Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 7:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Dia tidak mempunyai ibu bapa, tidak bersalasilah, tiada tarikh permulaan atau penghabisan hayatnya, tetapi seperti Anak Allah, dia terus-menerus menjadi imam.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Maka tiada iya bŭrbapa, dan tiada bŭribu, dan tiada pula bŭrkaturonan, atau baik pŭrmulaan harinya, baik kasudahan umornya; mŭlainkan iya dijadikan sa’olah olah spŭrti anak Allah; tŭtaplah iya mŭnjadi imam sŭntiasa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Tidak ada catatan tentang ibu bapa Melkisedek ataupun nenek moyangnya. Tidak ada catatan tentang kelahirannya ataupun kematiannya. Dia seperti Anak Allah; dia menjadi imam selama-lamanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Tidak ada catatan tentang ibu bapa Melkisedek ataupun nenek moyangnya. Tidak ada catatan tentang kelahirannya ataupun kematiannya. Dia seperti Anak Allah; dia menjadi imam selama-lamanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 7:3
11 Iomraidhean Croise  

Para anak Kehat ialah Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel. Kehat hidup sehingga berusia 133 tahun.


lalu pada hari pertama pada bulan kedua itu mereka mengumpulkan seluruh umat. Seluruh umat pun menyatakan salasilah mereka menurut keluarga serta suku kaum mereka, dan nama setiap lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas dicatat satu demi satu,


Iblis datang kepada-Nya lalu berkata, “Jika Engkau Anak Allah, perintahkanlah batu-batu ini menjadi roti.”


Memandangkan kita mempunyai Imam Besar yang agung yang telah melalui syurga, iaitu Yesus Anak Allah, marilah kita berpegang teguh pada pengakuan kita.


Melkisedek ini raja Salem dan imam Allah Yang Maha Tinggi. Dia telah bertemu dengan Abraham yang dalam perjalanan pulang setelah menewaskan raja-raja, lalu dia memberkati Abraham.


Tentang Dia, telah disaksikan: “Engkau menjadi imam untuk selama-lamanya menurut peraturan Melkisedek.”


Kepadanya juga Abraham menyerahkan sepersepuluh daripada segala yang dibawanya. Melkisedek mula-mula diterjemahkan sebagai “raja perbenaran”; kemudian dia dipanggil juga sebagai “raja Salem”, bermakna “raja kesejahteraan.”


Tetapi seorang yang bukan daripada keturunan mereka telah menerima bayaran sepersepuluh hasil daripada Abraham dan telah memberkati Abraham, penerima janji-janji Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan