Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 3:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Dengan demikian, saudara-saudara yang salih, yang juga mendapat bahagian dalam panggilan dari syurga, fikirkanlah Rasul dan Imam Besar yang kita akui, Yesus Kristus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

1 MAKA sŭbab itu, hie saudara saudaraku yang suchi, dan yang tŭlah bŭrulih jŭmputan yang deri shorga, bahwa timbang mŭnimbang deri hal rasul, dan imam yang bŭsar yang tŭlah kami akui iya itu Isa Almasih.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Saudara-saudara Kristian yang dipanggil oleh Allah! Cuba fikirkan sedalam-dalamnya hal ini: Yesus diutus oleh Allah untuk menjadi Imam Agung bagi kepercayaan yang kita anut.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Saudara-saudara Kristian yang dipanggil oleh Allah! Cuba fikirkan sedalam-dalamnya hal ini: Yesus diutus oleh Allah untuk menjadi Imam Agung bagi kepercayaan yang kita anut.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 3:1
63 Iomraidhean Croise  

TUHAN telah bersumpah dan tidak akan mungkir: “Engkau menjadi imam untuk selama-lamanya, menurut peraturan Melkisedek.”


Lembu mengenal pemiliknya dan keldai mengenal tuan pemilik kandangnya, tetapi Israel tidak tahu; umat-Ku tidak faham.”


supaya orang dapat melihat dan mengetahui, memperhatikan dan memahami bersama-sama, bahawa tangan TUHAN telah membuat hal itu, dan Yang Maha Suci, Allah Israel, telah menciptakannya.”


Kecapi, gambus, rebana, seruling, dan air anggur ada dalam jamuan-jamuan mereka, tetapi mereka tidak mengendahkan pekerjaan TUHAN ataupun memperhatikan perbuatan tangan-Nya.


Oleh itu, wahai anak manusia, pada siang hari siapkanlah di hadapan mata mereka barang-barangmu seperti barang-barang seorang buangan, lalu di hadapan mata mereka pula pergilah dari tempatmu ke tempat yang lain seperti seorang buangan. Barangkali mereka akan menyedari bahawa mereka ialah keturunan kaum yang derhaka.


Kerana dia sedar dan bertaubat daripada segala pelanggaran yang dilakukannya, maka dia pasti hidup. Dia tidak akan mati.


Lalu, beginilah firman TUHAN alam semesta: Perhatikanlah keadaanmu!


“Maka sekarang, perhatikanlah bagaimana keadaan kamu mulai hari ini dan selanjutnya sebelum orang meletakkan batu demi batu untuk pembinaan Bait TUHAN!


Inilah hidup kekal, iaitu mereka mengenal-Mu sebagai satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang Kauutus.


Yesus berkata lagi kepada mereka, “Damai sejahtera kepada kamu! Sebagaimana Bapa mengutus-Ku, begitulah Aku mengutusmu.”


Setelah itu, Dia berkata kepada Tomas, “Hulurkan jarimu di sini, dan lihatlah tangan-Ku. Hulurkan tanganmu dan masukkannya ke dalam rusuk-Ku. Jangan ragu-ragu lagi. Percayalah.”


Pada masa itu Petrus berdiri dalam kalangan murid Yesus (kesemuanya yang berhimpun kira-kira seratus dua puluh orang) lalu berkata,


Andainya beberapa cabang itu dipatahkan dan kamu, walaupun pucuk zaitun liar, dicantumkan lalu berkongsi akar dengan pokok zaitun yang subur itu,


Ini dilakukan mereka dengan rela hati, malah mereka menganggapnya suatu kewajipan; kerana jika bangsa-bangsa lain telah mendapat bahagian bersama orang Yahudi dalam hal-hal rohani, maka seharusnyalah mereka berbakti kepada orang Yahudi dalam hal-hal lahiriah.


Sekarang aku berkata kepadamu bahawa Yesus Kristus telah menjadi hamba kepada umat yang bersunat demi kebenaran Allah, untuk meneguhkan janji yang telah dibuat kepada nenek moyang kita,


justeru kita, yang telah dipanggil-Nya, bukan hanya daripada kalangan orang Yahudi tetapi juga daripada kalangan bangsa asing?


Kepada jemaah Allah di Korintus, yang telah disucikan dalam Kristus Yesus, dan yang telah dipanggil untuk menjadi orang salih bersama semua orang di mana jua, yang berseru kepada nama Tuhan kita Yesus Kristus, Tuhan mereka dan Tuhan kita juga.


Walaupun kita ramai, kita semua merupakan satu tubuh, kerana kita makan roti yang satu itu bersama-sama.


Aku melakukan semua ini untuk Injil, semoga aku juga turut mendapat berkatnya.


Kami tetap menaruh harapan tentang kamu, kerana kami tahu, jika kamu mengalami penderitaan seperti yang kami alami, maka kamu juga akan menerima penghiburan seperti yang kami terima.


Melalui pekerjaan mulia ini, kamu membuktikan imanmu dan mereka memuliakan Allah kerana melihat kesetiaan pengakuanmu terhadap Injil Kristus serta kemurahan hati yang kamu tunjukkan dengan pemberian kepada mereka dan semua orang.


bahawa bangsa-bangsa asing sama-sama menjadi waris, satu tubuh, dan sama-sama mendapat bahagian daripada perjanjian Allah dalam Kristus Yesus melalui Injil.


Oleh itu aku, yang terpenjara kerana Tuhan, merayu agar kamu, sebagai orang yang telah dipanggil, hiduplah berpadanan dengan panggilan itu.


Kamu hendaklah satu tubuh dan satu Roh — sebagaimana kamu telah dipanggil dengan satu harapan panggilan itu —


aku terus berusaha ke arah matlamat mendapatkan ganjaran, iaitu panggilan Allah ke syurga dalam Kristus Yesus.


Kita mengucapkan syukur kepada Bapa kita yang telah melayakkan kita menerima sebahagian warisan orang yang salih dalam cahaya.


Akan tetapi, sekarang Allah telah mendamaikan kamu dengan diri-Nya melalui kematian tubuh Anak-Nya, supaya Dia dapat memperhadapkan kamu sebagai orang suci, yang tidak bercela dan tidak bersalah di hadapan-Nya —


Sebagai orang pilihan Allah yang suci dan amat dikasihi-Nya kamu haruslah bersifat belas kasih, baik budi, rendah hati, lemah lembut dan sabar.


supaya kamu hidup dengan cara yang diredai Allah yang memanggilmu ke dalam kerajaan-Nya serta kemuliaan-Nya.


Dengan nama Tuhan aku menyeru kamu supaya membacakan surat ini kepada semua saudara seiman.


Oleh itu, kami sentiasa berdoa untukmu supaya Allah kita menganggapmu layak dipanggil, dan supaya Dia memenuhi segala hasratmu berbuat baik untuk-Nya serta menyempurnakan segala usaha imanmu dengan kuasa-Nya.


Allah memanggil kamu melalui Injil yang kami sampaikan kepadamu, supaya mendapat kemuliaan Tuhan kita Yesus Kristus.


Berjuanglah dalam perjuangan iman yang benar. Berpegang teguhlah kepada hidup kekal; kepada hidup itulah kamu telah dipanggil ketika kamu membuat pengakuan yang benar di hadapan saksi yang ramai.


Apabila tuan mereka seorang beriman, mereka tidak harus memandang ringan kepadanya malah harus melayannya dengan lebih baik lagi, kerana yang mendapat manfaat layanan mereka itu saudara seiman yang dikasihi. Hal-hal ini harus kamu ajarkan dan sampaikan sebagai nasihat.


Allah menyelamatkan kita dan memanggil kita untuk hidup suci, bukanlah kerana amalan yang telah kita lakukan, tetapi kerana tujuan dan kasih kurnia-Nya yang telah dianugerahkan-Nya kepada kita dalam Kristus Yesus sebelum permulaan zaman.


Fikirkan kata-kataku kerana Tuhan akan mengurniaimu pengertian dalam semua perkara.


Oleh itu, saudara-saudara, kita telah mempunyai keberanian untuk masuk ke Tempat Yang Maha Suci melalui darah Yesus,


Kita mempunyai Imam Besar di atas isi Rumah Allah.


Marilah kita berpegang teguh pada pengakuan harapan kita tanpa berganjak, kerana Dia yang berjanji sentiasa setia.


Aku merayu kepadamu, saudara-saudara, dengarlah nasihatku ini dengan sabar, kerana aku menulis ringkas sahaja kepadamu.


Dia yang menyucikan dan mereka yang disucikan adalah satu asalnya. Oleh itu, Dia tidak malu memanggil mereka saudara-saudara.


Dengan demikian, dalam segala hal Dia harus disamakan dengan saudara-saudara-Nya, supaya Dia menjadi Imam Besar yang berpengasihan dan setia dalam segala yang berkenaan dengan Allah, untuk menebus dosa umat manusia.


Awaslah, saudara-saudara, jangan ada dalam diri seorang pun daripadamu hati durjana yang tidak beriman lalu berpaling daripada Allah yang hidup.


Kita telah mendapat bahagian dalam Kristus jika kita berpegang kepada keyakinan kita yang kita miliki dari mula-mulanya hingga ke akhir,


Di situ perintis jalan telah masuk untuk kita, iaitu Yesus, yang telah menjadi Imam Besar untuk selama-lamanya menurut peraturan Melkisedek.


Demikianlah Imam Besar yang sesuai bagi kita. Dia suci, tidak bercela, tidak tercemar, terasing daripada orang berdosa, dan telah dijadikan lebih tinggi daripada isi syurga;


Hukum Taurat melantik manusia biasa dengan segala kelemahannya untuk menjadi imam besar. Tetapi firman dan sumpah Allah, yang datang selepas hukum Taurat, melantik Anak yang telah disempurnakan untuk selama-lamanya.


Tetapi Kristus datang sebagai Imam Besar bagi perkara-perkara baik yang akan datang, dengan khemah yang lebih besar dan lebih sempurna, yang bukan buatan manusia, bukan sebahagian daripada kejadian alam.


Itulah sebabnya Dia menjadi Pengantara bagi perjanjian baru, melalui kematian, untuk menebus kesalahan di bawah perjanjian pertama, supaya mereka yang dipanggil dapat menerima janji warisan yang kekal.


Tetapi kamu umat terpilih, para imam raja, bangsa suci, umat-Nya sendiri, yang dipilih untuk mengisytiharkan puji-pujian bagi Dia yang telah memanggilmu daripada kegelapan kepada cahaya-Nya yang gemilang.


Demikianlah hiasan perempuan zaman dahulu yang salih dan berharap pada Allah. Mereka berserah kepada suami,


Kepada tua-tua jemaah dalam kalanganmu, kutujukan pesanan ini. Aku, sebagai seorang tua-tua juga yang telah menyaksikan penderitaan Kristus dan yang akan turut dimuliakan apabila kemuliaan-Nya ternyata, menyerumu:


Tetapi setelah kamu menderita beberapa waktu, Allah, sumber segala kasih kurnia, yang telah memanggil kamu dalam Kristus untuk turut menikmati kemuliaan-Nya yang kekal, akan menyempurnakan, menegakkan, mengukuhkan dan menenteramkan kamu.


Kami memberitahumu apa yang telah kami lihat dan dengar, supaya kamu juga dapat bersaudara dengan kami. Sesungguhnya, kami hidup dalam keakraban dengan Bapa dan Anak-Nya Yesus Kristus.


Surat ini daripada Yudas, hamba Yesus Kristus dan saudara Yakobus, Untuk tatapan mereka yang telah dipanggil dan dikasihi oleh Allah Bapa serta dilindungi oleh Yesus Kristus:


Mereka akan memerangi Anak Domba, dan Anak Domba akan menumpaskan mereka, kerana Dialah Tuan segala tuan dan Raja segala raja. Orang yang dipanggil, dipilih serta setia ada bersama Dia.”


Bergembiralah melihat keadaannya, wahai syurga dan sekalian orang salih, para rasul serta nabi yang suci, kerana Allah telah menghukumnya kerana perbuatannya terhadapmu!


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan