Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Filipi 4:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Oleh itu, saudara-saudaraku yang dikasihi dan dirindui, yang menjadi kebahagiaanku dan mahkotaku, berdirilah dengan teguh dalam Tuhan, wahai sekalian yang kusayangi!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

1 MAKA sŭbab itu saudara saudaraku yang kukasih, dan yang kurindui, dan kasukaanku, dan mahkotaku, maka dŭmkian handaklah kamu bŭrdiri dŭngan tŭgohnya bagie Tuhan, hie kŭkasihku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Oleh itu, saudara-saudaraku, demikianlah hendaknya kamu berdiri teguh dalam hidup yang bersatu dengan Tuhan. Aku sangat mengasihi dan sangat merindukan kamu! Kamu sungguh menggembirakan aku dan menyebabkan aku berasa bangga!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Oleh itu, saudara-saudaraku, demikianlah hendaknya kamu berdiri teguh dalam hidup yang bersatu dengan Tuhan. Aku sangat mengasihi dan sangat merindukan kamu! Kamu sungguh menggembirakan aku dan menyebabkan aku berasa bangga!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Filipi 4:1
35 Iomraidhean Croise  

Pastilah aku akan memikulnya di atas bahuku, aku akan mengenakannya seperti mahkota.


Mereka yang menyandarkan kepercayaan kepada TUHAN seperti Bukit Sion, yang tidak dapat diganjak dan tetap selama-lamanya.


Nantikanlah TUHAN; tabahkan dirimu, teguhkan hatimu. Ya, nantikanlah TUHAN!


Kamu akan dibenci oleh semua orang kerana nama-Ku. Tetapi sesiapa yang bertahan hingga ke akhir akan diselamatkan.


Yesus berkata kepada orang Yahudi yang percaya kepada-Nya, “Kalau kamu mengikut ajaran-Ku, kamu murid-Ku yang sejati.


Setelah dia sampai dan melihat kasih kurnia Allah itu, dia amat sukacita dan menggalakkan mereka semua supaya meneguhkan azam untuk tetap setia kepada Tuhan dengan sepenuh hati.


Di sana mereka menguatkan hati para murid Yesus dan mengingatkan mereka supaya berpegang teguh pada kepercayaan mereka, katanya, “Memang tidak dapat dielakkan bahawa kita masuk ke dalam kerajaan Allah dengan menanggung banyak kesusahan.”


Mereka berpegang teguh pada pengajaran para rasul, dan pada persaudaraan, pembahagian roti dan doa.


Bagi mereka yang terus berbuat baik dengan sabar demi mendapatkan kemuliaan, kehormatan dan keabadian, Dia akan memberikan hidup yang kekal;


Oleh itu, saudara-saudara yang kukasihi, teguhkan pendirian, jangan berganjak, dan bersungguh-sungguhlah dalam pengabdianmu kepada Tuhan. Kamu tahu bahawa dalam Tuhan, jerih lelahmu tidak akan sia-sia.


Berhati-hatilah, berdiri teguh dalam iman, sentiasa berani dan gigih.


Aku berharap bahawa walaupun kamu baru memahami sebahagian tentang diri kami, kamu akan memahami kami sepenuhnya nanti, dan kamu akan berbangga dengan kami sebagaimana kami berbangga dengan kamu pada hari kedatangan Tuhan kita Yesus.


Demi kemerdekaan Kristus telah memerdekakan kita. Oleh itu, berpegang teguhlah kepada kemerdekaan yang telah diberikan oleh Kristus kepada kita, dan jangan biarkan diri dibelenggu oleh kuk perhambaan semula.


Cuma pastikanlah kelakuanmu selaras dengan Injil Kristus. Dengan demikian, sama ada aku datang menemuimu ataupun tidak, aku akan dapat mendengar tentangmu, bahawa kamu berdiri teguh dalam satu roh, berjuang bersama dengan satu hati untuk iman berdasarkan Injil,


Allah menjadi saksiku bahawa aku amat merindui kamu dengan kasih Kristus Yesus.


berpegang teguh pada firman yang memberikan kehidupan. Dengan demikian aku dapat bersukacita pada hari Kristus kerana hidup dan usahaku tidak sia-sia.


Sememangnya, dia merindui kamu semua, dan berasa susah hati disebabkan kamu telah mendengar bahawa dia sakit.


Epafras, seorang daripada kamu, juga berkirim salam kepadamu. Dia hamba Kristus Yesus dan sentiasa mendoakanmu bersungguh-sungguh, supaya kamu berdiri teguh dengan penuh keyakinan dan kematangan dalam segala yang dikehendaki Allah.


Dengan demikian Tuhan akan memperteguh hatimu sehingga kamu menjadi suci, tiada cacat cela di hadapan Allah Bapa kita semasa Tuhan kita Yesus datang dengan semua pengikut-Nya yang salih.


Oleh itu, saudara-saudaraku, berdirilah dengan kukuh dan berpegang teguh pada segala ajaran yang telah kami sampaikan secara lisan atau melalui surat.


Anakku, kuatkan dirimu dengan kasih kurnia yang ada dalam Kristus Yesus.


Marilah kita berpegang teguh pada pengakuan harapan kita tanpa berganjak, kerana Dia yang berjanji sentiasa setia.


Kita telah mendapat bahagian dalam Kristus jika kita berpegang kepada keyakinan kita yang kita miliki dari mula-mulanya hingga ke akhir,


Memandangkan kita mempunyai Imam Besar yang agung yang telah melalui syurga, iaitu Yesus Anak Allah, marilah kita berpegang teguh pada pengakuan kita.


Saudara-saudara yang kukasihi, oleh sebab kamu telah mengetahui hal ini, berjaga-jagalah, jangan tergelincir daripada pendirianmu yang teguh akibat disesatkan oleh kesilapan orang durjana.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan