Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Matius 2:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Mereka bertanya, “Di manakah Anak yang baru lahir, yang akan menjadi Raja orang Yahudi? Kami melihat bintang-Nya muncul di Timur, dan kami datang hendak menyembah-Nya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Katanya, Dimanakah Raja orang Yahudi yang bahru dipranakkan itu? kŭrna kami tŭlah mŭlihat bintangnya dinŭgri timor, maka datanglah kami handak mŭnyŭmbah akan dia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Mereka bertanya, “Di manakah anak yang baru lahir itu, yang akan menjadi raja orang Yahudi? Kami nampak bintang-Nya terbit di sebelah timur, dan kami datang hendak menyembah Dia.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Mereka bertanya, “Di manakah anak yang baru lahir itu, yang akan menjadi raja orang Yahudi? Kami nampak bintang-Nya terbit di sebelah timur, dan kami datang hendak menyembah Dia.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Matius 2:2
28 Iomraidhean Croise  

“Aku telah menabalkan Raja-Ku di atas Sion, bukit suci-Ku.”


Kecantikanmu memikat hati Raja; hormati Dia kerana Dia Tuanmu,


Bangsa-bangsa akan datang kepada terangmu, dan raja-raja kepada cahaya yang terbit bagimu.


“Sesungguhnya, waktunya akan datang,” demikianlah firman TUHAN, “bahawa Aku akan menumbuhkan Tunas yang benar bagi Daud. Dia akan bertakhta sebagai raja dan bertindak bijaksana. Dia akan menegakkan keadilan dan perbenaran di negeri ini.


Mereka akan menghamba kepada TUHAN, Allah mereka, dan kepada Daud, raja mereka, yang akan Kubangkitkan bagi mereka.’


Bergembiralah, wahai puteri Sion! Bersoraklah, wahai puteri Yerusalem! Lihat, rajamu datang kepadamu! Dia adil, pembawa kemenangan, Dia rendah hati, dan menunggang seekor keldai, seekor keldai muda.


Aku melihat dia tetapi bukan sekarang. Aku memandang dia tetapi bukan dari dekat. Sebuah bintang akan terbit daripada Yakub, sebuah cokmar pemerintahan akan timbul dari Israel, yang akan meremukkan dahi segala bani Moab dan merobohkan semua bani Set.


Apabila mendengar perkara itu, Raja Herodes berasa risau, begitu juga semua penduduk Yerusalem.


“Katakanlah kepada puteri Sion, ‘Rajamu datang kepadamu dengan rendah hati, menunggang seekor keldai, seekor keldai muda.’ ”


Gabenor itu bertanya kepada Yesus yang berdiri di hadapannya, “Adakah Engkau Raja orang Yahudi?” Yesus berkata, “Begitulah seperti katamu.”


“Diberkatilah Raja yang datang dengan nama Tuhan!” “Damai sejahtera di syurga dan kemuliaan di tempat yang maha tinggi!”


Pada malam ini di kota Daud telah lahir seorang Penyelamat bagimu, iaitu Kristus, Tuhan.


Pilatus bertanya kepada Yesus, “Adakah Engkau Raja orang Yahudi?” Yesus menjawab, “Begitulah seperti katamu.”


Pada sebelah atas kayu salib Yesus tertulis kata-kata: “Inilah Raja orang Yahudi.”


Natanael berseru, “Rabbi, Engkau Anak Allah! Engkau Raja bangsa Israel!”


Mereka mengambil dahan-dahan pokok palma lalu pergi mengalu-alukan Yesus sambil berseru, “Hosana!” “Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan, Raja Israel!”


Dengan demikian Pilatus pun berkata kepada-Nya, “Jadi, adakah Kamu seorang raja?” Yesus menjawab, “Betul katamu. Aku seorang raja. Aku dilahirkan ke dunia untuk memberikan kesaksian tentang kebenaran. Setiap orang yang memihak kepada kebenaran mendengar suara-Ku.”


Pilatus memerintahkan supaya satu catatan ditulis dan diletakkannya di atas salib itu. Tulisan itu berbunyi: “Yesus, orang Nazaret, Raja orang Yahudi.”


Tomas pun berkata kepada Yesus, “Ya Tuhanku! Ya Allahku!”


Dengan demikian, semua orang menghormati Anak sebagaimana mereka menghormati Bapa. Jika sesiapa tidak menghormati Anak, ertinya dia tidak menghormati Bapa yang mengutus-Nya.


Orang itu berkata, “Ya Tuhan, aku percaya.” Dia pun sujud kepada Yesus.


Selanjutnya, apabila Allah menghantar Anak sulung-Nya ke dalam dunia maka firman-Nya: “Hendaklah semua malaikat Allah menyembah-Nya.”


“Aku, Yesus, telah menyuruh malaikat-Ku memperlihatkan segala hal ini kepadamu untuk semua jemaah. Akulah Tunas dan Zuriat Daud, dan bintang fajar yang bersinar.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan