Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Filipi 4:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Segala yang kamu pelajari, terima, dengar dan lihat dalam diriku — lakukanlah. Maka Allah yang sumber segala damai sejahtera akan bersertamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

9 Maka barang pŭrkara pŭrkara yang tŭlah kamu pŭlajari, dan tŭlah trima, dan dŭngar, dan mŭlihat deri padaku, buatlah; bahwa Allah yang pohon slamat itu kŭlak bŭsŭrta dŭngan kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Lakukanlah apa yang telah kamu pelajari dan terima daripadaku, baik kata-kata mahupun perbuatanku. Allah yang mengurniai kita kesejahteraan akan menyertai kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Lakukanlah apa yang telah kamu pelajari dan terima daripadaku, baik kata-kata mahupun perbuatanku. Allah yang mengurniai kita kesejahteraan akan menyertai kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Filipi 4:9
36 Iomraidhean Croise  

Jangan takut, kerana Aku berserta denganmu. Jangan cemas, kerana Akulah Allahmu. Aku akan menguatkan, bahkan akan menolong engkau. Ya, Aku akan menopang engkau dengan tangan kanan-Ku yang penuh kebenaran.’


Susunkanlah rancangan, tetapi itu akan dibatalkan. Ajukanlah usul, tetapi itu tidak akan terlaksana, kerana Allah menyertai kami.”


“Seorang anak dara akan mengandung, dan melahirkan seorang anak lelaki, dan mereka akan menamai Dia Immanuel” yang bererti, Allah menyertai kita dalam bahasa Ibrani.


Ajarlah mereka supaya taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman.”


“Tidak semua orang yang memanggil-Ku, ‘Tuhan, Tuhan,’ akan memasuki kerajaan syurga, tetapi hanya mereka yang melaksanakan kehendak Bapa-Ku yang di syurga.


“Mengapakah kamu memanggil Aku, ‘Tuhan, Tuhan,’ tetapi tidak mematuhi perintah-Ku?


Yesus menjawab kepada mereka, “Ibu-Ku dan saudara-saudara-Ku ialah mereka yang mendengar firman Allah dan melaksanakannya.”


Sekiranya kamu mengerti hal ini dan melakukannya, diberkatilah kamu.


Kamu sahabat-sahabat-Ku jika kamu melaksanakan perintah yang telah Kuberikan.


Namun demikian, ibu Yesus berkata kepada pelayan-pelayan di majlis itu, “Buatlah apa sahaja yang disuruh-Nya.”


Bangkitlah, masuklah ke kota. Di sana engkau akan diberitahu apa yang harus kaubuat.”


Semoga Allah, sumber kesejahteraan, menyertai kamu semua. Amin.


Allah, sumber kesejahteraan, akan segera membuat Iblis hancur di bawah kakimu. Semoga kasih kurnia Tuhan kita Yesus Kristus menyertai kamu semua.


Setiap yang kamu lakukan, baik makan mahupun minum, lakukanlah untuk memuliakan Allah.


kerana Allah tidak menghendaki kekeliruan, tetapi kesejahteraan. Sebagaimana dalam semua jemaah orang salih,


Oleh itu, aku menyeru kamu, ikutlah teladanku.


Akhir kata, saudara-saudara seimanku, kuucapkan salam perpisahan dahulu. Berusahalah menjadi sempurna. Senangkan hati, bulatkan muafakat, hidup rukun damai; maka Allah sumber kasih dan damai sejahtera akan bersertamu.


Musa memanggil semua orang Israel dan berkata kepada mereka, “Dengarlah, wahai Israel, segala kanun dan peraturan yang kusampaikan kepadamu pada hari ini. Pelajarilah semua itu dan lakukanlah dengan setia.


Saudara-saudara, bersatulah menurut teladanku, dan perhatikan mereka yang hidup selaras dengan teladan yang kami berikan.


Dan sejahtera Allah yang melebihi pengertian manusia akan memelihara hati dan fikiranmu dalam Kristus Yesus.


Kamu mengikut teladan kami dan teladan Tuhan. Walaupun kamu banyak menanggung kesengsaraan, namun kamu menyambut khabar itu dengan sukacita yang datang daripada Roh Kudus.


Saudara-saudaraku, kamu telah mengikut teladan jemaah Allah di Yudea dalam Kristus Yesus. Kamu dianiaya oleh bangsamu sendiri, sebagaimana jemaah di Yudea dianiaya oleh orang Yahudi.


Semoga Allah damai sejahtera menyucikanmu dengan sempurna dan memelihara roh, jiwa dan jasadmu, agar tidak ada cacat cela ketika Tuhan kita Yesus Kristus datang kembali.


Kami mempunyai keyakinan dalam Tuhan tentang kamu, bahawa kamu sedang dan akan terus mengamalkan apa yang telah kami ajarkan kepadamu.


Semoga Tuhan bersama rohmu. Semoga kasih kurnia Allah menyertaimu.


Namun demikian, jangan tipu dirimu dengan hanya mendengar firman; lakukanlah firman itu.


Oleh itu, saudara-saudaraku, berusahalah lebih keras lagi untuk memastikan kekalnya panggilan dan pilihan Allah akan dirimu. Jika kamu melakukan segala ini, kamu tidak akan tersandung.


Kita menerima apa yang kita minta daripada-Nya kerana kita taat akan perintah-Nya dan melakukan apa yang diredai-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan