Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Matius 5:3 - Alkitab Versi Borneo

3 “Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian, kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Bŭrbahgialah sagala orang yang rŭndah hatinya: kŭrna marika itulah yang mŭmpunyai krajaan shorga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 “Berbahagialah orang yang sedar bahawa mereka memerlukan Allah, merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 “Berbahagialah orang yang sedar bahawa mereka memerlukan Allah, merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Matius 5:3
55 Iomraidhean Croise  

Dalam kesesakannya dia memohon belas kasihan TUHAN, Allahnya. Dia sangat merendahkan diri di hadapan Allah nenek moyangnya


Doanya dan pengabulan doanya, segala dosa dan kemungkarannya, serta tempat-tempat di mana dia membina bukit-bukit pemujaan, mendirikan patung-patung Asyera dan patung-patung ukiran sebelum dia merendahkan diri, sesungguhnya semua itu tertulis dalam riwayat para pelihat.


Dia tidak merendahkan diri di hadapan TUHAN seperti yang dilakukan oleh Manasye, ayahnya. Sebaliknya, Amon ini semakin bertambah kesalahannya.


kerana hatimu bersedih dan engkau merendahkan diri di hadapan Allah ketika engkau mendengar firman-Nya perihal tempat ini serta penduduknya, dan kerana engkau merendahkan diri di hadapan-Ku, mengoyakkan pakaianmu, juga menangis di hadapan-Ku, maka Aku mendengar engkau, demikianlah firman TUHAN.


lalu umat-Ku, yang dipanggil atas nama-Ku, merendahkan diri, berdoa, mencari wajah-Ku, dan berpaling daripada jalan mereka yang jahat, maka Aku akan mendengar dari syurga, mengampunkan dosa mereka serta memulihkan negeri mereka.


Oleh sebab itu aku memandang hina diriku, dan duduk menyesal dalam debu dan abu.”


Diberkatilah orang yang tidak berjalan menurut nasihat orang zalim atau berdiri di jalan orang berdosa atau duduk di kerusi orang yang mengejek.


Pujilah TUHAN! Diberkatilah orang yang takut akan TUHAN, yang menikmati keriaan daripada perintah-perintah-Nya.


Diberkatilah setiap orang yang takut akan TUHAN, yang melangkah di jalan-jalan-Nya.


Diberkatilah orang yang ditolong oleh Allah Yakub, yang berharap kepada TUHAN Allahnya,


Ciumlah Anak itu, jangan sampai Dia marah lalu kamu dibinasakan di jalan, kerana kemurkaan-Nya mudah bermarak. Diberkatilah semua orang yang bernaung kepada-Nya.


TUHAN merapati orang yang patah hati dan menyelamatkan orang yang menyesal.


Diberkatilah orang yang mengambil berat terhadap orang miskin; TUHAN akan menyelamatkannya pada waktu kesusahan.


Korban untuk Allah ialah hati yang hancur; hati yang hancur dan sesal, Ya Allah, tidak akan Kauremehkan.


Ya TUHAN Yang Maha Kuasa, diberkatilah orang yang percaya kepada-Mu.


Lebih baik merendahkan diri dengan orang miskin, daripada membahagi-bahagikan jarahan dengan orang sombong.


Keangkuhan seseorang akan merendahkannya, tetapi orang yang rendah diri akan memperoleh kehormatan.


Sekarang, hai anak-anak, dengarlah kata-kataku, berbahagialah orang yang memelihara jalan-jalanku.


Itulah sebabnya TUHAN menanti-nantikan saat untuk mengasihani kamu, itulah sebabnya Dia bangkit untuk menyayangi kamu, kerana TUHAN sememangnya Allah yang adil. Berbahagialah semua orang yang menanti-nantikan Dia!


Kerana beginilah firman Yang Maha Tinggi dan Yang Maha Mulia, yang bersemayam dalam kekekalan dan yang suci nama-Nya, “Aku bersemayam di tempat yang tinggi dan suci, tetapi juga bersama-sama orang yang hancur hati dan rendah hati, untuk menyegarkan semangat orang yang rendah hati dan untuk menyegarkan hati yang hancur.


Roh Tuhan ALLAH ada padaku, kerana TUHAN telah mengurapi aku untuk membawa khabar baik kepada orang yang tertindas. Dia mengutus aku untuk membalut hati yang hancur, untuk mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan dan kelepasan bagi para tahanan;


Bukankah Aku sendiri yang telah mencipta semua ini sehingga semua ini jadi,” demikianlah firman TUHAN. “Tetapi kepada orang inilah Aku memandang: kepada kalangan yang tertindas, yang patah semangat, dan yang takut kepada firman-Ku.


Wahai manusia, engkau telah diberitahu apa yang baik. Dan apakah yang dituntut TUHAN daripadamu selain menegakkan keadilan, mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hati di hadapan Allahmu?


Selepas itu Yesus berucap, “Ya Bapa, Tuhan langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu, kerana apa yang Kaurahsiakan daripada cerdik pandai, Kautunjukkan kepada kanak-kanak kecil.


Diberkatilah orang yang tidak berpaling daripada Aku!”


Tetapi diberkatilah matamu kerana melihat, dan telingamu kerana mendengar.


Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Biarkan kanak-kanak kecil itu datang kepada-Ku; jangan larang mereka, kerana orang seperti itulah yang empunya kerajaan syurga.”


Diberkatilah hamba itu jika dia didapati menjalankan tugas pada waktu tuannya kembali.


Kemudian Raja itu akan berkata kepada mereka yang di sebelah kanan-Nya, ‘Marilah, kamu yang diberkati oleh Bapa-Ku! Warisilah kerajaan yang telah disediakan untukmu sejak dunia dicipta.


Dia berseru, “Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!”


Ketahuilah! Ramai orang akan datang dari timur dan barat lalu duduk di meja menikmati jamuan bersama Abraham, Ishak dan Yakub dalam kerajaan syurga.


Tetapi apabila Yesus melihat hal itu, Dia sungguh tidak menyenanginya, lalu berkata, “Biarkan kanak-kanak kecil itu datang kepada-Ku; jangan larang mereka, kerana orang yang seperti itulah yang empunya Kerajaan Allah.


Tetapi Yesus berkata, “Bahkan lebih diberkati lagi orang yang mendengar firman Allah dan mematuhinya.”


“Aku berkata kepadamu bahawa pemungut cukai ini pulang ke rumahnya dengan diperkenankan Allah tetapi orang Farisi itu tidak. Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan, dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.”


Aku memberikan hak kerajaan kepadamu untuk memerintah sebagaimana Bapa-Ku telah memberikan hak itu kepada-Ku.


Kamu akan makan dan minum di meja-Ku dalam kerajaan-Ku dan kamu akan duduk di atas takhta untuk menghakimi dua belas suku Israel.”


“Roh Tuhan ada pada-Ku kerana Dia telah mengurapi Aku untuk memberitakan khabar baik kepada orang miskin; Dia telah mengutus Aku untuk mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan, penyembuhan kepada orang buta, kelepasan bagi orang yang tertindas,


Yesus berkata kepadanya, “Tomas, oleh sebab kamu telah melihat-Ku maka kamu percaya. Diberkatilah orang yang percaya walaupun tidak melihat-Ku!”


Ingatlah seluruh perjalanan yang kamu tempuh dalam pimpinan TUHAN, Allahmu, di gurun selama empat puluh tahun ini. Melalui semua itu Dia bermaksud untuk merendahkan hatimu, menguji kamu, dan mengetahui apa yang ada dalam hatimu, sama ada kamu mahu berpegang teguh pada segala perintah-Nya atau tidak.


Orang yang kaya pula patut bermegah dengan kedudukannya yang rendah, kerana dia boleh lenyap laksana bunga rumput.


Diberkatilah orang yang tabah menghadapi cubaan. Apabila mereka berjaya menangani cubaan itu, mereka akan mendapat mahkota kehidupan yang telah dijanjikan Allah kepada orang yang mengasihi-Nya.


Ketahuilah, saudara-saudara yang kukasihi, Allah telah memilih orang miskin di dunia ini menjadi orang yang kaya dalam iman. Mereka akan mewarisi kerajaan Allah sebagaimana telah dijanjikan-Nya kepada orang yang mengasihi-Nya.


Kemudian dia berkata kepadaku, “Tulislah: Diberkatilah mereka yang dijemput ke jamuan kahwin Anak Domba!” Katanya lagi kepadaku, “Inilah firman Allah yang benar.”


Diberkatilah sekalian yang menyucikan pakaiannya, kerana mereka berhak menghampiri pokok hayat dan masuk ke dalam kota itu melalui pintu gerbangnya.


Kamu berkata, ‘Aku kaya dan cukup segala-galanya, tiada kekurangan apa-apa.’ Tetapi kamu tidak tahu bahawa kamu sebenarnya dalam keadaan yang serba kekurangan dan amat malang, miskin, telanjang serta buta.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan