Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 7:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Kepadanya juga Abraham menyerahkan sepersepuluh daripada segala yang dibawanya. Melkisedek mula-mula diterjemahkan sebagai “raja perbenaran”; kemudian dia dipanggil juga sebagai “raja Salem”, bermakna “raja kesejahteraan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Dan kapada iyalah juga dibri ulih Ibrahim bahgian skalian spuloh asa; pŭrtama tama, arti namanya itu raja bŭnar, dan kumdian deripada itu raja Salem pula, iya itu raja pŭrdamiean;

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Lalu Abraham memberi Melkisedek sepersepuluh daripada segala apa yang dirampasnya. (Pertama sekali nama Melkisedek bermakna “Raja Keadilan.” Oleh sebab dia raja Salem, namanya juga bermakna “Raja Kesejahteraan.”)

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Lalu Abraham memberi Melkisedek sepersepuluh daripada segala apa yang dirampasnya. (Pertama sekali nama Melkisedek bermakna “Raja Keadilan.” Oleh sebab dia raja Salem, namanya juga bermakna “Raja Kesejahteraan.”)

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 7:2
26 Iomraidhean Croise  

dan batu yang kudirikan sebagai tugu ini akan menjadi rumah Allah. Aku akan mempersembahkan kepada-Mu sepersepuluh daripada segala sesuatu yang Kaukurniakan kepadaku.”


Allah Israel berfirman, Batu Pejal Israel berfirman kepadaku, “Seseorang yang memerintah rakyat dengan adil, yang memerintah dengan takut kepada Allah,


Demikianlah Daud bertakhta atas seluruh Israel dan menegakkan keadilan dan kesaksamaan bagi seluruh rakyatnya.


Sesungguhnya, seorang anak lelaki akan lahir bagimu. Dia akan menjadi orang yang dikurniai ketenteraman, kerana Aku akan mengurniakan kepadanya ketenteraman daripada semua musuh di sekelilingnya. Namanya ialah Salomo, dan pada zamannya Aku akan mengurniakan damai serta sentosa kepada orang Israel.


Dalam pemerintahan-Nya orang yang benar akan makmur; dan kesejahteraan penuh melimpah selagi bulan bercahaya.


Sepersepuluh daripada kawanan lembu atau kawanan domba, iaitu haiwan kesepuluh yang berlalu di bawah tongkat gembala sewaktu dihitung, harus menjadi persembahan suci bagi TUHAN.


Dia ini akan menjadi sumber kesejahteraan. Apabila orang Asyur masuk ke negeri kita dan apabila mereka menginjak puri-puri kita, maka kita akan mengangkat tujuh orang gembala dan lapan orang pemimpin manusia untuk melawan mereka.


Bagi bani Lewi sesungguhnya telah Kukurniakan semua persembahan sepersepuluh di Israel menjadi harta pusaka mereka sebagai imbalan atas pekerjaan yang dilaksanakan mereka di Khemah Pertemuan.


“Seorang anak dara akan mengandung, dan melahirkan seorang anak lelaki, dan mereka akan menamai Dia Immanuel” yang bererti, Allah menyertai kita dalam bahasa Ibrani.


“Kemuliaan bagi Allah di tempat yang maha tinggi dan damai sejahtera di bumi bagi orang yang berkenan pada hati-Nya.”


Tetapi sekarang Dia bertindak terhadap dosa untuk menyatakan keadilan-Nya. Allah menunjukkan bahawa Dia benar dan memperbenar semua mereka yang beriman kepada Yesus.


Melkisedek ini raja Salem dan imam Allah Yang Maha Tinggi. Dia telah bertemu dengan Abraham yang dalam perjalanan pulang setelah menewaskan raja-raja, lalu dia memberkati Abraham.


Dia tidak mempunyai ibu bapa, tidak bersalasilah, tiada tarikh permulaan atau penghabisan hayatnya, tetapi seperti Anak Allah, dia terus-menerus menjadi imam.


Selain itu, dia akan mengambil sepersepuluh daripada hasil benihmu dan kebun anggurmu, lalu memberikannya kepada para pegawai istana dan pembantunya.


Akan diambilnya juga sepersepuluh daripada kawanan dombamu, dan kamu akan menjadi hamba-hambanya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan