Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Filipi 4:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Dan aku meminta kepadamu juga, teman sejati, bantulah perempuan-perempuan ini yang telah berusaha bersamaku untuk Injil, juga dengan Klemen serta teman sekerjaku yang lain, yang nama-nama mereka ada dalam Kitab Hidup.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Danlagi kupohonkan pula kapadamu, taulanku yang bŭnar, maka tulonglah akan pŭrampuan pŭrampuan yang tŭlah bŭrlŭlah sŭrtaku dalam hal Injil; danlagi Klemen pun, dan bŭsŭrta yang lain lain pun, yang sama bŭrlŭlah dŭngan aku, yang ada tŭrsŭbut namanya didalam kitab hayat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Rakanku yang setia, aku ingin kamu menolong kedua-dua orang wanita itu. Mereka sudah bekerja keras bersama-sama aku untuk mengkhabarkan Berita Baik, sama seperti Klemen dan semua orang lain yang bekerja bersama dengan aku. Nama mereka tertulis di dalam kitab Allah yang mengandungi nama orang yang memiliki hidup sejati.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Rakanku yang setia, aku ingin kamu menolong kedua-dua orang wanita itu. Mereka sudah bekerja keras bersama-sama aku untuk mengkhabarkan Berita Baik, sama seperti Klemen dan semua orang lain yang bekerja bersama dengan aku. Nama mereka tertulis di dalam kitab Allah yang mengandungi nama orang yang memiliki hidup sejati.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Filipi 4:3
28 Iomraidhean Croise  

Biar mereka dipadamkan daripada buku orang yang hidup dan tidak tersurat bersama orang yang benar.


Semoga Engkau ampunkanlah dosa mereka itu, namun begitu, jika tidak, semoga dihapuskan sahaja namaku daripada kitab yang telah Kautulis nama para umat-Mu.”


Orang yang tersisa di Sion dan yang tertinggal di Yerusalem akan disebut suci, iaitu semua orang yang tercatat antara mereka yang hidup di Yerusalem.


Tangan-Ku akan melawan nabi-nabi yang menyampaikan penglihatan tipuan dan tenungan dusta. Mereka tidak akan masuk kumpulan umat-Ku, tidak akan tercatat dalam daftar keturunan kaum Israel, dan tidak akan masuk ke Tanah Israel. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah Tuhan ALLAH.


“Pada waktu itu akan muncul Mikhail, malaikat penjaga yang besar, yang bertugas mengawasi anak-anak bangsamu. Akan ada masa kesesakan yang belum pernah terjadi sejak permulaan bangsa itu sehingga waktu itu. Tetapi pada waktu itu bangsamu sendiri, yakni semua orang yang namanya tercatat dalam kitab itu akan terselamat.


Tetapi jangan kamu bersukacita kerana segala roh iblis menurut perintahmu tetapi bersukacitalah kerana namamu tercatat di syurga.”


Oleh itu, saudara-saudaraku, aku menyeru kepadamu, demi belas kasihan Allah, supaya mempersembahkan tubuh badanmu sebagai korban yang hidup, yang suci dan diterima oleh Allah; itulah ibadat yang wajar.


Sampaikan salamku kepada Trifena dan Trifosa, yang telah berpenat lelah dalam Tuhan. Salam kepada Persis yang kukasihi, yang juga telah bertungkus-lumus dalam Tuhan.


Salam kepada Urbanus, rakan seperjuangan kamu dalam Kristus, dan juga kepada Stakhis yang kukasihi.


Aku ingin memberitahumu, saudara-saudaraku, bahawa segala yang telah berlaku kepadaku sebenarnya semakin memajukan penyebaran Injil.


Mereka ini melakukannya dengan kasih, kerana tahu bahawa aku telah ditugaskan untuk mempertahankan Injil.


Cuma pastikanlah kelakuanmu selaras dengan Injil Kristus. Dengan demikian, sama ada aku datang menemuimu ataupun tidak, aku akan dapat mendengar tentangmu, bahawa kamu berdiri teguh dalam satu roh, berjuang bersama dengan satu hati untuk iman berdasarkan Injil,


kerana persahabatanmu dalam Injil dari mulanya hingga sekarang.


Wajarlah aku memikirkan demikian tentang kamu semua kerana kamu sentiasa dalam hatiku. Kamu juga turut mendapat kasih kurnia Allah bersamaku, baik dalam hal aku dipenjarakan ini mahupun dalam mempertahankan dan meneguhkan Injil.


Aku merayu kepada Euodia dan Sintikhe supaya bersatu hati dalam Tuhan.


Kamu telah mendengar juga daripada teman sekerja kami yang dikasihi, Epafras, yang menjadi hamba Kristus yang beriman bagi kami,


Binatang itu akan disembah oleh setiap orang di bumi yang sejak dunia dicipta namanya tidak tersenarai di dalam Kitab Hidup milik Anak Domba yang telah disembelih.


Binatang yang kamu lihat itu pernah wujud tetapi tidak wujud lagi dan akan keluar dari jurang yang tidak terduga dalamnya lalu menuju kebinasaan. Penghuni bumi yang tidak tersenarai namanya dalam Kitab Hidup dari permulaan dunia akan tercengang melihat binatang yang pernah wujud dan sekarang tidak wujud lagi tetapi kemudian akan muncul lagi.


Aku melihat orang mati, kecil dan besar, berdiri di hadapan takhta itu, dan kitab-kitab dibuka. Sebuah kitab lagi dibuka, iaitu Kitab Hidup. Orang mati itu dihakimi menurut perbuatan mereka, berdasarkan segala yang tersurat dalam kitab-kitab itu.


Sesiapa yang tidak tertulis namanya di dalam Kitab Hidup dicampakkan ke dalam lautan api.


Tiada sekali-kali masuk ke dalamnya sesuatu yang najis atau sesiapa yang melakukan perbuatan keji atau berdusta. Manusia yang masuk ke dalamnya hanyalah yang tersurat namanya di dalam Kitab Hidup Anak Domba.


Kepada yang menang akan dapat berpakaian putih seperti itu dan Aku tidak akan memadamkan nama mereka dari Kitab Hidup. Aku akan mengakui mereka sebagai milik-Ku di hadirat Bapa-Ku dan di hadapan para malaikat-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan