Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 2:8 - Alkitab Versi Borneo

8 dan Engkau meletakkan segala-galanya tertakluk di bawah kakinya.” Dengan meletakkan segalanya tertakluk di bawahnya, Allah tidak meninggalkan suatu apa pun di luar kekuasaannya. Tetapi sekarang kita masih belum melihat segala-galanya diletakkan di bawahnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

8 Angkau tŭlah mŭna’lokkan sŭmŭsta skalian dibawah kakinya; adapun tŭtkala iya mŭna’lokkan skalian kabawahnya, maka tiadalah ditinggalkannya barang apa yang tiada dita’lokkannya dibawah prentahnya; akan tŭtapi skarang bŭlomlah kami mŭlihat skalian itupun tŭrta’lok kabawahnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 serta menjadikan manusia penguasa atas segala sesuatu.” Ayat itu mengatakan bahawa Allah menjadikan manusia “penguasa atas segala sesuatu”; hal itu bererti tiada suatu pun yang tidak dikuasai oleh manusia. Tetapi sekarang kita tidak melihat manusia berkuasa atas segala sesuatu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 serta menjadikan manusia penguasa atas segala sesuatu.” Ayat itu mengatakan bahawa Allah menjadikan manusia “penguasa atas segala sesuatu”; hal itu bererti tiada suatu pun yang tidak dikuasai oleh manusia. Tetapi sekarang kita tidak melihat manusia berkuasa atas segala sesuatu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 2:8
19 Iomraidhean Croise  

“Aku telah menabalkan Raja-Ku di atas Sion, bukit suci-Ku.”


Engkau telah memberinya kekuasaan atas seluruh ciptaan-Mu; Engkau telah menaklukkan segala sesuatu di bawah kakinya:


Lalu dikurniakan kepada-Nya kekuasaan, kemuliaan, dan kedaulatan, sehingga semua orang daripada segala suku, bangsa, dan bahasa beribadat kepada-Nya. Kekuasaan-Nya ialah kekuasaan kekal yang tidak akan lenyap dan kerajaan-Nya tidak akan binasa.


Yesus datang dan berkata kepada mereka, “Segala kekuasaan telah diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi.


Yesus tahu bahawa Bapa telah menyerahkan segala perkara kepada-Nya; bahawa Dia datang daripada Allah dan akan pulang kepada-Nya.


Bapa kasih akan Anak-Nya dan telah meletakkan segala-galanya di bawah kuasa Anak-Nya.


Segala sesuatu telah ditaklukkan oleh Allah di bawah kaki Kristus. Apabila dikatakan bahawa “segala sesuatu telah ditaklukkan” jelaslah bahawa Allah, yang membuat segala sesuatu itu takluk kepada Kristus, tidak turut ditaklukkan.


Tetapi kepada malaikat manakah Allah pernah berfirman: “Duduklah di sebelah kanan-Ku, sehingga Aku menjadikan musuh-Mu alas kaki-Mu”?


Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya, yang telah dijadikan-Nya pewaris kepada segala-galanya; melalui Anak-Nya itu Allah telah mencipta alam semesta.


Dia tidak meletakkan dunia akan datang, yang kita perkatakan ini, di bawah takluk para malaikat.


Dia telah pergi ke syurga dan sekarang berada di kanan Allah. Para malaikat, penguasa dan pemerintah telah diletakkan di bawah-Nya.


Akulah Dia yang hidup. Aku pernah mati, tetapi lihatlah, Aku hidup selama-lamanya. Aku memegang anak kunci kematian dan alam maut.


dan daripada Yesus Kristus, Saksi Setia. Dialah yang pertama dibangkitkan daripada kalangan orang mati dan Dialah Raja kepada sekalian raja dunia. Yesus mengasihi kita, maka Dia membebaskan kita daripada segala dosa kita dengan darah-Nya


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan