Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 3:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Dia dikira layak menerima lebih banyak kemuliaan daripada Musa, sebagaimana pembina rumah lebih dimuliakan daripada rumah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Kŭrna layaklah juga orang ini akan mŭndapat kamulian tŭrlebih deripada Musa, spŭrti orang yang mŭmbanggunkan rumah itu dihormati tŭrlebih deripada rumah itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Orang yang membina sebuah rumah mendapat kehormatan yang lebih besar daripada rumah itu sendiri. Demikian juga Yesus layak mendapat kemuliaan yang jauh lebih besar daripada Musa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Orang yang membina sebuah rumah mendapat kehormatan yang lebih besar daripada rumah itu sendiri. Demikian juga Yesus layak mendapat kemuliaan yang jauh lebih besar daripada Musa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 3:3
11 Iomraidhean Croise  

“Tangan Zerubabel telah meletakkan dasar bait ini, dan tangannya pula yang akan menyelesaikannya. Maka engkau akan tahu bahawa TUHAN alam semesta, telah mengutus aku kepadamu.


Oleh itu ketahuilah engkau Petrus, batu yang kukuh, dengan asas batu pejal inilah akan Kubina jemaah-Ku. Alam maut pun tidak dapat merobohkannya.


Kami sama-sama pekerja Allah, dan kamu ibarat ladang Allah. Kamu juga boleh diumpamakan sebagai bangunan Allah.


Jika perjanjian yang membawa kepada kematian, iaitu yang terukir hurufnya pada loh-loh batu, diturunkan dari kemuliaan wajah Musa sehingga bangsa Israel tidak dapat memandang wajahnya, walaupun ketika itu sinarnya sudah mulai malap;


Dan Dia ialah Kepala kepada tubuh iaitu jemaah; Dia adalah permulaan, anak sulung yang bangkit daripada kematian, supaya dalam segalanya Dialah yang terutama.


Tetapi kita melihat Yesus, yang dijadikan rendah sedikit daripada malaikat, dimahkotakan dengan kemuliaan dan kehormatan kerana telah menderita kematian; supaya Dia, dengan kasih kurnia Allah, mengalami kematian untuk setiap manusia.


Setiap rumah ada pembinanya, tetapi Dia yang membina segalanya ialah Allah.


Tetapi Kristus setia sebagai Anak ke atas seisi rumah-Nya. Kita adalah isi rumah-Nya jika kita berpegang teguh pada kebahagiaan harapan ini hingga ke akhir.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan