Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Hosea 11:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Aku tidak akan melaksanakan murka-Ku yang menyala-nyala itu. Aku tidak akan membinasakan Efraim semula, kerana Aku Allah, bukan manusia; Yang Maha Suci, yang ada di tengah-tengah kamu. Aku tidak akan datang dengan murka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Aku tidak akan menghukum kamu apabila Aku murka; Aku tidak akan membinasakan Israel lagi, kerana Aku ini Allah dan bukan manusia. Aku, Yang Maha Suci menyertai kamu, Aku tidak akan murka kepada kamu lagi.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Aku tidak akan menghukum kamu apabila Aku murka; Aku tidak akan membinasakan Israel lagi, kerana Aku ini Allah dan bukan manusia. Aku, Yang Maha Suci menyertai kamu, Aku tidak akan murka kepada kamu lagi.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Hosea 11:9
30 Iomraidhean Croise  

Allah bukanlah manusia sehingga Dia berbohong, bukan anak manusia sehingga Dia menyesal dan berubah fikiran. Jika Dia berfirman, tidak akankah Dia lakukannya? Jika Dia berbicara, tidak akankah Dia laksanakannya?


Sungguh, Aku menyertai engkau,’ demikianlah firman TUHAN, ‘untuk menyelamatkan engkau. Aku akan memusnahkan segala bangsa tempat Aku mencerai-beraikan engkau, tetapi Aku tidak akan membinasakan engkau sama sekali. Meski demikian, Aku akan menghukum engkau dengan adil, dan tidak akan begitu sahaja membebaskan engkau daripada hukuman.’


Pekiklah dan bersorak-sorailah, wahai penduduk Sion, kerana Yang Maha Suci, Allah Israel, agung di tengah-tengahmu.”


“Aku TUHAN, dan Aku kekal tidak berubah, maka kamu, wahai bani Yakub, tidak dibinasakan.


“Aku akan menyembuhkan mereka daripada kemurtadan mereka, Aku akan mencintai mereka dengan sukarela, kerana murka-Ku telah surut daripada mereka.


Tetapi Amasa tidak memperhatikan pedang yang ada di tangan kiri Yoab. Lalu Yoab menikamkan pedang itu ke perutnya, sehingga isi perutnya terburai ke tanah. Yoab tidak perlu menikam Amasa lagi kerana dia sudah mati. Setelah itu, Yoab dan Abisai, adiknya, mengejar Seba anak Bikri.


Demi nama-Ku Aku menangguhkan murka-Ku dan demi kemasyhuran-Ku Aku menahannya daripadamu supaya engkau tidak Kulenyapkan.


Namun Dia, yang penuh belas kasihan; mengampunkan dosa mereka dan tidak memusnahkan mereka. Ya, berkali-kali Dia memalingkan kemarahan-Nya daripada mereka dan tidak membiarkan kemurkaan-Nya menyala.


Kata Abisai kepada Daud, “Pada hari ini Allah telah menyerahkan musuh tuan ke dalam tangan tuan. Sekarang, biarlah hamba tancapkan dia ke tanah dengan tombak ini dengan sekali tikam sahaja. Tidak perlulah hamba menyerangnya dua kali.”


Jangan biarkan satu apa pun daripada barang-barang yang dikhususkan untuk dimusnahkan itu melekat pada tanganmu. Dengan demikian TUHAN akan berpaling daripada kemurkaan-Nya yang menyala-nyala, menunjukkan belas kasihan-Nya kepadamu, menyayangi engkau, dan membuat engkau menjadi ramai, seperti yang telah Dia sumpah untuk memberikan kepada nenek moyangmu,


Allah berada di situ, kota itu tidak akan goyah; Allah akan membantunya ketika fajar menyingsing.


Oleh sebab itu seperti lidah api melahap tunggul jerami, dan seperti rumput kering habis dalam nyala api, demikian pula akar-akar mereka akan menjadi seperti barang busuk, dan bunga-bunga mereka berterbangan seperti debu, kerana mereka menolak hukum TUHAN alam semesta, dan menista firman Yang Maha Suci, Allah Israel.


Malangnya orang yang pergi ke Mesir untuk meminta tolong! Mereka bergantung pada kuda-kuda, mereka menaruh harapan pada rata yang begitu banyak dan pasukan berkuda yang begitu kuat; mereka tidak bersandar kepada Yang Maha Suci, Allah Israel, dan tidak mencari petunjuk TUHAN.


Jangan takut, wahai si ulat Yakub, wahai orang Israel. Aku akan menolong engkau,” demikianlah firman TUHAN, Penebusmu, Yang Maha Suci, Allah Israel.


Engkau akan menampi mereka, lalu angin akan menerbangkan mereka dan badai akan menghamburkan mereka. Engkau akan bergembira kerana TUHAN dan bermegah kerana Yang Maha Suci, Allah Israel.


Barangkali mereka mahu mendengar dan setiap orang mahu bertaubat daripada perilakunya yang jahat. Dengan demikian Aku akan menarik kembali malapetaka yang Kurancang terhadap mereka kerana perbuatan mereka yang jahat.


Pulihkanlah kami, ya Allah Penyelamat kami, dan padamkanlah kemarahan-Mu terhadap kami.


“Efraim menjadikan angin makanannya dan mengejar angin timur sepanjang hari. Mereka melipatgandakan kebohongan dan kemusnahan, mereka mengikat perjanjian dengan Asyur dan membawa minyak ke Mesir.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan