Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 10:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Tidaklah mungkin darah lembu jantan dan kambing dapat menghapuskan dosa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

4 Kŭrna mustahil adanya darah lŭmbu jantan atau kambing itu bulih mŭnghapuskan dosa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Darah lembu jantan dan darah kambing tidak dapat menghapuskan dosa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Darah lembu jantan dan darah kambing tidak dapat menghapuskan dosa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 10:4
19 Iomraidhean Croise  

Kalaulah Engkau bersukacita dengan korban, tentu kupersembahkan; Engkau tidak berkenan akan korban bakaran.


Sesiapa yang menyembelih lembu, dia juga seperti orang yang membunuh manusia. Sesiapa yang mengorbankan anak domba, dia seperti orang yang mematahkan leher anjing. Sesiapa yang memberikan persembahan bahan makanan, dia seperti orang yang mempersembahkan darah babi. Sesiapa yang mempersembahkan kemenyan, dia seperti orang yang memuja berhala. Ya, mereka yang memilih jalan mereka sendiri, jiwa mereka menyukai kejijikan mereka.


Untuk apa mereka membawa kemenyan dari Syeba bagi-Ku dan tebu wangi yang baik dari negeri yang jauh? Korban bakaranmu tidak Kuperkenan, korban sembelihanmu tidak menyenangkan bagi-Ku.”


Bawalah kata-kata penyesalan berserta kamu dan kembalilah kepada TUHAN. Katakanlah kepada-Nya, “Ampunkanlah segala kesalahan kami dan terimalah apa yang baik, maka kami akan mempersembahkan pujian seperti korban lembu jantan.


Sesungguhnya, Aku menghendaki kasih setia, bukan korban sembelihan, dan pengetahuan tentang Allah dan bukan korban bakaran.”


Mengasihi-Nya dengan sepenuh hati, dengan sepenuh fikiran, dengan sepenuh jiwa, dan dengan sepenuh kekuatan, serta mengasihi sesama manusia seperti diri sendiri, adalah lebih utama daripada segala korban persembahan dan korban bakaran.”


Pada keesokan harinya, Yohanes melihat Yesus berjalan ke arahnya lalu berseru, “Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat manusia!


Kerana inilah perjanjian-Ku dengan mereka ketika Aku menghapuskan dosa-dosa mereka.”


Hukum hanya bayang-bayang perkara baik yang akan datang, bukan hakikat perkara itu sendiri. Dengan demikian hukum itu sekali-kali tidak akan dapat menyempurnakan orang yang mempersembahkan korban-korban yang demikian itu tahun demi tahun.


Setiap imam berdiri dan beribadat setiap hari serta mempersembahkan berkali-kali korban yang serupa, yang sampai bila-bila pun tidak akan dapat menghapuskan dosa.


Mula-mula Dia berkata, “Korban dan persembahan bakaran, dan persembahan untuk menebus dosa, tidak Kauingini dan tidak Kauredai” (iaitu yang dipersembahkan menurut Hukum).


Ini melambangkan zaman ini, ketika persembahan dan korban dipersembahkan tetapi tidak menjadikan orang yang menjalankan ibadat itu sempurna dari segi hati nurani.


Kamu tahu bahawa Kristus dihantar untuk menghapuskan dosa umat manusia; dalam diri-Nya tiada dosa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan