Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 5:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Setelah Dia dijadikan sempurna, Dia menjadi sumber penyelamatan yang kekal bagi semua yang mematuhi-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

9 Maka sŭtlah sudah disampornakannya akan dia, maka iya tŭlah mŭnjadi asal slamat kŭkal bagie sagala orang yang mŭnurot akan dia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Oleh itu, sesudah Dia menjadi penyelamat yang sempurna, Dia menjadi sumber penyelamatan yang kekal bagi semua orang yang taat kepada-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Oleh itu, sesudah Dia menjadi penyelamat yang sempurna, Dia menjadi sumber penyelamatan yang kekal bagi semua orang yang taat kepada-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 5:9
39 Iomraidhean Croise  

Itulah sebabnya Dia menjadi Pengantara bagi perjanjian baru, melalui kematian, untuk menebus kesalahan di bawah perjanjian pertama, supaya mereka yang dipanggil dapat menerima janji warisan yang kekal.


Allah, yang segala-galanya adalah untuk-Nya dan segala-galanya dicipta oleh-Nya, membawa beberapa ramai anak-Nya kepada kemuliaan. Memang wajarlah Dia menjadikan Perintis penyelamatan mereka itu sempurna melalui penderitaan.


Marilah kita mengarahkan mata kita kepada Yesus, Pelopor dan Penyempurna iman kita. Untuk kebahagiaan yang ditentukan bagi-Nya, Dia telah menanggung seksa salib, tanpa menghiraukan pengaiban itu, dan sekarang Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah.


Bukan dengan darah kambing atau anak lembu, tetapi dengan darah-Nya sendiri, Dia masuk ke dalam Tempat Yang Maha Suci, sekali untuk selama-lamanya, kerana Dia mendapatkan penebusan yang kekal.


Kami menjadi saksi dalam semua hal ini, begitu juga Roh Kudus yang dikurniakan Allah kepada semua yang taat akan perintah-Nya.”


Oleh sebab kamu telah menyucikan jiwamu dalam mematuhi kebenaran supaya kamu mempunyai kasih persaudaraan yang ikhlas, maka kasihilah satu sama lain dengan sepenuh perasaan dan suci hati;


Tempoh masa tujuh puluh minggu telah ditentukan atas bangsamu dan atas kota sucimu untuk mengakhiri pelanggaran, untuk menghentikan dosa, untuk melakukan pendamaian atas kesalahan, untuk mendatangkan perbenaran yang kekal, untuk memenuhi penglihatan dan nubuat, dan untuk mentakdiskan yang maha suci.


Melalui iman Abraham taat apabila disuruh pergi ke tempat yang kemudian diterimanya sebagai warisannya. Dia pergi tanpa mengetahui ke mana dia pergi.


Dia mengenakan hukuman kepada mereka yang tidak mengenal Allah, dan mereka yang tidak taat akan Injil Tuhan kita Yesus Kristus.


manakala bagi mereka yang mementingkan diri dan tidak taat akan kebenaran tetapi menjunjung kedurjanaan, maka kemarahan dan kemurkaan Allah akan menimpa mereka.


Melalui Yesus Kristus dan demi nama-Nya, kami diberi kasih kurnia dan jawatan rasul untuk menyeru manusia daripada segala suku bangsa supaya taat dalam iman kepada-Nya.


mematahkan hujah-hujah dan segala yang meninggikan diri menentang pengenalan Allah, menundukkan semua fikiran supaya mematuhi Kristus,


Aku tidak akan berani bercakap tentang sesuatu selain yang telah dilakukan oleh Kristus melaluiku, dengan kata-kata dan perbuatan, untuk menjadikan bangsa-bangsa lain itu taat,


Siapakah antara kamu yang takut kepada TUHAN dan mendengar perkataan hamba-Nya? Kalau dia berjalan dalam kegelapan dan tidak ada cahaya baginya, biarlah dia percaya kepada nama TUHAN dan bergantung pada Allahnya.


Oleh itu, aku menanggung segalanya untuk mereka yang terpilih, supaya mereka juga mendapat penyelamatan dalam Kristus Yesus dengan kemuliaan yang kekal.


Akan tetapi, tidak semua yang mahu menerima berita Injil itu. Sebagaimana kata Yesaya, “Tuhan, siapa yang percaya akan perkhabaran yang kami sampaikan?”


Tetapi bersyukurlah kepada Allah! Dahulu kamu diperhamba oleh dosa, tetapi kini kamu telah taat sepenuh hati akan bentuk ajaran yang telah diamanahkan kepadamu.


bagaimana kita mungkin terlepas daripadanya jika kita mengabaikan penyelamatan yang sedemikian besar? Pada mulanya Tuhan telah menyebutkannya, dan kemudian orang yang telah mendengar kata-kata-Nya itu turut mengesahkannya.


Setelah Yesus menerima air anggur masam itu, Dia berkata, “Sudah selesai.” Dia menundukkan kepala lalu menyerahkan roh-Nya.


Sedang Petrus berkata-kata, segumpal awan yang bersinar-sinar meliputi mereka. Dari awan itu kedengaran suara berkata, “Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan. Dengarlah kata-kata-Nya!”


Kalangan dari jauh akan datang membina Bait Suci TUHAN.” Maka kamu akan tahu bahawa TUHAN alam semesta, telah mengutus aku kepadamu. Hal ini akan terjadi jika kamu sungguh-sungguh mematuhi TUHAN, Allahmu.


Berpalinglah kepada-Ku dan biarlah kamu diselamatkan, wahai segala hujung bumi, kerana Akulah Allah dan tidak ada yang lain.


Engkau menghendaki kebenaran dalam diri; dan di lubuk jiwaku Engkau akan mengajarku mengenal kebijaksanaan.


Hiduplah di bawah naungan kasih Allah sementara menunggu belas kasihan Tuhan kita Yesus Kristus yang akan menganugerahimu hidup kekal.


Kita tahu bahawa Anak Allah telah datang dan memberi kita pengertian, supaya kita mengenal Dia yang benar. Kita ada di dalam Dia yang benar bahkan di dalam Anak-Nya, Yesus Kristus. Inilah Allah yang benar dan hidup yang kekal.


Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita, supaya mereka tidak disempurnakan tanpa kita.


Semoga Tuhan kita Yesus Kristus sendiri dan Allah Bapa kita, yang mengasihi kita dan menetapkan hati serta meneguhkan harapan baik kita selama-lamanya dengan kasih kurnia-Nya,


lalu kamu membunuh sumber hayat itu; Allah membangkitkan-Nya daripada kematian, dan kami ini menjadi saksinya.


Yesus menjawab, “Pergilah beritahu si musang, ‘Pada hari ini dan esok Aku menghalau roh-roh iblis serta menyembuhkan orang tetapi pada hari ketiga Aku akan menyelesaikan tugas-Ku.’


firman-Nya, “Terlalu ringan bagimu cuma untuk menjadi hamba-Ku, untuk membangkitkan suku-suku Yakub kembali, dan untuk mengembalikan orang Israel yang masih terpelihara. Aku akan membuat kamu menjadi cahaya kepada bangsa-bangsa supaya kamu membawa penyelamatan daripada-Ku sampai ke hujung bumi.”


Perdengarkan kegembiraan dan keriaan kepadaku; supaya tulang-tulangku yang Kaupatahkan dapat bersukacita.


Dengan nyanyianku ini nama-Mu akan diingati turun-temurun; maka bangsa-bangsa akan memuji-Mu selama-lamanya.


Tiadalah penyelamatan melalui sesiapa yang lain, kerana tiada nama lain di bawah langit ini diberikan dalam kalangan manusia, yang dapat menyelamatkan kita.”


Pasanglah telingamu dan datanglah kepada-Ku, dengarlah, maka kamu akan hidup. Aku akan mengikat perjanjian yang kekal dengan kamu, menurut kasih abadi yang teguh kepada Daud.


Oleh itu, saudara-saudara yang dikasihi, sebagaimana kamu sentiasa taat, hendaklah kamu mengerjakan penyelamatanmu sendiri dengan takut dan gementar, bukan sahaja ketika aku ada bersamamu malah lebih-lebih lagi sekarang sewaktu aku jauh daripadamu.


Bukankah semua malaikat itu roh-roh pelayan yang dihantar untuk melayani manusia yang akan mewarisi penyelamatan?


begitulah Kristus telah dikorbankan sekali untuk dosa semua manusia. Kepada mereka yang menunggu-Nya dengan penuh pengharapan, Dia akan datang bagi kali kedua, bukan untuk menanggung dosa tetapi untuk menyelamatkan mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan