Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 2:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Jika firman yang disampaikan melalui para malaikat terbukti benar, dan setiap pelanggaran serta keingkaran mendapat balasan yang setimpal,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Kŭrna jikalau fŭrman yang dikatakan ulih mŭliekat mŭliekat itu tŭgoh adanya, dan tiap tiap kŭsalahan, dan dŭrhaka itu dibalas dŭngan pŭmbalasan yang adil,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Perkhabaran yang disampaikan oleh para malaikat kepada nenek moyang kita sudah terbukti benar, dan orang yang tidak menurutinya atau mentaatinya sudah menerima hukuman yang setimpal.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Perkhabaran yang disampaikan oleh para malaikat kepada nenek moyang kita sudah terbukti benar, dan orang yang tidak menurutinya atau mentaatinya sudah menerima hukuman yang setimpal.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 2:2
29 Iomraidhean Croise  

Allah memiliki dua puluh ribu pedati malah ribuan ribu; datangnya Tuhan ke Sinai, ke tempat suci.


Akan tetapi, sementara daging masih dikunyah oleh mereka dan belum ditelan, menyalalah kemurkaan TUHAN terhadap bangsa itu. TUHAN mengazab mereka dengan wabak yang amat besar.


Mereka yang mati kerana wabak itu sejumlah 14,700 orang semuanya, belum termasuk orang yang mati dalam hal kemungkaran Korah.


Kemudian TUHAN melepaskan ular-ular berbisa ke tengah-tengah bangsa itu. Ular-ular itu memagut umat itu sehingga banyak rakyat Israel yang mati.


Orang Israel yang mati kerana wabak itu seramai dua puluh empat ribu orang semuanya.


Kamu telah menerima Taurat Allah yang disampaikan oleh malaikat, tetapi kamu tidak mematuhinya.”


Kalau begitu, apakah tujuan hukum Taurat? Hukum itu ditambahkan kerana pelanggaran manusia. Hukum itu berterusan sehingga datangnya Benih yang dijanjikan itu, dan hukum itu diberikan melalui malaikat oleh seorang pengantara.


Orang yang semberono dan tidak mendengar kata-kata imam yang bertugas di sana sebagai pelayan TUHAN, Allahmu, atau kata-kata hakim itu, harus dihukum mati. Demikianlah harus kausingkirkan yang jahat itu daripada kalangan orang Israel.


Seandainya dalam kalangan kamu, didapati seorang lelaki atau perempuan yang melakukan sesuatu yang jahat di mata TUHAN, Allahmu di salah sebuah kota yang dikurniakan TUHAN, Allahmu, kepadamu yakni dia melanggar perjanjian-Nya


maka hendaklah lelaki atau perempuan yang telah melakukan hal yang jahat itu dibawa ke pintu gerbang dan harus kaurejam dengan batu sampai mati.


‘Terlaknatlah orang yang tidak menegakkan perkataan hukum Taurat ini dengan melaksanakannya.’ Lalu seluruh bangsa itu harus berkata, ‘Amin!’


Semoga pengajaranku menitik seperti hujan dan perkataanku menitis ke atas rumput muda, bagai hujan lebat ke atas tumbuh-tumbuhan.


Allah telah berfirman pada pelbagai zaman dan dengan aneka cara kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi.


Sesiapa yang menolak hukum Musa mati tanpa belas kasihan atas kesaksian dua atau tiga orang saksi.


Oleh itu, janganlah buangkan keyakinanmu, yang akan diberikan ganjaran besar.


Baginya celaan yang ditanggung Kristus lebih berharga daripada seluruh kekayaan Mesir; kerana dia berharap mendapat ganjaran.


Tetapi tanpa iman, mustahil didapati keredaan-Nya. Sesiapa yang datang kepada Allah mestilah beriman bahawa Allah wujud dan Dia memberikan ganjaran kepada mereka yang berusaha untuk mencari-Nya.


Jangan sekali-kali kamu ingkar kepada Dia yang bersuara. Mereka yang ingkar kepada Dia yang bersuara di bumi tidak dapat lari daripada kebinasaan. Lebih-lebih lagi dengan kita, jika kita berpaling daripada Dia yang bersuara dari syurga.


Dengan demikian, kata-kata nubuat yang ada pada kami menjadi lebih jelas. Terimalah kata-kata nubuat ini seperti lampu yang bersinar di tempat gelap, hingga fajar menyingsing dan bintang pagi terbit dalam hatimu.


Sungguhpun kamu sudah maklum segalanya, aku ingin mengingatkanmu bahawa Tuhan telah menyelamatkan umat Israel dari negeri Mesir dan kemudiannya memusnahkan mereka yang tidak percaya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan