihmu, kerana mereka seperti gembala yang mencari makanan bagi diri mereka sendiri tanpa segan silu. Mereka seperti awan yang ditiup angin, maka tidak membawa hujan. Mereka ibarat pokok yang tidak berbuah meskipun pada musim buah. Mereka umpama pokok yang telah dicabut dengan akar umbinya dan mengalami dua kali kematian.


di tengah-tengah kota itu. Di kiri kanan sungai itu terdapat pokok hayat, yang berbuah dua belas jenis setiap bulan; daun-daunnya menyembuhkan umat manusia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan