Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Kolose 2:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Sungguhpun tubuhku tiada di sisimu, namun rohku tetap bersamamu, dan aku sukacita kerana melihat keadaanmu yang teratur rapi dan imanmu yang kukuh dalam Kristus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

5 Kŭrna jikalau aku ini tiada bŭrhalir dŭngan tubohku skalipun, maka adalah juga aku bŭrhalir kadada kamu dŭngan nyawa, bŭrsuka chita, sŭrta mŭmandang pratoran kamu, dan katŭtapan iman kamu akan Almasih.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Meskipun aku tidak bersama-sama kamu, anggaplah aku hadir di kalangan kamu. Aku gembira melihat kamu sehati dan percaya kepada Kristus dengan teguh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Meskipun aku tidak bersama-sama kamu, anggaplah aku hadir di kalangan kamu. Aku gembira melihat kamu sehati dan percaya kepada Kristus dengan teguh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Kolose 2:5
19 Iomraidhean Croise  

Saudara-saudara, meskipun kami terpisah jauh daripadamu bagi sementara waktu, namun hati kami tetap dekat denganmu dan amat merinduimu. Kami berusaha sedaya upaya untuk bertemu lagi denganmu.


Lawanlah Iblis dengan iman yang teguh. Kamu tahu bahawa penderitaan yang sama sedang ditanggung oleh saudara-saudara seimanmu serata dunia.


Berhati-hatilah, berdiri teguh dalam iman, sentiasa berani dan gigih.


Kita telah mendapat bahagian dalam Kristus jika kita berpegang kepada keyakinan kita yang kita miliki dari mula-mulanya hingga ke akhir,


Tetapi hendaklah segalanya dilakukan dengan sopan dan teratur.


Kita mempunyai harapan ini sebagai sauh kepada jiwa kita, tetap dan teguh, dan masuk sampai ke balik tirai.


Kerana kini kami benar-benar hidup, memandangkan kamu tetap berdiri teguh dalam Tuhan.


Oleh itu, saudara-saudara yang kukasihi, teguhkan pendirian, jangan berganjak, dan bersungguh-sungguhlah dalam pengabdianmu kepada Tuhan. Kamu tahu bahawa dalam Tuhan, jerih lelahmu tidak akan sia-sia.


kerana hati mereka tidak teguh kepada-Nya, dan mereka tidak setia kepada perjanjian dengan-Nya.


Maka tidaklah mereka menjadi seperti nenek moyang mereka — keturunan yang degil dan memberontak, Keturunan yang tidak membetulkan hatinya, dan yang rohnya tidak setia kepada Allah.


Apatah lagi, korban bakaran itu banyak, juga lemak korban kedamaian dan persembahan minuman untuk segala korban bakaran itu. Demikianlah ibadat di Bait TUHAN ditetapkan kembali.


Aku mahu kamu tahu betapa perasaanku bergolak keranamu dan orang Laodikia, juga semua yang belum lagi bertemu muka denganku.


Tetapi jika ada sesiapa yang lapar, makanlah dahulu di rumah, supaya perhimpunanmu tidak mendatangkan hukuman. Hal-hal lain akan kuatur ketika aku datang kelak.


Mereka berpegang teguh pada pengajaran para rasul, dan pada persaudaraan, pembahagian roti dan doa.


Apabila sudah jelas kepada Naomi betapa kuat tekad Rut untuk ikut bersama-samanya, dia berhenti menghalang Rut mengikutinya.


sambil memberikan kesaksian kepada orang Yahudi dan orang Yunani tentang pertaubatan kepada Allah dan iman akan Tuhan Yesus.


TUHAN berfirman kepada Musa, “Setiap hari, hendaklah seorang pemimpin membawa persembahannya untuk pentahbisan mazbah itu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan