Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Matius 12:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Ada tersurat: ‘Aku menghendaki belas kasihan, bukan korban sembelihan.’ Jika kamu benar-benar memahami ayat itu, tentulah tidak kamu salahkan orang yang tidak bersalah;

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

7 Tŭtapi jikalau kamu sudah mŭngtahui apa artinya pŭrkataan ini, iya itu Aku kahandaki kamurahan, tŭtapi bukannya korban, nŭschaya tiadalah kŭlak kamu mŭnyalahkan orang yang tiada bŭrsalah itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Di dalam Alkitab tertulis, ‘Aku menghendaki belas kasihan, bukan korban binatang.’ Jika kamu benar-benar memahami ayat itu, tentu kamu tidak akan menyalahkan orang yang tidak bersalah,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Di dalam Alkitab tertulis, ‘Aku menghendaki belas kasihan, bukan korban binatang.’ Jika kamu benar-benar memahami ayat itu, tentu kamu tidak akan menyalahkan orang yang tidak bersalah,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Matius 12:7
14 Iomraidhean Croise  

Sesungguhnya, Aku menghendaki kasih setia, bukan korban sembelihan, dan pengetahuan tentang Allah dan bukan korban bakaran.”


Kajilah erti ayat ini: ‘Aku menghendaki belas kasihan, bukan korban sembelihan.’ Itulah maka Aku datang bukan untuk memanggil orang benar tetapi orang berdosa.”


Membebaskan orang yang mungkar dan menyalahkan orang warak, kedua-duanya adalah kekejian bagi TUHAN.


Penduduk Yerusalem dan ketua-ketua mereka tidak sedar bahawa Penyelamat itu ialah Yesus. Mereka tidak memahami ajaran nabi-nabi yang dibacakan setiap hari Sabat, maka mereka menghukum Yesus. Dengan tindakan mereka itu, segala yang telah dinubuatkan oleh nabi-nabi menjadi kenyataan.


Yesus menjawab, “Kamu tersilap kerana kamu tidak memahami baik Kitab Suci mahupun kuasa Allah.


Mereka berkomplot untuk meragut nyawa orang yang benar dan menumpahkan darah orang yang tidak bersalah.


Kamu menghukum dan membunuh orang yang tidak bersalah, dan mereka tidak melawanmu.


Kerana Dia akan berdiri di sebelah kanan orang miskin, untuk menyelamatkannya daripada orang yang menjatuhkan hukum mati.


Dia juga marah kepada ketiga-tiga sahabat Ayub, kerana mereka tidak boleh menjawab Ayub namun mempersalah dia.


Kata Samuel, “Adakah korban bakaran dan korban sembelihan yang lebih disukai TUHAN daripada mendengar suara TUHAN? Sesungguhnya, mematuhi itu lebih baik daripada korban sembelihan dan memperhatikan itu lebih baik daripada lemak domba jantan.


Mengasihi-Nya dengan sepenuh hati, dengan sepenuh fikiran, dengan sepenuh jiwa, dan dengan sepenuh kekuatan, serta mengasihi sesama manusia seperti diri sendiri, adalah lebih utama daripada segala korban persembahan dan korban bakaran.”


Semua orang yang keluar itu sudah disunatkan, tetapi keturunan baru yang lahir di gurun dalam perjalanan setelah keluar dari Mesir belum disunatkan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan