Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 1:2 - Alkitab Versi Borneo

2 Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya, yang telah dijadikan-Nya pewaris kepada segala-galanya; melalui Anak-Nya itu Allah telah mencipta alam semesta.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Maka pada akhir zaman ini pun Tuhan tŭlah bŭrfŭrman pada kita ulih anaknya, yang tŭlah ditŭntukannya mŭnjadi warith atas sŭmŭsta skalian, maka ulihnya juga iya tŭlah mŭnjadikan sagala alam.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Tetapi pada zaman akhir ini Dia telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya. Melalui Anak-Nya inilah Allah menciptakan alam semesta. Allah sudah menetapkan bahawa Anak-Nya inilah yang berhak memiliki segala sesuatu pada akhirnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Tetapi pada zaman akhir ini Dia telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya. Melalui Anak-Nya inilah Allah menciptakan alam semesta. Allah sudah menetapkan bahawa Anak-Nya inilah yang berhak memiliki segala sesuatu pada akhirnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 1:2
70 Iomraidhean Croise  

Maka Yakub memanggil anak-anaknya dan berkata, “Berkumpullah kamu, aku akan memberitahu kepadamu apa yang akan terjadi kepada kamu pada kemudian hari.


Pada hari-hari terakhir, gunung tempat Bait TUHAN akan ditegakkan sebagai puncak semua gunung dan akan ditinggikan melebihi bukit-bukit. Semua bangsa akan berduyun-duyun ke sana.


Beginilah firman TUHAN, Penebusmu, yang membentuk engkau sejak dalam kandungan: “Akulah TUHAN, yang menjadikan segala sesuatu, yang secara bersendirian membentangkan langit, dan yang menghamparkan bumi. Siapakah yang mendampingi Aku?


Akulah yang menjadikan bumi dan menciptakan manusia di atasnya. Tangan-Ku sendirilah yang membentangkan langit, dan Aku memberikan perintah kepada seluruh cakerawala angkasanya.


Beginilah firman TUHAN, yang menciptakan langit – Dialah Allah yang membentuk bumi dan menjadikannya. Dialah yang mengukuhkannya. Dia menciptakannya bukan supaya kosong, melainkan membentuknya supaya dihuni – “Akulah TUHAN dan tidak ada yang lain!


Murka TUHAN yang menyala-nyala itu tidak akan surut sampai Dia selesai mengerjakan dan melaksanakan rancangan-rancangan hati-Nya. Pada hari-hari kemudian kamu akan mengerti hal itu.


Namun demikian, Aku akan memulihkan keadaan Moab pada kemudian hari,” demikianlah firman TUHAN. Sampai di sinilah penghukuman ke atas Moab.


Engkau akan maju menyerang umat-Ku Israel seperti awan yang menutupi bumi. Hal itu akan terjadi pada akhir zaman. Aku akan membawa engkau menyerang tanah-Ku, wahai Gog, supaya bangsa-bangsa mengenal Aku ketika Aku menyatakan kesucian-Ku melalui engkau di hadapan mata mereka.’


Aku datang untuk menjelaskan kepadamu apa yang akan kelak terjadi kepada bangsamu, kerana penglihatan ini berkenaan hari-hari pada masa depan.”


Akan tetapi, di syurga ada Allah yang sanggup menyingkapkan rahsia. Dia telah memberitahukan kepada Raja Nebukadnezar apa yang akan terjadi pada hari-hari yang akan datang. Inilah mimpi tuanku dan penglihatan yang didapati tuanku sewaktu tuanku berbaring di peraduan.


Setelah itu, orang Israel akan kembali dan mencari hadirat TUHAN, Allah mereka, serta Daud raja mereka. Pada hari-hari terakhir mereka akan datang dengan gementar kepada TUHAN dan restu-Nya.


Pada hari-hari terakhir gunung tempat Bait TUHAN akan ditegakkan sebagai puncak semua gunung dan akan ditinggikan melebihi bukit-bukit, dan orang akan berduyun-duyun ke sana.


Jadi, sekarang aku akan kembali kepada bangsaku. Tetapi marilah, akan kuberitahukan kepadamu apa yang akan dilakukan bangsa itu terhadap bangsamu pada kemudian hari.”


Musuh yang menanam lalang itu Iblis. Masa menuai ialah hari akhir dan para penuai itu malaikat.


Sedang Petrus berkata-kata, segumpal awan yang bersinar-sinar meliputi mereka. Dari awan itu kedengaran suara berkata, “Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan. Dengarlah kata-kata-Nya!”


Tetapi apabila para penyewa itu melihat anak tuan itu, mereka berkata sama sendiri, ‘Marilah kita bunuh warisnya, supaya dapat kita rampas harta pusakanya.’


Tetapi Yesus berdiam diri. Imam besar berkata kepada-Nya, “Demi Allah yang hidup, katakan kepada kami, adakah Kamu ini Kristus, Anak Allah?”


Yesus datang dan berkata kepada mereka, “Segala kekuasaan telah diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi.


Kemudian kedengaran suara dari syurga, “Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan.”


Inilah permulaan Injil tentang Yesus Kristus, Anak Allah,


Oleh yang demikian, kerana dia masih ada seorang anak yang amat dikasihinya, dia menghantarnya sebagai utusan terakhir, sambil berkata dalam hatinya, ‘Mereka akan menghormati anakku.’


Tetapi para penyewa ladang berkata sesama sendiri, ‘Ini warisnya. Mari kita bunuh dia, supaya harta warisannya menjadi milik kita.’


Dia berada di dunia, dan dunia telah dicipta melalui-Nya, namun manusia di dunia tidak mengenal-Nya.


Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita. Kita telah melihat kemuliaan-Nya sebagai Anak Tunggal yang datang daripada Bapa, penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran.


Segala-galanya diciptakan melalui Dia. Daripada segala yang wujud, tiada suatu pun yang dicipta tanpa-Nya.


Yesus tahu bahawa Bapa telah menyerahkan segala perkara kepada-Nya; bahawa Dia datang daripada Allah dan akan pulang kepada-Nya.


Jika Allah dimuliakan melalui Dia, Allah pun akan memuliakan Dia dalam diri-Nya segera.


Aku tidak lagi memanggilmu hamba, kerana hamba tidak tahu apa yang dilakukan oleh tuannya. Aku memanggilmu sahabat-sahabat-Ku, kerana segala perkara yang Kudengar daripada Bapa-Ku telah Kuberitahu kepadamu.


Segala milik Bapa-Ku milik-Ku juga. Maka itulah Kukatakan bahawa Dia akan menerima apa yang berasal daripada-Ku dan menyatakannya kepadamu.”


Engkau telah memberi Anak-Mu kekuasaan ke atas umat manusia, supaya Dia pun memberikan hidup kekal kepada setiap orang yang telah Kauserahkan kepada-Nya.


Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal.


Pada suatu hari tercetus pertengkaran antara sebilangan murid Yohanes dengan seorang Yahudi tentang istiadat penyucian.


Bapa sumber hidup, maka Dia menjadikan Anak-Nya juga sumber hidup.


Bapa telah memberikan kuasa menghakimi kepada Anak-Nya, kerana Dia itu Anak Manusia.


Kami tahu Allah berfirman kepada Musa. Orang itu, tiada siapa yang tahu dari mana Dia datang.”


Firman yang disampaikan Allah kepada bangsa Israel ialah firman yang mengkhabarkan kesejahteraan melalui Yesus Kristus, Tuhan semua manusia.


‘Bahawa akan berlaku pada akhir zaman, firman Allah, Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia. Anakmu lelaki perempuan akan bernubuat, Orang mudamu akan melihat penglihatan, Orang tuamu akan bermimpi.


namun dengan Roh Kudus, Dia telah diisytiharkan melalui kuasa yang besar sebagai Anak Allah, iaitu dengan kebangkitan-Nya daripada kematian. Dialah Yesus Kristus, Tuhan kita.


Jika kita anak, maka kita waris-waris Allah, waris bersama dengan Kristus, jika kita benar-benar berkongsi penderitaan-Nya supaya dapat berkongsi kemuliaan-Nya kelak.


Kebijaksanaan yang kusampaikan itu kebijaksanaan daripada Allah, di luar pengetahuan manusia, yang telah diwujudkan-Nya untuk kemuliaan kita sebelum Dia mencipta dunia ini.


namun bagi kita Allah ialah esa, Bapa yang mencipta segala-galanya, dan untuk Dialah kita hidup. Tuhan kita juga esa, iaitu Yesus Kristus. Segala-galanya dicipta melalui-Nya, dan kerana Dialah kita hidup.


Tetapi apabila sampai waktunya, Allah telah menghantar Anak-Nya, yang dilahirkan melalui seorang perempuan, di bawah hukum Taurat,


bahawa setelah sampai masa pelaksanaannya — Dia akan menyatukan segala sesuatu di bawah Kristus sebagai Kepala, baik yang di syurga mahupun yang di bumi.


dan menjelaskan kepada semua orang pelaksanaan rahsia itu, yang dari permulaan zaman telah terselindung dalam hati Allah yang menjadikan segala-galanya.


TUHAN, Allahmu, akan membangkitkan untukmu seorang nabi sepertiku daripada kalangan saudaramu. Dialah yang harus kamu dengar,


kerana aku tahu bahawa setelah aku mati, kamu akan berlaku sangat keji dan menyimpang dari jalan yang kuperintahkan kepadamu. Pada kemudian hari malapetaka akan menimpamu, kerana kamu akan melakukan apa yang jahat di mata TUHAN dan membangkitkan kemurkaan-Nya dengan perbuatan tanganmu.”


Dalam kesengsaraan kamu itu, ketika segala hal itu menimpamu pada kemudian hari, kamu akan kembali kepada TUHAN, Allahmu, dan akan mematuhi-Nya.


Kepada malaikat manakah Allah pernah berfirman: “Engkau Anak-Ku, pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu”? Dan juga: “Aku akan menjadi Bapa-Nya, dan Dia akan menjadi Anak-Ku”?


Tetapi tentang Anak itu Dia berfirman: “Takhta-Mu, ya Allah, kekal selama-lamanya; Tongkat kebenaran ialah tongkat kerajaan-Mu.


Melalui iman kita mengerti bahawa semesta alam dibentuk dengan firman Allah. Nyatalah bahawa segala yang dilihat sekarang tidak dicipta daripada benda yang dapat dilihat.


bagaimana kita mungkin terlepas daripadanya jika kita mengabaikan penyelamatan yang sedemikian besar? Pada mulanya Tuhan telah menyebutkannya, dan kemudian orang yang telah mendengar kata-kata-Nya itu turut mengesahkannya.


Tetapi Kristus setia sebagai Anak ke atas seisi rumah-Nya. Kita adalah isi rumah-Nya jika kita berpegang teguh pada kebahagiaan harapan ini hingga ke akhir.


Memandangkan kita mempunyai Imam Besar yang agung yang telah melalui syurga, iaitu Yesus Anak Allah, marilah kita berpegang teguh pada pengakuan kita.


Sungguhpun Dia Anak, namun Dia belajar taat melalui segala penderitaan-Nya.


Hukum Taurat melantik manusia biasa dengan segala kelemahannya untuk menjadi imam besar. Tetapi firman dan sumpah Allah, yang datang selepas hukum Taurat, melantik Anak yang telah disempurnakan untuk selama-lamanya.


Dia tidak mempunyai ibu bapa, tidak bersalasilah, tiada tarikh permulaan atau penghabisan hayatnya, tetapi seperti Anak Allah, dia terus-menerus menjadi imam.


Andainya demikian, terpaksalah Dia menderita berkali-kali sejak permulaan dunia. Dia tampil sekali sahaja, sewaktu akhir zaman ini, untuk menghapuskan dosa dengan mengorbankan diri-Nya.


Dia telah ditetapkan sebelum dunia dicipta, tetapi dinyatakan pada akhir zaman ini untukmu.


Pertama, kamu harus tahu bahawa para pencemuh akan muncul pada akhir zaman. Sambil berbuat sesuka hati memuaskan nafsu,


Mereka telah berkata kepadamu, “Pada akhir zaman nanti, orang akan tampil dan mengejek-ejekmu. Mereka itu orang yang menurut hawa nafsu yang mungkar.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan