Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Matius 8:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Seorang yang menghidap penyakit kusta datang bersujud di hadapan-Nya sambil berkata, “Tuan, sekiranya Tuan mahu, Tuan dapat mentahirkanku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Maka hieran, datanglah sa’orang bŭrkusta sujud akan dia, sŭraya katanya, Tuhan, jikalau angkau mahu kiranya, bulihlah Tuhan mŭnjadikan hamba suchi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Lalu seorang berpenyakit kulit yang mengerikan datang dan berlutut di hadapan-Nya. Dia berkata, “Tuan, jika Tuan sudi, Tuan dapat menyembuhkan saya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Lalu seorang berpenyakit kulit yang mengerikan datang dan berlutut di hadapan-Nya. Dia berkata, “Tuan, jika Tuan sudi, Tuan dapat menyembuhkan saya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Matius 8:2
37 Iomraidhean Croise  

Tetapi aku ini sekarang masih lemah, sekalipun sudah dinobatkan menjadi raja, manakala kalangan itu, yakni anak-anak Zeruya, jauh lebih kuat daripada aku. Semoga TUHAN membalas kepada orang yang berbuat jahat setimpal dengan kejahatannya.”


TUHAN mengazabkan raja sehingga dia sakit kusta sampai hari kematiannya dan tinggal di rumah yang berasingan. Maka Yotam, anaknya, mengetuai istana dan memerintah rakyat negeri itu.


Naaman, panglima tentera raja Aram, seorang yang terhormat dan dipandang tinggi oleh tuannya kerana melalui dia TUHAN telah mengurniakan kemenangan kepada orang Aram. Dia seorang kesateria yang gagah perkasa. Akan tetapi, dia menghidap penyakit kusta.


Oleh sebab itu penyakit kusta Naaman akan melekat padamu dan pada keturunanmu untuk selama-lamanya.” Maka keluarlah Gehazi dari hadapannya dengan berkusta, putih seperti salji.


Setelah awan itu berpindah dari atas Khemah, nampaklah kudis kusta seputih salji ada pada Miryam! Harun memandang Miryam, dan memang ternyata Miryam ada kudis kusta!


Sembuhkanlah orang yang sakit, hidupkan orang yang mati; ubati orang yang berpenyakit kusta dan halaukan roh-roh iblis. Sebagaimana pemberian dilimpahkan kepadamu, limpahkanlah pemberian.


Yesus tidak banyak melakukan mukjizat di situ kerana mereka tidak percaya.


Selepas itu, para murid Yesus yang di dalam perahu menyembah-Nya sambil berkata, “Sesungguhnya, Engkaulah Anak Allah!”


Wanita itu mendekati Yesus dan menyembah-Nya sambil berkata, “Tuan, tolonglah aku.”


Hamba itu menyembah dan merayu, ‘Bersabarlah denganku. Aku akan menjelaskan hutang itu.’


Mereka masuk ke dalam rumah itu dan melihat Anak itu dengan ibu-Nya Maria. Mereka pun sujud menyembah Anak itu, lalu membuka harta benda mereka dan mempersembahkan emas, dupa dan mir kepada-Nya.


Setelah itu, isteri Zebedeus datang mendapatkan Yesus dengan kedua-dua orang anaknya. Dia bersujud di hadapan Yesus dan memohon sesuatu.


Apabila Yesus berada di Betania di rumah Simon, yang menghidap penyakit kusta,


Di sana mereka melihat-Nya lalu menyembah-Nya. Namun demikian, ada antara mereka yang ragu.


Dalam perjalanan, tiba-tiba Yesus menemui mereka sambil berkata, “Salam sejahtera!” Lalu mereka pun mendekati Yesus dan memegang kaki-Nya serta menyembah-Nya.


Kata Iblis kepada Yesus, “Semua ini akan kuberikan kepada-Mu jika Engkau sujud menyembahku.”


Yesus turun dari bukit itu dan ramai orang mengikut-Nya.


Para murid Yesus datang membangunkan-Nya. Mereka berkata, “Tuhan, selamatkan nyawa kami semua daripada maut!”


Sedang Yesus berkata-kata hal-hal ini kepada mereka, seorang ketua saumaah bersujud di hadapan-Nya lalu berkata, “Anak perempuanku baru meninggal dunia. Datanglah, letakkan tangan-Mu di atasnya supaya dia hidup kembali.”


Demikian juga, ada ramai orang yang berpenyakit kusta di Israel pada zaman Nabi Elisa tetapi tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang ditahirkan melainkan Naaman, orang Siria.”


Orang itu berkata, “Ya Tuhan, aku percaya.” Dia pun sujud kepada Yesus.


Petrus berkata, “Ya Tuhan, jangan demikian, aku belum pernah makan barang yang haram atau najis.”


Apabila Petrus masuk, Kornelius mendapatkannya lalu sujud menyembah di kakinya;


Dengan demikian, segala rahsia hatinya akan ternyata, lalu dia sujud menyembah Allah serta mengakui bahawa Allah sesungguhnya ada bersamamu.


Aku sujud di kakinya untuk menyembahnya, tetapi dia berkata, “Jangan buat begitu! Aku hamba Allah sepertimu, dan seperti saudara-saudaramu yang memiliki kesaksian Yesus. Sembahlah Allah! Kesaksian Yesus itu roh nubuat.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan