Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 4:8 - Alkitab Versi Borneo

8 Andainya Yosua telah memberikan istirahat kepada mereka, Allah tidak akan berfirman kemudian tentang satu hari lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

8 Kŭrna jikalau Yushua tŭlah mŭmbri pŭrhŭntian kapada marika itu, nŭschaya kumdian deripada itu tiadalah iya mŭnyŭbut akan hari yang lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Sekiranya Yosua sudah memberi mereka rehat yang dijanjikan oleh Allah, tentu Allah tidak akan berfirman lagi tentang suatu hari yang lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Sekiranya Yosua sudah memberi mereka rehat yang dijanjikan oleh Allah, tentu Allah tidak akan berfirman lagi tentang suatu hari yang lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 4:8
13 Iomraidhean Croise  

Dia memberi kepada mereka tanah orang asing, dan mereka mewarisi usaha bangsa-bangsa lain —


Dia mengusir bangsa-bangsa dari tempat yang didatangi umat-Nya dan membahagikan tanah sebagai warisan pusaka mereka; serta menyuruh suku-suku Israel tinggal di khemah mereka.


Nenek moyang kita, setelah menerimanya, bersama Yosua telah membawanya masuk ke negeri kita yang dikuasai oleh bangsa-bangsa asing. Allah telah mengusir bangsa-bangsa asing itu di hadapan mereka, dan khemah itu tetap di tanah tersebut hingga zaman Daud.


Memang sampai sekarang kamu belum masuk ke tujuan akhir, iaitu harta pusaka yang dikurniakan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu,


Jadi, apabila TUHAN, Allahmu, telah mengurniakan keamanan kepadamu daripada semua musuh di sekelilingmu di negeri yang dikurniakan TUHAN, Allahmu, kepadamu sebagai harta pusaka untuk diduduki. Oleh itu, hendaklah kamu hapuskan ingatan kepada orang Amalek daripada kolong langit. Jangan lupa!


Allah telah berfirman pada pelbagai zaman dan dengan aneka cara kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi.


Oleh itu, masih ada peristirahatan Sabat untuk umat Allah.


sampai TUHAN mengurniakan ketenteraman kepada saudara-saudaramu seperti halnya kepadamu, dan sampai mereka menduduki negeri yang dikurniakan TUHAN, Allahmu, kepada mereka. Setelah itu, barulah kamu dapat kembali ke tanah milikmu dan menduduki negeri yang diberikan Musa, hamba TUHAN itu, kepadamu di seberang Sungai Yordan, di arah matahari terbit.”


Demikianlah Yosua menawan seluruh negeri itu selaras dengan semua yang difirmankan TUHAN kepada Musa. Yosua memberikannya sebagai harta pusaka kepada orang Israel, menurut pembahagian suku mereka. Lalu aman sentosalah negeri itu dan berhenti daripada berperang.


Sekarang TUHAN, Allahmu, telah memberikan ketenteraman kepada para saudaramu, seperti yang dijanjikan-Nya kepada mereka. Maka kembalilah kamu ke perkhemahanmu, ke tanah milikmu yang telah diberikan kepadamu oleh Musa, hamba TUHAN itu, di seberang Sungai Yordan.


Selepas lamanya setelah TUHAN memberikan ketenteraman kepada orang Israel daripada semua musuh di sekeliling mereka, dan ketika itu, Yosua telah amat lanjut usianya,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan