Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 2:3 - Alkitab Versi Borneo

3 bagaimana kita mungkin terlepas daripadanya jika kita mengabaikan penyelamatan yang sedemikian besar? Pada mulanya Tuhan telah menyebutkannya, dan kemudian orang yang telah mendengar kata-kata-Nya itu turut mengesahkannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Maka bŭtapakah kŭlak kami bulih tŭrlŭpas, jikalau kami laliekan akan slamat kŭkal yang sŭbŭsar itu, yang pada mulanya tŭlah dikatakan ulih Tuhan, dan yang ditŭtapkan kapada kami ulih orang orang yang mŭnŭngar akan dia itu;

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Oleh itu, bagaimanakah kita boleh selamat, jika kita tidak mempedulikan penyelamatan yang agung itu? Tuhan sendirilah yang pertama sekali mengisytiharkan penyelamatan itu, dan orang yang mendengarnya sudah membuktikan kebenarannya kepada kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Oleh itu, bagaimanakah kita boleh selamat, jika kita tidak mempedulikan penyelamatan yang agung itu? Tuhan sendirilah yang pertama sekali mengisytiharkan penyelamatan itu, dan orang yang mendengarnya sudah membuktikan kebenarannya kepada kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 2:3
42 Iomraidhean Croise  

Sesungguhnya, Allah ialah penyelamatanku. Aku percaya dan tidak gentar, kerana TUHAN ALLAH sajalah, kekuatanku dan puji-pujianku. Dia telah menjadi penyelamatanku.”


Pada waktu itu penduduk pesisir ini akan berkata, ‘Lihat, begitulah jadinya pihak yang amat kita percayai, tempat kita berlari meminta tolong supaya diselamatkan daripada raja Asyur! Bagaimanakah mungkin kita terselamat?’ ”


Perbenaran daripada-Ku sudah dekat, penyelamatan daripada-Ku sudah terbit, dan tangan-Ku akan menghakimi bangsa-bangsa. Pulau-pulau menantikan Aku, mereka mengharapkan tindakan tangan-Ku.


kerana gegat akan memakan mereka seperti pakaian dan gegat akan memakan mereka seperti bulu domba, tetapi perbenaran daripada-Ku kekal adanya dan penyelamatan daripada-Ku tetap turun-temurun.”


Sesungguhnya, TUHAN telah mengkhabarkan sampai ke hujung bumi, “Katakanlah kepada puteri Sion, ‘Lihat, Penyelamatmu datang! Lihat, pahala-Nya dibawa-Nya bersama-sama dan ganjaran-Nya ada di hadapan-Nya.’ ”


Tetapi raja Yehuda memberontak melawannya dan mengirim utusannya ke Mesir supaya dia diberi kuda serta pasukan yang besar. Adakah dia akan berjaya? Adakah orang yang berbuat demikian dapat menyelamatkan diri? Adakah dia yang mengingkari perjanjian dapat menyelamatkan diri?


Dia telah meremehkan sumpah dengan mengingkari perjanjian. Sekalipun dia meneguhkan segala hal itu dengan berjabat tangan, dia tetap melakukan hal-hal ini, dan dia tidak akan selamat.’


Hai kamu ular, bahkan kamu bagaikan ular kapak berbisa! Bagaimana kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman neraka?


Yesus pun mula menyampaikan perkhabaran-Nya, “Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!”


Setelah Yohanes dipenjarakan, Yesus pergi ke Galilea lalu mengkhabarkan Injil daripada Allah.


sebagaimana yang diberitahu kepada kita oleh saksi-saksi pertama dan pemberita Firman dari awalnya.


Dia telah mengurniai kita seorang Penyelamat yang berkuasa, seorang daripada keturunan hamba-Nya, Daud.


Yesus berkata, “Apakah yang telah berlaku?” Mereka menjawab, “Segala perkara yang berlaku kepada Yesus, orang Nazaret. Dia seorang nabi. Di hadapan Allah dan pada pandangan orang, Dia berkuasa dalam apa yang dikatakan dan dilakukan-Nya.


Kamu juga akan bersaksi tentang-Ku, kerana kamu semua bersama-Ku dari mula lagi.


dari masa Yesus dibaptiskan oleh Yohanes sampailah ke hari Dia diangkat naik daripada kalangan kita, seorang daripada mereka haruslah menjadi saksi di samping kita tentang kebangkitan-Nya.”


Saudara-saudara orang Israel, dengarlah kata-kata ini: Yesus orang Nazaret itu seorang Manusia yang dipersaksikan oleh Allah kepadamu dengan mukjizat, keajaiban dan tanda yang dilakukan Allah melalui-Nya dalam kalangan kamu. Kamu sendiri tahu tentang hal itu.


Tiadalah penyelamatan melalui sesiapa yang lain, kerana tiada nama lain di bawah langit ini diberikan dalam kalangan manusia, yang dapat menyelamatkan kita.”


dengan harapan dapat menimbulkan iri hati bangsaku sendiri dan menyelamatkan sesetengah mereka.


Wahai manusia, apabila kamu menghakimi orang yang mengamalkan perkara demikian sedangkan kamu sendiri melakukannya juga, adakah kamu sangka kamu akan terlepas daripada hukuman Allah?


Oleh sebab kebijaksanaan Allah, Dia telah menetapkan bahawa dunia tidak mungkin mengenal-Nya dengan kebijaksanaan sendiri. Allah berkenan menyelamatkan orang yang beriman kepada-Nya melalui berita yang kami khabarkan, yang dianggap sebagai kebodohan.


Ketika orang berkata, “Segalanya aman tenteram,” maka ketika itulah mereka akan ditimpa kebinasaan dalam sekelip mata, seperti seorang perempuan ditimpa rasa sakit semasa akan melahirkan anak. Tiada siapa pun dapat melepaskan diri.


Pernyataan ini benar dan harus diterima sepenuhnya: Kristus Yesus datang ke dunia untuk menyelamatkan orang yang berdosa — akulah orang yang paling berdosa.


Hal ini demikian kerana kasih kurnia Allah yang menyelamatkan seluruh umat manusia telah nyata.


Allah telah berfirman pada pelbagai zaman dan dengan aneka cara kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi.


Bukankah semua malaikat itu roh-roh pelayan yang dihantar untuk melayani manusia yang akan mewarisi penyelamatan?


Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya, yang telah dijadikan-Nya pewaris kepada segala-galanya; melalui Anak-Nya itu Allah telah mencipta alam semesta.


Jangan sekali-kali kamu ingkar kepada Dia yang bersuara. Mereka yang ingkar kepada Dia yang bersuara di bumi tidak dapat lari daripada kebinasaan. Lebih-lebih lagi dengan kita, jika kita berpaling daripada Dia yang bersuara dari syurga.


Dengan demikian, oleh sebab janji untuk masuk ke dalam peristirahatan-Nya tetap wujud, kita haruslah bimbang kalau-kalau ada di antaramu yang dikira tidak layak.


Jadi, marilah kita berusaha untuk masuk ke dalam peristirahatan itu, supaya jangan ada yang gagal kerana mengikut contoh mereka yang ingkar.


Setelah Dia dijadikan sempurna, Dia menjadi sumber penyelamatan yang kekal bagi semua yang mematuhi-Nya.


begitulah Kristus telah dikorbankan sekali untuk dosa semua manusia. Kepada mereka yang menunggu-Nya dengan penuh pengharapan, Dia akan datang bagi kali kedua, bukan untuk menanggung dosa tetapi untuk menyelamatkan mereka.


Apa yang telah wujud sejak mulanya, yang telah kami dengar, yang telah kami lihat, dan yang telah kami sentuh dengan tangan — itulah yang kami beritakan tentang Firman yang memberi hidup.


Namun demikian, saudara-saudaraku yang dikasihi, ingatlah kata-kata para rasul Tuhan kita Yesus Kristus.


Mereka berseru dengan lantang, “Penyelamatan ada pada Allah kami yang bersemayam di atas takhta dan pada Anak Domba!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan