Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Kolose 4:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Kamu sekalian yang menjadi tuan, berilah apa yang adil dan wajar kepada hamba-hambamu, kerana kamu tahu bahawa kamu pun mempunyai Tuan di syurga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

1 TUAN tuan, handaklah kamu bri kapada hamba hambamu itu dŭngan sŭpatutnya, dan sama kŭdarnya, kŭrna kamu tŭlah mŭngatahui, bahwa kapadamu pua ada juga suatu Tuhau dalam shorga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Hai kamu yang menjadi tuan kepada abdi, perlakukanlah abdi dengan baik dan adil. Ingatlah bahawa kamu juga mempunyai Tuan di syurga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Hai kamu yang menjadi tuan kepada abdi, perlakukanlah abdi dengan baik dan adil. Ingatlah bahawa kamu juga mempunyai Tuan di syurga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Kolose 4:1
22 Iomraidhean Croise  

Mereka akan memerangi Anak Domba, dan Anak Domba akan menumpaskan mereka, kerana Dialah Tuan segala tuan dan Raja segala raja. Orang yang dipanggil, dipilih serta setia ada bersama Dia.”


Orang yang tidak mengamalkan belas kasihan akan dihukum tanpa diberi belas kasihan, tetapi mereka yang mengamalkan belas kasihan tidak akan takut diadili.


Kamu tidak membayar upah orang yang bekerja di ladangmu. Dengarlah rintihan mereka! Orang yang menuai hasil ladangmu berseru minta dibela nasibnya dan suara mereka telah sampai ke telinga Tuhan alam semesta.


Usah kehairanan jika kamu melihat di suatu wilayah berlakunya penindasan orang miskin serta pencabulan terhadap keadilan dan kebenaran kerana ada pegawai tinggi yang diawasi oleh pegawai tinggi yang lain dan mereka itu pula diawasi oleh pegawai yang lebih tinggi lagi.


Pada jubah dan paha-Nya tertulis nama: “Raja Segala Raja, Tuan Segala Tuan.”


Setelah dia menjadi raja, dia kembali dan memerintah hamba-hamba yang telah diberi wang emas datang menghadapnya dengan segera. Dia ingin mengetahui jumlah keuntungan dalam perniagaan masing-masing.


“Akan Aku hampiri untuk menghakimi kamu. Dengan pantas Aku akan bersaksi terhadap para ahli sihir, dan terhadap para penzina, terhadap orang yang bersumpah dusta, terhadap orang yang menindas pekerja upahan, balu, dan anak yatim, serta terhadap orang yang menafikan hak para pendatang, tanpa sebarang rasa takut kepada-Ku,” demikianlah firman TUHAN alam semesta.


Jangan menindas atau merompak jiranmu; dan secara khususnya, jangan kamu tahan pembayaran upah seseorang semalaman sampai pagi harinya.


Kata mereka, ‘Untuk apa kami berpuasa, padahal Engkau tidak melihatnya? Untuk apa kami merendahkan diri, padahal Engkau tidak memperhatikannya?’ Sesungguhnya, pada hari puasamu kamu mencari kesenangan sendiri dan menindas semua pekerjamu.


Dia berkata kepada mereka, ‘Pergilah bekerja di ladang anggurku. Aku akan memberimu upah yang berpatutan.’


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan