Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Matius 4:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Iblis datang kepada-Nya lalu berkata, “Jika Engkau Anak Allah, perintahkanlah batu-batu ini menjadi roti.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Maka Iblis itupun datanglah kapadanya sambil bŭrkata, Jikalau kiranya angkau anak Allah, maka surohkanlah batu batu ini mŭnjadi roti.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Lalu Iblis datang dan berkata kepada-Nya, “Jika Engkau Anak Allah, perintahlah batu-batu ini menjadi roti.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Lalu Iblis datang dan berkata kepada-Nya, “Jika Engkau Anak Allah, perintahlah batu-batu ini menjadi roti.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Matius 4:3
34 Iomraidhean Croise  

Kata orang Israel kepada mereka, “Ah, kalaulah dahulu kami mati di tangan TUHAN di Tanah Mesir ketika kami duduk menghadapi kuali berisi daging dan makan roti sampai kenyang! Tetapi kamu pula membawa kami keluar ke gurun ini untuk membunuh seluruh jemaah ini dengan kelaparan.”


Selepas itu, para murid Yesus yang di dalam perahu menyembah-Nya sambil berkata, “Sesungguhnya, Engkaulah Anak Allah!”


Simon Petrus menjawab, “Engkau ialah Kristus, Anak Allah Yang Hidup.”


Tetapi Yesus berdiam diri. Imam besar berkata kepada-Nya, “Demi Allah yang hidup, katakan kepada kami, adakah Kamu ini Kristus, Anak Allah?”


Kemudian kedengaran suara dari syurga, “Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan.”


Inilah permulaan Injil tentang Yesus Kristus, Anak Allah,


Apabila orang yang dirasuk roh-roh jahat melihat-Nya, mereka sujud di hadapan-Nya lalu berseru, “Engkau Anak Allah.”


Orang itu berseru dengan suara keras, “Ya Yesus, Anak Allah Yang Maha Tinggi, apa urusan-Mu dengan aku? Demi Allah, jangan seksa aku!”


Malaikat itu menjawab, “Roh Kudus akan turun ke atasmu, dan kuasa Allah Yang Maha Tinggi akan menaungimu. Oleh itu, anak suci yang akan dilahirkan akan digelar Anak Allah.


Mereka semua bertanya, “Kalau begitu, Engkaulah Anak Allah?” Yesus berkata kepada mereka, “Benarlah katamu.”


Lalu Iblis berkata kepada-Nya, “Jika Engkau Anak Allah, perintahkan batu ini supaya menjadi roti.”


Roh-roh iblis juga keluar daripada ramai orang dan berteriak, “Engkaulah Anak Allah.” Yesus memarahi roh-roh iblis itu dan tidak mengizinkan mereka bercakap kerana mereka mengetahui Dialah Kristus.


Kemudian, Iblis membawa Yesus ke Yerusalem lalu meletakkan-Nya di puncak Bait Suci dan berkata kepada-Nya, “Jika Engkau Anak Allah, terjunlah dari sini,


Hal itu telah kulihat sendiri, maka aku berkata kepadamu, Dialah Anak Allah.”


Natanael berseru, “Rabbi, Engkau Anak Allah! Engkau Raja bangsa Israel!”


Tetapi segala yang telah ditulis di sini bertujuan supaya kamu percaya bahawa Yesus ialah Kristus, Anak Allah, dan kerana kamu percaya kepada-Nya, kamu akan memperoleh hidup dalam nama-Nya.


Yesus mendengar bahawa mereka telah menghalaunya keluar, dan selepas menemuinya, Dia bertanya, “Adakah kamu percaya kepada Anak Manusia?”


Dia terus mengkhabarkan di saumaah tentang Yesus, bahawa Dia Anak Allah.


Sebabnya Yesus Kristus, Anak Allah yang telah disampaikan berita-Nya kepadamu oleh aku, Silwanus dan Timotius, bukanlah “ya” dan “tidak,” tetapi pada-Nya ada “ya” semata-mata.


Aku telah disalib bersama Kristus, bukanlah aku lagi yang hidup, tetapi Kristus yang hidup dalam aku. Dalam hidup jasadku sekarang aku hidup dengan iman kepada Anak Allah, yang mengasihiku dan menyerahkan diri-Nya untukku.


Aku telah mengutus Timotius kepadamu kerana terlalu ingin mengetahui bagaimana keadaan imanmu. Aku bimbang kalau-kalau si penggoda telah menggodamu sehingga usaha kami sia-sia belaka.


Janganlah ada di antaramu pencabul atau menjadi durjana seperti Esau, yang menjualkan hak warisannya untuk sesuap makanan.


Memandangkan kita mempunyai Imam Besar yang agung yang telah melalui syurga, iaitu Yesus Anak Allah, marilah kita berpegang teguh pada pengakuan kita.


Dia tidak mempunyai ibu bapa, tidak bersalasilah, tiada tarikh permulaan atau penghabisan hayatnya, tetapi seperti Anak Allah, dia terus-menerus menjadi imam.


Orang yang terus berbuat dosa itu berasal daripada Iblis, kerana dari mulanya lagi Iblis telah berbuat dosa. Itulah sebabnya Anak Allah datang untuk membinasakan pekerjaan Iblis.


Janganlah takut terhadap apa yang akan kamu deritai kelak. Ketahuilah, Iblis akan menghumbankan sebilangan daripadamu ke dalam penjara untuk mengujimu. Kamu akan menanggung kesengsaraan selama sepuluh hari. Setialah sampai mati, maka Aku akan menganugerahimu mahkota hidup sebagai ganjaran kemenangan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan