Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Kolose 2:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Aku ingin hati mereka terhibur, terjalin rapat dalam kasih, dan mereka mencapai pengertian penuh dalam segala kekayaan serta kepastiannya, supaya mereka mengetahui rahsia Allah Bapa dan Kristus,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Supaya hiburlah hati marika itu, sŭrta mŭnjadi tŭrikat bŭrsama sama dŭngan kasih, sahingga iya mŭndapat sagala kŭkayaan katŭntuan yang samporna deripada pŭngatahuan, akan mŭngaku rahsia Allah, iya itu Ayah dan Almasih.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Aku berbuat demikian supaya kamu dan mereka berteguh hati, dan juga bersatu kerana saling mengasihi. Dengan demikian kamu dan mereka sungguh-sungguh meyakini dan mengerti serta mengenal rahsia Allah, iaitu Kristus sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Aku berbuat demikian supaya kamu dan mereka berteguh hati, dan juga bersatu kerana saling mengasihi. Dengan demikian kamu dan mereka sungguh-sungguh meyakini dan mengerti serta mengenal rahsia Allah, iaitu Kristus sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Kolose 2:2
58 Iomraidhean Croise  

Ketika semua orang Israel mendengar keputusan yang diberikan raja dalam hal itu, seganlah mereka kepada raja, kerana mereka melihat bahawa kebijaksanaan Allah ada padanya untuk menegakkan keadilan.


Lihatlah, betapa baik dan menyenangkan hati apabila saudara-saudara seiman hidup bersama dengan bersatu-padu!


Hasil perbenaran ialah kedamaian, kesan perbenaran ialah kesentosaan dan keamanan untuk selama-lamanya.


“Hiburkanlah, hiburkanlah umat-Ku,” demikian firman Allahmu.


Sesudah kesusahan jiwanya dia akan melihat cahaya kehidupan dan berasa puas. Hamba-Ku yang benar itu akan membenarkan ramai orang dengan pengetahuannya. Dia akan memikul dosa-dosa mereka.


tetapi sesiapa yang hendak bermegah, biarlah dia bermegah kerana hal ini: bahawa dia memahami dan mengenal Aku, bahawa Akulah TUHAN, yang menunjukkan kasih abadi, keadilan, dan perbenaran di bumi. Sesungguhnya, hal-hal itulah yang Kusukai,” demikianlah firman TUHAN.


Selepas itu Yesus berucap, “Ya Bapa, Tuhan langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu, kerana apa yang Kaurahsiakan daripada cerdik pandai, Kautunjukkan kepada kanak-kanak kecil.


“Bapa-Ku telah menyerahkan segala-galanya kepada-Ku. Tiada yang mengenal Anak kecuali Bapa, dan tiada yang mengenal Bapa kecuali Anak serta orang yang terpilih Anak untuk menyatakan Bapa.


Yesus menjawab, “Kamu telah diberi anugerah untuk mengetahui rahsia kerajaan syurga, tetapi mereka tidak.


Kepada yang dihormati Teofilus, Ramai orang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencatat peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam kalangan kita


Aku dan Bapa adalah satu.”


Tetapi jika Aku melakukannya, percayalah kepada apa yang Kulakukan, kalaupun kamu tidak percaya kepada-Ku. Dengan demikian akan fahamlah kamu bahawa Bapa di dalam Aku dan Aku di dalam Bapa.”


Segala milik Bapa-Ku milik-Ku juga. Maka itulah Kukatakan bahawa Dia akan menerima apa yang berasal daripada-Ku dan menyatakannya kepadamu.”


Inilah hidup kekal, iaitu mereka mengenal-Mu sebagai satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang Kauutus.


Namun demikian, Yesus berkata kepada mereka, “Bapa-Ku masih bekerja hingga sekarang, maka begitulah juga Aku.”


Dengan demikian, semua orang menghormati Anak sebagaimana mereka menghormati Bapa. Jika sesiapa tidak menghormati Anak, ertinya dia tidak menghormati Bapa yang mengutus-Nya.


Kami percaya sepenuh hati bahawa Engkaulah Yang Suci daripada Allah.”


Semua orang yang sudah percaya itu sehati sejiwa. Tiada seorang pun yang mengatakan sesuatu itu miliknya; mereka berkongsi segalanya.


Semoga Allah, sumber harapan, memenuhi hatimu dengan kegembiraan dan kesejahteraan dalam iman, supaya kamu dilimpahi harapan dengan kuasa Roh Kudus.


Sekarang, kepada Dia yang berkuasa meneguhkan kamu menurut Injil yang kusampaikan dan perkhabaran tentang Yesus Kristus, menurut pernyataan rahsia yang tersembunyi sejak permulaan dunia


Atau adakah kamu memperkecil kebaikan, kemurahan serta kesabaran Allah yang amat besar, dan tidak tahu bahawa kebaikan Allah membawamu ke pintu taubat?


Kamu semua boleh bernubuat, seorang demi seorang, agar semua mendapat pengajaran dan kekuatan.


Kita tidak menerima roh dunia ini. Kita menerima Roh daripada Allah agar mengetahui segala kurnia Allah kepada kita.


Tiadalah lagi orang Yahudi atau orang Yunani, hamba atau orang merdeka, lelaki atau perempuan, kamu semua menjadi satu dalam Kristus Yesus.


Dalam-Nya kita mendapat penebusan melalui darah-Nya, pengampunan dosa, menurut limpah kasih kurnia-Nya


Aku berdoa semoga Dia mengurniakan kepadamu, menurut limpah kemuliaan-Nya, kekuatan melalui Roh-Nya dalam dirimu.


Melalui wahyu, Allah telah memberitahuku rahsia itu sebagaimana sudah kutuliskan secara ringkas.


Aku menghantarnya kepadamu untuk tujuan ini, supaya kamu mengetahui hal ehwal kami dan dia dapat menggalakkan hatimu.


Oleh itu, jika ada galakan kerana bersatu dalam Kristus, jika ada penghiburan hati kerana kasih-Nya, jika ada keakraban dalam Roh, jika ada lemah lembut dan belas kasih,


Bahkan segala perkara kukira rugi berbanding keagungan mengenal Kristus Yesus, Tuhanku. Oleh sebab Dialah aku telah kerugian segalanya, yang kukira sampah sarap belaka, supaya aku mendapat untung iaitu Kristus,


iaitu rahsia yang telah tersembunyi daripada segala zaman dan keturunan tetapi sekarang telah dinyatakan kepada orang salih-Nya.


Kepada mereka Allah berkehendak supaya diberitahu betapa kayanya kemuliaan rahsia itu dalam kalangan orang bukan orang Israel, iaitu Kristus dalam kamu, harapan untuk mendapat kemuliaan.


Oleh itu, sejak kami mendengarnya, kami juga tidak putus-putus mendoakan kamu, dan memohon supaya kamu dipenuhi pengetahuan tentang kehendak-Nya dalam segala kebijaksanaan dan pengertian rohani.


dan tidak berpegang teguh pada Kristus sebagai Kepala. Daripada-Nya seluruh tubuh, yang dibesarkan dan dijalin rapat dengan sendi urat, bertumbuh seperti yang dikehendaki oleh Allah.


Paling utama amalkanlah kasih, ikatan dan penyatu yang sempurna.


Doakan kami juga, semoga Allah membukakan kami suatu pintu bagi firman-Nya, supaya kami bercakap tentang rahsia Kristus. Oleh sebab rahsia itulah aku terpenjara ini,


Aku mengutusnya kepadamu supaya dia mengetahui hal ehwal kamu dan menggalakkan hatimu.


kerana Injil yang kami beritakan itu telah sampai kepadamu bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga dengan kuasa, dengan Roh Kudus dan dengan keyakinan kukuh. Kamu tahu akan sifat dan kehidupan kami sewaktu bersamamu demi kebaikanmu.


Sementara itu kami mengutus Timotius, saudara kami dan rakan sekerja Allah dalam Injil Kristus, untuk menetapkan hatimu dan meneguhkan imanmu,


Saudara-saudaraku, kami menyeru kamu, berilah amaran kepada orang yang melanggar peraturan, tetapkan hati orang yang takut, tolong orang yang lemah, dan bersabar terhadap semua.


Tidak dapat dinafikan betapa mulianya rahsia iman: Dia telah menampakkan diri sebagai manusia, dinyatakan benar oleh Roh Kudus, dilihat oleh para malaikat, dikhabarkan kepada bangsa-bangsa, dipercayai di seluruh dunia, dinaikkan dengan kemuliaan.


Maka marilah kita hampir dengan hati yang tulus dan iman yang teguh sepenuhnya. Hati nurani kita telah direnjis sehingga suci daripada kejahatan dan tubuh kita telah dibasuh dengan air yang bersih.


Kami mahu setiap orang daripada kamu menunjukkan kesungguhan usaha yang sama untuk memberi sepenuh keyakinan terhadap harapanmu hingga ke akhir.


Oleh itu, saudara-saudaraku, berusahalah lebih keras lagi untuk memastikan kekalnya panggilan dan pilihan Allah akan dirimu. Jika kamu melakukan segala ini, kamu tidak akan tersandung.


Dengan kuasa ilahi-Nya Allah telah mengurniai kita segala yang diperlukan untuk hidup dan kesalihan, melalui apa yang kita ketahui tentang Dia yang memanggil kita dengan kemuliaan dan kebaikan-Nya.


Hendaklah kamu semakin kukuh dalam kasih kurnia Tuhan dan Penyelamat kita Yesus Kristus dan semakin mengenal-Nya. Bagi-Nya kemuliaan, sekarang dan selama-lamanya! Amin.


Dengan demikian kita tahu bahawa kita anak-anak Allah yang benar dan hati kita tetap damai di hadirat Allah


Ada tiga yang memberikan kesaksian:


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan