Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 9:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Di balik tirai kedua ialah bahagian khemah yang disebut Tempat Yang Maha Suci.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Maka dibalik tirie yang kadua itu, iya itu khemah tŭmpat sŭmbahyang yang dinamai tŭmpat yang suchi deri pada skalian.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Di belakang tirai kedua, terdapat bahagian khemah yang dinamakan Bilik Maha Suci.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Di belakang tirai kedua, terdapat bahagian khemah yang dinamakan Bilik Maha Suci.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 9:3
15 Iomraidhean Croise  

Kemudian di bahagian belakang bait itu dibuatnya ruang belakang sepanjang dua puluh hasta dengan disekat papan kayu araz dari lantai sampai ke gelegarnya untuk dijadikan Tempat Yang Maha Suci.


Kemudian para imam membawa tabut perjanjian TUHAN masuk ke tempatnya, di ruang dalaman bait itu, iaitu Tempat Yang Maha Suci, dan tabut itu diletakkan di bawah sayap kerubin.


Selain itu dibuatnya tabir daripada kain biru, kain ungu, kain kirmizi, dan linen halus, lalu dipasangnya hiasan malaikat-malaikat kerubin pada tabir itu.


Kemudian dia membawa tabut itu ke dalam Khemah Suci, lalu digantungkannya tabir penyekat untuk menutupi tabut loh hukum, seperti yang diperintahkan oleh TUHAN kepadanya.


Hendaklah kamu letakkan tabut loh hukum di dalamnya dan pagarlah tabut itu dengan tabir di depannya.


Di gunung ini juga Dia akan menyingkirkan tudung muka yang menudungi segala suku bangsa dan selubung yang menyelubungi segala bangsa.


Diukurnya ruang dalam itu, dua puluh hasta panjangnya dan dua puluh hasta lebarnya, letaknya tepat di belakang ruang besar. Lalu dia berkata kepadaku, “Ini ialah Tempat Yang Maha Suci.”


Ketika perkhemahan akan berangkat, hendaklah Harun dan anak-anaknya masuk ke dalam untuk menurunkan tabir penyekat dan menudungi tabut loh hukum dengan tabir itu.


Sejurus itu tirai Bait Suci terbelah dua dari atas ke bawah, bumi digegar gempa dan batu-batu pejal terpecah;


Kita mempunyai harapan ini sebagai sauh kepada jiwa kita, tetap dan teguh, dan masuk sampai ke balik tirai.


Tetapi ke bahagian kedua, imam besar masuk seorang diri setahun sekali sahaja, tidak boleh tidak membawa darah, yang dipersembahkannya untuk dosa dirinya dan untuk dosa orang lain yang dilakukan akibat kejahilan.


Roh Kudus membayangkan bahawa jalan masuk ke Tempat Yang Maha Suci tidak dinyatakan selagi bahagian pertama khemah masih tetap berdiri.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan