Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 11:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Melalui iman kita mengerti bahawa semesta alam dibentuk dengan firman Allah. Nyatalah bahawa segala yang dilihat sekarang tidak dicipta daripada benda yang dapat dilihat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Kŭrna dŭngan iman itulah juga kita mŭngatahui, bahwa sagala alam ini diatorkan dŭngan pŭrkataan Allah, maka dŭmkianlah barang pŭrkara yang klihatan itu, bukannya dijadikan deripada barang pŭrkara yang nyata.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Kerana beriman, kita mengerti bahawa alam ini diciptakan oleh firman Allah, maka apa yang dapat dilihat dijadikan daripada apa yang tidak dapat dilihat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Kerana beriman, kita mengerti bahawa alam ini diciptakan oleh firman Allah, maka apa yang dapat dilihat dijadikan daripada apa yang tidak dapat dilihat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 11:3
17 Iomraidhean Croise  

Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi.


Dengan firman TUHAN langit telah dicipta, dan seluruh cakerawala dengan perintah-Nya.


Kerana Dia berfirman, lalu segalanya terjadi; Dia memberikan perintah, lalu segalanya teguh.


Layangkanlah pandang ke langit dan lihatlah: siapakah yang mencipta benda-benda itu? Dialah yang mengeluarkan cakerawala angkasa menurut jumlahnya dan menyebutkan nama kesemuanya. Kerana besar keperkasaan-Nya dan hebat kuasa-Nya, tidak ada satu pun yang hilang.


Beginilah harus kamu katakan kepada mereka, “Para tuhan yang tidak menjadikan langit dan bumi akan lenyap dari bumi serta dari kolong langit ini.”


Tetapi Dia yang menjadi Pusaka Yakub tidaklah demikian, kerana Dialah yang membentuk segala sesuatu, dan Israel ialah suku harta pusaka-Nya. TUHAN alam semesta, ialah nama-Nya.


Segala-galanya diciptakan melalui Dia. Daripada segala yang wujud, tiada suatu pun yang dicipta tanpa-Nya.


“Mengapa kamu berbuat begini? Kami manusia biasa seperti kamu sekalian! Kami datang membawa berita baik supaya kamu berhenti daripada pemujaan yang sia-sia ini dan datang kepada Allah yang hidup, yang menjadikan langit, bumi dan laut serta segala yang di dalamnya.


Allah yang menjadikan dunia dengan segala isinya ialah Tuhan langit dan bumi tidak tinggal di tempat sembahyang buatan manusia,


Sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, “Aku telah menjadikanmu bapa kepada beberapa banyak bangsa.” Abraham bapa kita di mata Allah. Dia beriman kepada Allah yang memberikan nyawa kepada yang mati dan menyeru yang tidak wujud menjadi wujud.


Kebijaksanaan yang kusampaikan itu kebijaksanaan daripada Allah, di luar pengetahuan manusia, yang telah diwujudkan-Nya untuk kemuliaan kita sebelum Dia mencipta dunia ini.


kerana segalanya telah disucikan dengan firman Allah dan doa.


Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya, yang telah dijadikan-Nya pewaris kepada segala-galanya; melalui Anak-Nya itu Allah telah mencipta alam semesta.


telah merasakan kebaikan firman Allah dan kuasa zaman akan datang,


Mereka sengaja melupakan bahawa dahulu Allah telah mencipta langit dan bumi dengan firman-Nya dan bumi dibentuk daripada air dan dengan air,


“Ya Tuhan, ya Allah kami! Hanya Engkau yang layak menerima kemuliaan, kehormatan dan kuasa, kerana Engkaulah yang mencipta segala-galanya, dan dengan kehendak-Mu segala-galanya wujud dan dicipta.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan