Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Kolose 2:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Aku mengatakan ini supaya kamu tidak tertipu dengan hujah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

4 Maka aku mŭngatakan ini, asal jangan barang sa’orang jua pun mŭmpŭrdayakan kamu dŭngan pŭrkataan tipu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Aku memberitahu kamu hal ini supaya tidak disesatkan oleh hujah yang menarik dan kedengarannya betul.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Aku memberitahu kamu hal ini supaya tidak disesatkan oleh hujah yang menarik dan kedengarannya betul.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Kolose 2:4
28 Iomraidhean Croise  

Kerana beberapa kristus palsu dan nabi palsu akan muncul dan menunjukkan pelbagai mukjizat serta keajaiban untuk memperdaya orang, kalau boleh termasuk umat pilihan.


Yesus menjawab mereka, “Awas, jangan terperdaya oleh sesiapa pun!


kerana beberapa kristus palsu dan nabi palsu akan muncul dan menunjukkan pelbagai tanda serta keajaiban untuk memperdaya orang, kalau boleh termasuk umat pilihan.


malah dari antara kamu sendiri akan bangkit beberapa orang yang memesongkan ajaran yang benar dan berusaha menarik para murid untuk mengikut mereka.


Dan perkhabaran serta pengajaranku tidak disampaikan dengan kata-kata hikmah yang meyakinkan. Sebaliknya aku menyampaikannya secara menunjukkan kuasa Roh.


Tetapi aku takut kalau-kalau fikiranmu akan dicemari sebagaimana Hawa telah diperdaya oleh ular dengan kepintarannya, sehingga kamu berpaling daripada kesetiaanmu yang murni kepada Kristus.


Ini disebabkan beberapa orang yang pura-pura beriman telah dibawa masuk. Mereka mencuri-curi masuk untuk mengintip kebebasan yang kami miliki dalam Kristus Yesus agar mereka dapat memperhamba kami.


Maka, kita tidaklah lagi berupa kanak-kanak, dipukul ombak dan ditiup ke sana ke mari oleh setiap angin pengajaran orang, tipu daya manusia, dan putar belit muslihat jahat.


Oleh itu, aku berkata demikian dan bersaksi demi Tuhan, janganlah lagi kamu hidup seperti orang yang tidak mengenal Allah, menurut pemikiran yang sia-sia.


Jangan tertipu dengan kata-kata kosong, kerana itulah sebabnya kemurkaan Allah menimpa anak-anak derhaka.


Janganlah ganjaranmu dikurangkan oleh seseorang yang pura-pura bersikap rendah diri dan menyembah malaikat. Orang seperti itu berpaut pada penglihatan-penglihatannya dan tanpa alasan menyombongkan dirinya dengan fikiran-fikirannya yang duniawi,


Awaslah, jangan tertipu oleh orang yang menggunakan falsafah dan tipu daya yang sia-sia, menurut adat manusia, menurut ajaran asas dunia, bukan menurut Kristus.


Jauhi percakapan yang bercorak duniawi dan sia-sia, kerana ini akan menambah kemungkaran.


Orang durjana dan penipu akan bertambah durjana, memperdaya serta diperdaya.


Anak-anakku, akhir zaman sudah hampir menjelang. Kamu telah diberitahu bahawa dajal, penentang Kristus itu, akan muncul. Sekarang pun telah muncul ramai orang yang menentang Kristus. Dengan demikian kita tahu bahawa akhir zaman sudah hampir menjelang.


Aku menulis kepadamu tentang mereka yang hendak menyesatkanmu.


Saudara-saudara yang kukasihi, jangan percayai setiap roh. Sebaliknya ujilah setiap roh itu sama ada datang daripada Allah kerana terdapat ramai nabi palsu telah menjelajah ke seluruh dunia.


Ramai penipu telah menjelajah ke seluruh dunia. Mereka itu tidak mengakui bahawa Yesus Kristus telah datang ke dunia sebagai manusia. Orang sedemikian ialah penipu dan dajal, penentang Kristus.


Dengan demikian tersingkirlah naga besar itu, ular purba yang bernama Iblis atau Syaitan, yang memperdaya umat manusia. Ia dan semua malaikatnya dibuang ke bumi.


Binatang itu akan disembah oleh setiap orang di bumi yang sejak dunia dicipta namanya tidak tersenarai di dalam Kitab Hidup milik Anak Domba yang telah disembelih.


Dia menghumbankannya ke dalam jurang itu, dan menutupnya serta memateraikannya, supaya ia tidak dapat lagi memperdaya umat manusia hingga tamat tempoh seribu tahun. Selepas itu, ia akan dilepaskan seketika.


Dia akan keluar untuk menipu bangsa-bangsa di empat penjuru bumi, Gog dan Magog, dan mengumpulkan mereka untuk berperang. Bilangan mereka seperti pasir di tepi laut.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan